Thursday, December 30, 2010

ronggeng penutup 2010!

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, December 30, 2010 0 heart said
Last weekend adalah kali terakhir keluar meronggeng di tahun 2010.nanti weekend next week dah tahun 2011.jadi sebagai penutup ronggeng 2010 dan sempena nak bawak pelancong asing dari Kelantan,Farah dan Chaeid maka kitorang pergi Times Square.jauh sikit,selalu pergi Sunway Pyramid je.

Memang dah tahu sekarang tengah Year End Sales tapi x adalah aku budget sales sampai sehelai baju rm10.kalau kata di Jusco ke shopping complex biasa ke memanglah aku percaya ni Times Square weh.Times Square!manalah aku tak meroyan meleleh air liur dengan sales sampai macam tuh.tapi heh walaupun dengan sales yang memang tak beragak begitupun,tetaplah aku sebagai penanam anggur yang berjaya ni tak mampu nak beli.baju rm10 pun tak mampu nak beli weh!*gila bukak pekung di dada*tengok jelah dengan muka hiba sambil pegang baju kegemaran budget muka sedih tak mampu nak beli lepas tu nanti ada orang tolong belikan dan bagi sebagai hadiah.heh haram tak adanya semua tu,drama semata-mata je.

Jadi sebab semua orang pun tak berkemampuan tapi tak sedar diri konon nak pergi shopping di Times Square makanya kitorang amik gambar sahaja untuk dijadikan kenangan.olololo sedih.dan oh tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah jugak.bongok ah movie,lawak tapi scary.sumpah aku tak nak pergi tengok dah movie yang ada hantu neh walaupun sangat lawak.


Pergi ber5 je.Ina di sebelah kiri tak ikut.tapi sibuk pergi breakfast gak.









sengaja pergi lepas Krismas sebab si jakuns nak ambil gambar dengan pokok Krismas.
Kelate mana ada weh!





kawasan luar Cosmo World.lagikan nak beli baju rm10 tak mampu inikan pulak nak masuk Cosmo World.jadi solution ambil je gambar kat luar,comel jugak!*sadis bukan?*








banyak lagi gambar tapi internet ni saje je dengki lembap gila jadi aku pun malas nak tunggu.dan segala stress yang aku simpan selama 2minggu pergi My Career My Future tuh aku keluarkan di sini.terima kasih Times Square,terima kasih Super Girlsku.

so,tahun depan nak pergi mana pulak?kekekkekekekke.....



Sunday, December 26, 2010

kerjaya saya,masa depan saya di tangan saya

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, December 26, 2010 1 heart said
Perghh..tajuk entry memang rasa nak sepak je.kerja pun belum lagi dah kerjaya saya masa depan saya bagai.eh tapi itu adalah nama program yang aku berhempas-pulas laksanakan dalam masa 2minggu neh.sebab tu ah lesap jap selama 2minggu,xsempat oh nak jenguk belog.cuma aku tukar nama dia ke melayu je,nama original 'My Career My Future' dan tambah ayat sendiri di belakang,muahaha.program ni macam training untuk soft skill dan communication.kira nanti bila dah dapat interview untuk kerja di masa depan tidaklah aku tergagap-gagap atau merepek-meraban sesuka hati untuk jawab soalan interviewer.

Program ni lebih kurang macam training la untuk upgrade soft skill dan communication mereka-mereka yang susah dapat kerja atau mereka-mereka yang baru habis belajar dan terkial-kial cari kerja macam aku neh.sepatutnya 8minggu,tp sebab dia dah call aku lambat so dapat join untuk 2minggu terakhir jelah,dah miss 6minggu pertama,sebab tu ah jadi express gila.nak catch-up 6minggu yang miss tuh.apa yang best pasal program ni adalah dia sediakan tempat penginapan,bagi makan free,dapat sijil yang kononnya kalau aku pergi mintak kerja lepas ni tunjukkan sijil ni konfirm dapat kerja,ada hari graduasi ala-ala dah habis belajar degree 2tahun padahal training 2minggu je dan paling best sekali nanti organizer akan arrangekan interview utk peserta dengan company-company kat Malaysia ni sampai peserta tu dapat kerja dan paling paling paling best sekali dapta elaun.dapat ELAUN,tahu!

Tapi untuk dapat semua di atas tuh mestilah ada pengorbanan yg perlu di buat.ingat aku tak reti berkorban ke,penat gila tau tak 2minggu non-stop kelas dari pukul 8.30 pagi sampai 10malam.memang pack gila jadual.break pun sekejap-sekejap je memang semput aku nak mengikutnya.setiap hari 7hari seminggu 15 hari 2minggu.memang dedikasi gila ah aku,kalau xdapat interview dengan kerja gak pasni tak tahu la.



Aku rasa program ni agak bergunalah jugak untuk aku.aku dah tahu macam mana nak handle interview nanti,nak cakap apa nak behave macam mana,nak respon macam mana.tahap konfiden pun macam dah up sikit,eceh!better ah daripada dulu macam haram benci aku asal cakap omputih je buat presentation kat depan orang ramai je mesti tahap konfiden aku takat-takat buku lali je,sekarang dah up sikit ke peha,muahaha.gila banding macam tuh!

Kelas walaupun penuh sampai malam tapi aktiviti dia memang best.semua orang boleh tunjuk bakat.kitorang menyanyi,berlakon,menari,aerobik,present secara berkumpulan dan macam-macam lagi.memang best,tak boring.kumpulan aku memang sporting dan best dapat kenal dengan diorang semua!trainer pun memang terbaeeekkkkkk!


ahli Kelab Sejarah.eh bukan,class members.semua orang gembira!



dan berjaya menukar nama,muahaha!cuba teka nama aku g-g ke nurul?
bahahaha poyo,its g-g.macam comel je orang panggil aku gg.:p


the whole class name.


very sporting and awesome trainer~Miss Sheila.sangat baik!


hari terakhir kitorang main game feedback to your friends.lekat kertas atas belakang lepas tu nanti kawan-kawan akan komen pasal diri aku.tapi positif komen je.look what i've got!

aku cute?
aku preaty?*suppose pretty*
aku daring?

muahahahhaha korang memang lawaklah!


kekekekke..ni pun aktiviti gedik hari last.dah tak ada aktiviti sangat jadi mari
habiskan dakwat marker!


harap lepas ni adalah panggilan intrview untuk aku.dah berkobar-kobar nak pergi apply ilmu yang belajar kat program ni neh.kekekekeke.



Saturday, December 25, 2010

sambutan perayaan yang ada salji,pakcik pakai baju merahputih,ayambelanda dan pokok tinggi ada hiasan

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, December 25, 2010 1 heart said
Sebenarnya macam nak wish Krismas untuk 1Malaysia tapi tetiba terjumpa artikel cakap tak boleh wish Krismas,HARAM.so tak jadilah.tukar wish kpd statement macam tajuk entry pun okay ah kot,muahaha tak semenggah tajuk entry.lagipun macam tak ada pun kan yang sambut Krismas baca belog neh.kan kan kan?ke ada?sebab tak boleh wish jadi aku jamu gambar jelah,okay!mari menikmati hidangan yang hanya special untuk Krismas sahaja....



pembuka selera,Kyuhyun."hoorayy Krismas!"








dessert adalah paling lazat,Siwon,muahahaha!


they're celebrating Christmas in Guangzhou with Elfs because of Super Show 3,so have fun,brothers!

tertunggu-tunggu bila nak turun salji di Malaysia.kekekekeke.

Thursday, December 23, 2010

saya nak hadiah Krismas!

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, December 23, 2010 0 heart said
Sekarang mari kita tinggalkan semua kisah sedih dan kembali ceriakan hidup.seperti kata siapa ntah hidup harus di teruskan dan semua yang sedih pasti berlalu,eceh tiba-tiba.jadi mahu bergembira di Hari Natal.ewah Hari Natal gitu hah macamlah aku sambut!aku tak sambut Krismas tapi still aku nak hadiah!siapa nak bagi weh hadiah free di Hari Krismas.kau hengat ada Santa Claus ke kat Malaysia neh.Santa Claus tak datang tempat tak ada salji.ho ho ho...jadi silalah simpan duit untuk beli sendiri,muahahahha!hadiah Krismas atau bagus juga kalau jadi hadiah tahun baru yang aku sanggaaaaaaaaaaaaaatttttttt idamkan!*nampak tak betapa aku mmg nak benda neh*

h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o
h
o

kau hengat Santa Claus ke apa,Santa Claus pun jerit tiga kali je.


Super Junior Kyochon Calendar 2011!

sangat mahu sangat mahu.kalau dapat ah kalendar neh memang aku urus masa dan hari dan bulan dan tahun aku dengan sebaik mungkin tahun depan.konon!harap-harap pak cik tuh akan jumpa kalendar ni dan belikan untuk aku!hehehehehe silalah berharap ia di jual di Seoul.kat Malaysia ni tak ada okay.dah ah,nak gi tunggu salji eh hujan kat luar.anyeong!









Wednesday, December 22, 2010

life.love.laugh.#5

love and huggies by goodgirlgee at Wednesday, December 22, 2010 0 heart said


tired to death,really
not enough sleep
not enough rest
really pack schedule
its killing me
but still i have to endure all these
just few days left
i must be strong
will keep moving on because i'm a strong girl
*in my perspective*

Monday, December 13, 2010

kerana kita adalah satu~

love and huggies by goodgirlgee at Monday, December 13, 2010 0 heart said

situasi mereka dan aku mungkin berbeza

tapi kami berkongsi perasaan yang sama
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
KECEWA.


Sunday, December 12, 2010

my heart is not yours...

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, December 12, 2010 0 heart said
I keep thinking about what he said
may be he's right
but still,
couldnt he said better words?
'Its okay its okay'
is that so hard to say?
even its just a lie its okay for me
I rather listen to the lie right now~


i have to endure it alone.wont say a word anymore.

Friday, December 10, 2010

sadness~

love and huggies by goodgirlgee at Friday, December 10, 2010 0 heart said

right now,
i feel completely sad
the feeling that no one will understand
except for those who feel the same with me
its not easy for me to get over this
tears keep coming
mind keep thinking
what i see and what i heard
its really hurt me
i pray that
when i get up from sleep tomorrow
i will completely forget about what happend
and will able to move on
i pray the same for them too
because its more harder for them
we,
will move on together.

Thursday, December 9, 2010

We're So Sorry Super Junior...

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, December 09, 2010 0 heart said
I can't believe it. I'm crying.

I'm crying because Super Junior didn't win the Daesang award.

I'm crying because we know that Teukie oppa wanted this award before he leaves for the military. And now he didn't get it.

I'm crying because all of our oppas worked so hard for this. We know how much they deserved this. They had the busiest schedules ever, doing SS3 almost every other month, KRY concerts in most weekends, radio stints, SM Town Live, acting debuts, musicals... This award was the only way for us to show how much they worked so hard.

I'm crying because ELFs think it's their fault and it hurts me to see my fellow ELFs blaming their selves. I know ELFs did a wonderful job. They did great. If we didn't work hard, then they wouldn't get the Bonsang now, wouldn't they? Please stop blaming yourselves...

I'm crying because some ELFs are bashing SNSD and sones...Some ELFs may deny this. But I could see some ELFs tweets that they are. ELFs, Heenim doesn't want us to do that. Please calm down. I know you don't mean any of it because sones are our sisters and brothers too. Sones, we're proud of you guys too. But please understand why we're so sad and depressed because of this.Please don't be mad at us if you read any bashing going on.

I'm crying for a lot of reasons. But before you judge me for being a cry baby, let me explain.

I've never felt such a strong emotion for somebody I haven't met before (well, except God but you know what I mean).

This is the first time I've felt so deeply connected to a group of people like they're my family, my older brothers... I've just known them since June but I already love them so much. I care for them a lot too.

It may sound silly for others to see us cry and ask for forgiveness from our oppas, but if you aren't a fangirl or fanboy who deeply loves your idols, then you don't know how we feel.

ELFs, please don't be discouraged. Let's use this moment to be stronger than before. Even if Leeteuk oppa will be off to the military soon, we're still going to fight for that Daesang. We're not called EVERLASTINGFRIENDS for nothing.

Super Junior, mianhe... We're so sorry that we broke our promise. But we're not giving up. Ever. We believe SJ's is going to be so much stronger next year.

And ELFs will be strong too.

URI NEUN ELF OH-EH-YO!




credit to Maiza Uygongco @lai-za.blogspot.com


this is what i really felt but people does not understand~

Wednesday, December 8, 2010

baju baru lagi...

love and huggies by goodgirlgee at Wednesday, December 08, 2010 0 heart said
Tahun baru belog pun tukar baju baru,heheheheh padahal hari tu baru tukar.yang previous tak boleh komen jadi tukar lagi.belog aku jadi suka hati aku ah nak tukar berapa kali pun.lagipun yang ni warna biru!favourite colour.elfs colour.super junior colour.x pelah tak sapphire blue pun,asalkan blue.dan seperti biasa harus berterima kasih kepada personal assistant Chaeid Comei(amik hati),beliau yang tolong tukar bukan aku pun,muahahaha!




eceh,terlebih-lebih pulok gembiranya pakcik-pakcik neh.
*saje gedik nak letak gambar depa*


will stick to this till next year.heh,harapnyalahkan.





Tuesday, December 7, 2010

PD yang besssstt!!

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, December 07, 2010 0 heart said
Weekend lepas,hari Sabtu pergi Port Dickson dengan BCA's classmate.fist time kot keluar sejauh Port Dickson.jauh la sangat kan.yalah selalu keluar lepak kat Shah Alam je,paling jauh pun KL.keluar ramai-ramai camni memang best.5orang,ramai ke weh?baahahha ramai la tuh muat satu kereta.macam first time jugak kot pergi Port Dickson.kalau Negeri Sembilan tu tipu ah kalau cakap aku tak pernah pergi tapi tak pernah sampai Port Dickson.seingat akulahkan,xtaulah kalau aku dah hilang ingatan lepas tu tak ingat pernah pergi situ.


PD serius best.jakun oh kejap aku tengok pantai yang macam perfect lagi keindahannya semua sebab dah terbiasa dengan panorama pantai di Kelantan yang sumpah nak explain pun tak sampai hati.jakun dan kagum sampai rasa tak nak balik,ewah.disebabkan kesilapan teknikal oleh Sally yang menyebabkan aku tak bawak pakaian untuk mandi-manda jadi kerja aku seperti seorang emak yang mengawasi anak-anak mandi laut dan sah-sah aku jugaklah tukang ambil gambar,heh!


PANTAI TELUK KEMANG,PORT DICKSON.
betul tak pernah pergi!



kebuloq belaka ni ha.eh,nasi lemak tu kitorang masak sendiri tau.awww dah
pandai masak nasik lemak,muahahaha.
(padahal aku kacau sambal dlm kuali je pun)




gambar kenangan sebelum terjun laut.konon.cuma tukar jurukamera sebelah kiri.



gembira benau!siap sewa pelampung bagai,nak jugak!



lepas tu gedik pulak nak naik bot pensil.sebenarnya aku yg beriya nak naik
tp diorang plak yang boleh naik,heh!
(kan dah rugi siapa suruh tak bawak pakaian mandi.okay salah Sally)



nak jugak ha gambar dalam air.takat-takat tu jelah aku menyerah diri.

Sebelum balik singgah funfair kejap sebab Nizam gedik apa ntah nak main funfair pulak.layan jelah dah dia driver karangkan kena tinggal pulak.dia seorang je pun yang main lepas tu dapat hadiah bagi kat kitorang.awww sweet ah kau Nizam.excited sangat masuk funfair sebab entah zaman bila kali terakhir pergi funfair walaupun tak main apa terus lupa ambil gambar.


next time pergi PD kena bawa pakaian mandi tahu,WAJIB KALAU TIDAK MENYESAL.kan dah tertekan capslock.





tahun baru kita!

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, December 07, 2010 0 heart said


SALAM MAAL HIJRAH 1432H

silalah jadi lebih baik.
silalah selalu buat baik.
silalah selalu berprasangka baik.
silalah jadi yang terbaik.
semoga semuanya baik-baik belaka di tahun baru ini.



itu je.anyeong.

Monday, December 6, 2010

encik chocolate six pack peneman tidur...

love and huggies by goodgirlgee at Monday, December 06, 2010 0 heart said
Semalam masa pergi 7-11 teman Rubi beli air ,ternampaklah majalah Media Hiburan dekat rak majalah.teruslah aku menyimpang dari ke peti air ke rak majalah.tak tahu kenapa macam ditarik-tarik pergi kat rak tu padahal motif masuk 7-11 nak beli air.sekali dah pegang majalah tu dan tengok cover depan dia perghhhh ada poster jjjaaannnnnggg kat dalam!


drooling.drooling.drooling.
*tak tidur malam aku macam ni*


patutlah rasa macam ditarik-tarik je ke rak majalah tu rupanya pak cik ni ha suruh aku habiskan duit beli Media Hiburan untuk chocolate six pack dia.heh,nasib Media Hiburan tu rm3.5o je,kalau rm13.5o,mahu kopak aku kat situ.

Wednesday, December 1, 2010

Kyros Kebab Krew!

love and huggies by goodgirlgee at Wednesday, December 01, 2010 0 heart said
Kyros Kebab Krew.macam comel je nama kan?tapi kerja tak comel langsung.sumpah tak comel.pertama kali dalam hidup yang selama 23 tahun ni kerja perasaan macam homaigod homaigod excited teruja gila.teruja dengan excited tu adalah sama okay!

punya semangat nak kerja,hari pertama pukul 915pagi dah keluar padahal kedai pukul 10 baru buka.5minit je kot dari rumah ke PKNS,nampak bukan keterujaan nak kerja.kau tak tahu apa yang sedang menunggu di Kyros Kebab tuh,muahahaha.

kerja pertama di hari pertama adalah kemas meja lepas tu sapu dan mop lantai.kerja-kerja ni kat rumah pun aku dah biasa buat(biasa tapi tak buat pun) .jadi tak ada masalah.lepas tu potong bawang pun kerja kacang.heh mentanglah hari pertama kan,semua kerja senang je bagi kat aku.sebab tak puas hati,nak jugak belajar buat kebab.dah kata Kyros Kebab mesti ah menu utama adalah kebab jadi buat pemerhatian bila staff buat kebab lepas tu try jugak.woh woh woh jadi tau kebab i buat.sedap lagi.cara-cara nak buatnya adalah...okay tak boleh cakap ni rahsia syarikat,konon!bahahaha.lain-lain kerja basuh pinggan mangkuk kemas-kemas semua dan lepas tu balik.selepas 10 jam kerja baru boleh balik.10 jam okay.macam nak patah pinggang pun bertahan jugak 10 jam tuh.

hari kedua still buat kerja sama tapi dah upgrade sikit,belajar buat air.patut buat air dulu baru buat kebab,perghh advance betul aku.setakat jus-jus tu tak da hal,terror.air lain cucumber boost,cappucino,vanilla oreo dan ada lagi 2 3 jenis air yang kena blend aku lupa dah nama dia.semua tu try buat dan BERJAYA!!heh,bangga kembang kempis hidung.tapi cerita sedih di hari kedua...

sebab tak pernah kerja lalu jadi manja penat sikit pun dah nak pengsan,so aku pun mengundurkan diri dari bidang dapur-restoran-fast food.bukan penat sikit okay,penat sangat.berdiri 10 jam adalah sumpah-penat-nak-mati macam nak patah pinggang aku tahu!berdiri setengah jam di padang kawad pun aku dah rebah ini pulak 10jam.okay ini alasan tak berapa kemas aku tapi ada sebab lain jugak aku blah dari kerja ni tapi itu tak bolehlah didedahkan.top secret,:B

2hari je kerja?muahahaha.okay memang ah nampak lawak tapi perlu berada di tempat dan situasi aku baru kau akan faham dan takkan tanya pada aku "kau kerja 2 hari je?kenapa kau quit weh?""aku tak paham kenapa kau quit,baru 2hari kot" dan soalan seumpamanya.walaupun 2hari je,tapi banyaklah jugak yg aku belajar.aku tahu dah macam mana nak buat kebab nak buat air yang pelik-pelik macam kat atas nak buat western food yang macam kat hotel tuh dengan cara simple.hah,korang tahu?tahu?heh,ni nak start kerek dan riak neh.hahahahha.

ingatkan kerja 2hari je macam tak berbaloi pada pandangan mata awam tapi macam satu kejayaan besar dah bagi aku takkan dapat imbuhan,sekadar nak cakap dapat pengalaman tu bolehlah tapi sekali woh woh woh Aunty Boss(staff KK panggil dia macam tu)bagi gaji!GAJI weh GAJI!pertama kali kerja pertama kalilah jugak dapat gaji.macam nak melompat aku kat situ dapat gaji pertama dalam hidup padahal berapa sen je pun dia bagi.ingat gaji pertama nak bagi kat umi macam dalam iklan shampoo Rejoice 'ini gaji pertamaku' sambil hulur beberapa keping note rm50 tapi aiseh tak lepas ah kena tunggu gaji baeekkk punya kerja dulu baru boleh bagi.hehehe sabau no umi.

walaupun aku dah berhenti tapi anda di alu-alukan ke Kyros Kebab.makanan dia memang best tapi mahal sikit.kebab pun kebabooommm sedaapppp!!


dah nak balik neh.sempat lagi kau!





nah amik tengok,lazat-lazat tau.dah kira baik tolong promosi neh.
*air dr kiri smpai no 5 tu aku dah tahu buat.vanilla oreo pun*


SILALAH BERTANDANG YA.
TINGKAT 1 SEBELAH ESKELATOR KOMPLEKS PKNS.

lepas ni blh suruh Kyu bukak Kyuhyun Kebab plak nanti blh noona kerja dgn Kyu kerja kira duit je.muahaha.berangan lagi~

Monday, November 29, 2010

bukan perempuan bersalin sahaja yang meroyan..

love and huggies by goodgirlgee at Monday, November 29, 2010 0 heart said
Meroyan bukan hanya berlaku pada perempuan yang bersalin lepas tu anak dia mati lepas tu dia buat anak patung macam anak sendiri tapi juga berlaku kepada perempuan yang tak pernah bersalin,tidak pernah mengandung hatta tidak pernah berkahwin sekali pun.

contoh meroyan seperti yang diterangkan adalah bila secara tidak sengaja tertengok kuiz 'your korean guy of the day' yg diambil seorang teman-facebook ketika sedang scroll down dan up facebook lalu tertarik dan mengambil kuiz yang sama.kenapa skema sangat ayat aku neh?okay tukar.lepas dah ambil kuiz tu,sekali tengok berlambak-lambak kuiz melibatkan kpop dalam senarai kuiz tu tambah pulak ada kuiz Super Junior.aku apa lagi,mulalah jadi macam perempuan yang diterangkan kat atas,eh tapi bukan meroyan sebab hilang anak tapi sebab kuiz tuh.banyak gila dowh lepas tu aku buat semua.nasib aku buat yang berkaitan dgn kpop je,kalau aku buat semua dlm senarai tu mahu tidak tidur.dari pukul 3pagi sampai 630pagi berhenti kejap solat subuh lepas tu sambung balik.pukul 8pagi baru boleh berhenti.betul aku tak tahu macam mana boleh buat semua kuiz tu lepas tu rasa macam tak boleh berhenti.macam dah kena rasuk pulak bukan meroyan.tak mampu berhenti.eceh,padahal tak nak berhenti sebab banyak kuiz Super Junior,sayang.pukul 8 baru pergi tidur.








hohoho kualiti gambar sangaaaaaaatlah busuk sebab aku tak pakai Blackberry apatah lagi iPhone jadi cukuplah tiga gambar ni je,kasihan pulak kat bijik mata korang nanti.ni sebahagian je,lepas sedar diri gambar tak elok aku pun stop snap,hahaha.*drp gmbar obvious nmpak SJ*


kalau korang ada simptom seperti apa yg berlaku di atas,ya itu MEROYAN namanya.jangan kau percaya dengan mitos meroyan hanya untuk perempuan bersalin anak mati.dah,anyeong!


p/s:Chaeid kata tak boleh guna 'bye' sebab kristian apa ntah jadi aku guna 'anyeong'.heh,anyeong bahasa korea ah,tak apa Chaeid kan?





Thursday, November 25, 2010

rutin yang dirindu...

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 25, 2010 4 heart said
Mungkin kerana rutin harian sekarang dan rutin harian dulu sudah berbeza jadi rindu.atau mungkin kerana sekarang seperti sudah tiada rutin harian,duduk melangut sahaja jadi bosan dan terus rindu.rindu dengan kehidupan dan rutin harian 6 tahun yang lalu.ewah,mengimbau kenangan pulak.rutin aku....*asap berkepul-kepul naik*


6.15am-bangun pagi gosok gigi,eh bukan pergi tanda bekas shower dulu kat bilik air.lepas tu solat subuh sambung tidur balik.senior mana bangun awal-awal pagi beratur tunggu nak mandi macam junior.tak rock ah.chopp bekas shower sudah.padahal bila aku bangun dah x ada orang mandi pun,x chopp pun x apa,hahaha.

6.45am-bangun mandi.budak-budak budget senior kerek macam aku ni memang masa ni ah baru nk bangun mandi.muahaha.bukan kerek ah,xnak menunggu lama-lama dalam bilik air tu,nanti kan aku tidur gak kat situ masa tunggu turn aku,baik ah tidur terus dalam dorm,lagi selesa.

7.15am-dah siap semua pakai baju sekolah kemas katil buku-buku sekolah make up bagai,eh budak sekolah mana ada make up,make up tu pakai bedak Carry Junior Anggur macam Mirah lah lepas tu betul-betulkan tudung.cermin ada satu je kat sebelah pintu,jadi selalu nak kena beratur untuk guna cermin.beratur siap okay macam nak pergi bayar bil kat pejabat pos pulak.budget lawa belaka neh macam ah nak pergi mengorat Sir Radzmi.heh!

7.20am-turun sarapan pagi.paling suka sarapan pagi hari selasa dan khamis sebab nasi lemak lepas tu boleh makan 2 3 pinggan.sebab aku selalu turun lambat,selalu suruh Ayu ambilkan nasi lemak takut habis.Ayu pukul 7 dah siap kot.budak baik tuh.sesi bergosip pertama adalah di meja makan kala tengah makan nasi lemak.

7.29am-dalam masa seminit kaki dah kena ada dalam tanah sekolah,siapa masih dalam tanah asrama memang habis ah.masa ni memang lari tak cukup tanah,siapa lambat nanti pengawas ambil nama lepas tu kena panggil masa perhimpunan,kan malu tuh.selalu aku terlepas je,padan muka siapa yg lagi lambat drpada aku,muahahaha.

7.30am-pergi taman.sekolah aku dulu setiap kelas ada satu taman lepas tu kenalah pergi bersih taman tu setiap pagi.nanti tiap-tiap bulan Cikgu Mat Yunus akan buat pengumuman di perhimpunan taman siapa paling bersih-paling kotor.kalau kena kelas kau taman paling kotor memang habis ah dengan kau kau sekali kena kutuk,bukan setakat taman tu je.malu dowh Cikgu Mat Yunus cakap perempuan pengotor tak boleh buat menantu.siapa ntah nak jadi menantu Cikgu Mat Yunus.dekat taman adalah sesi kedua bergosip.tangan pegang penyapu pegang daun sehelai dua dah cukup,mulut dah boleh bergosip jiran sebelah kelas.

7.40am-perhimpunan.ingat hari Ahad je ke ada perhimpunan.sekolah aku setiap hari kot ada perhimpunan.tapi kejap jelah,kalau ada apa-apa pengumumana nak buat,boleh buat masa perhimpunan ni.tapi aku paling tak suka perhimpunan hari Ahad dengan Khamis,ada spot-check.tak suka weh spot-chek ni,kau pengawas macam tahu je aku tak pakai singlet dengan petticoat.stoking pun.dan dan tu jugak kau nak buat spot-check.eh tapi aku memang setiap hari tak pakai pun,muahaha.tudung dah labuh kot,nak pakai singlet jadah apa.kain sekolah pun tebal je kenapa nak kena pakai petticoat lagi.tak paham aku.sampai sekarang pun tak paham.tapi hidup sebagai 'penjenayah' kenalah bijak bab-bab trick ni.bila barisan kelas aku kena spot-check aku larilah ke barisan kelas sebelah.tak pun bila pengawas check kat depan aku pergi berdiri kat belakang,aku kan tinggi.bila sampai turn bahagian belakang aku lari pergi depan pulak buat-buat pendek.ha,kan tak kena spot-check,muahaha.aku lagi bijak dari pengawas!:B

7.45-2.20pm-kelas bermula.ni standard ah,ada kelas aku suka ada tak.banyaknya taklah.mengantuk dowh.paling tak suka kelas Bahasa Arab Tinggi,sumpah mengantuk sampai kena main baling-baling syaitonnn dengan Chaeid dan geng.boleh pulak main baling-baling syaitonn.gila betul budak kelas aku.kasihan Ustaz Zul,minta maap ustaz.paling aku suka kelas Sejarah sebab auuuwwww suka aaauuuww Cikgu Sahrul.*blushing*.bongok dia dah kahwin ada anak ah.tapi suka jugak sebab dia baik walaupun garang sikit.lagi sebab dia kenal aku lepas tu tahu pulak nama aku,auuwww sweet ah Cikgu Sahrul ni.eh apa ni Ajie bukak pekung di dada,okay dah.agak tak suka jugak bila kena pergi lab.dah ah lab jauh lepas tu buku bukan sebiji nak kena bawak,buku log nota amali latihan bagai belum report files lagi.penat seyh.satu lagi kelas yang agak suka,Bahasa Inggeris.mungkin sebab suka Bahasa Inggeris jadi rasa best.lagipun selalu teacher suruh masuk pusat sumber je.eh pusat sumber macam comel je,perpustakaanlah tu.suka jugak kelas Matematik Tambahan,walaupun aku sangatlah benak lagi lembap maths,tapi suka sebab Cikgu Zul sangat romantik,auuwww!ajar dengan penuh lemah lembut tak pernah marah,selagi aku tak paham selagi tulah dia terangkan sampai aku cakap aku paham walaupun sebenarnya aku dah lama paham,cikgu macam ni siapa tak cair weh?bahahaha.tapi palinnnnnggg suka sekali bila cikgu ada mesyuarat lepas tu x ada kelas.ha,ni paling best!buat nota sambil bergosip,tapi tu orang lain ah.aku mestilah tidur,muahahaha.takpun buat air teh o cicah biskut hup seng sambil bergosip jugak,ini aku suka!

2.20pm-BALIKKKKKKKK!ni lagi sekali berkejar pergi dewan makan pulak.berkejar okay nak makan tengah hari nanti kalau lambat tak dapat peha ayam atau kepak.nanti nasi habis kena tunggu lama pulak.makan pun cepat-cepat sebab nanti nak balik dorm tidur.tidur aje kerja aku.

3.00pm-balik dorm rilex-rilex dulu sepuas hati.tidur lagi.dekat-dekat nak pergi prep karang kan baru ah aku kalut bangun mandi solat zohor basuh baju bagai.

3.45pm-kan dah cakap tadi,mula ah nak kalut mandi solat zohor.kalau ada yang tak semenggah lagi siap nak basuh baju bagai padahal pukul 4 dah kena halau pergi prep.kalau malas pergi prep,sambung je tidur .bila warden datang buat spot-check baru menggelabah pergi sembunyi dalam bilik air.lagi sadis sembunyi dalam loker,nasib tak mati terkurung dalam itu.gamble sungguh.eh tapi bukan aku la,kawan-kawan.aku tak adalah sampai masuk dlm loker,paling busuk pun tepi loker,budget kurus warden tak nampak padahal kaki terjulur keluar,lepas tu kena jerit," ha,siapa kat tepi loker tu keluarrrr!ingat saya tak nampak ke?!"ha,padan muka kantoi,muahahahaha.

4pm-selagi tak kena halau jangan harap aku nak melangkah keluar dorm.dah kena halau baru blah.pergi sambung tidur kat kelas pulak,muahaha.prep petang lagi satu sesi bergosip kegemaran aku.sambil buat nota,mulut jugak laju bergosip.itupun kalau aku tak susun kerusi budak berulang buat alas untuk tidur.kadang main games tak pun pergi berjalan ke kelas lain.ini menjelaskan 'kecemerlangan' aku masa sekolah dulu.bahaahaa.

4.45pm-habis prep.aktiviti bebas suka hati nak buat apa asal jangan keluar asrama.selalu pergi minum petang sambil meneruskan sesi bergosip di dewan makan pulak.bergosip aje kerja,perempuan betullah!kalau dalam musim kawad kaki,petang-petang ada latihan sampai pukul 7,jadi kena pergi latihan kawad.

6pm-makan malam.masa ni sampai pukul 7 pun aktiviti bebas.lepas makan naik dorm mandi atau basuh baju atau tengok tv drama cina atau lepak je kat kelas,taman ke.selalu lepak kat kelas je dengan kawan-kawan.petang-petang tak elok study.orang tua-tua yang cakap,aku amalkan je.:D

7.20pm-patutnya pukul 7 lagi dah kena pergi masjid,tapi biasa ah kata senior,mesti ah kena pergi masjid time masjid dah penuh stok nak duduk kat belakang-belakang.selagi tak bunyi azan x adanya kitorang nak pergi ambil wuduk,dan dan orang tengah azan tu jugaklah kitorang nak merempit dengan syaitonn ke tandas ambil wuduk.tengok siapa sampai dulu.gila dowh dengan syaitonn tu merempit.

7.30-8.45pm-ini memang sesi ukhrawi.solat maghrib berjemaah,baca quran,malam jumaat baca yassin kadang solat hajat jugak,tazkirah,selawat lepas tu solat isyak berjemaah jugak.senakal-nakal aku kat sekolah pun,semua kat atas neh aku buat,x skip okay.ilmu akhirat tu penting di dada.eh dah terbagi tazkirah pulak.

9pm-prep malam.ni memang semua orang study betullah,xda main-main bergosip bagai dah.aku pun.semua muka serius mengadap buku buat nota meniru kerja sekolah.tapi sejam pertama jelah,masuk pukul 10 muka sorang-sorang dah stok tak tidur sebulan.apa lagi kita mainlah.main games tak pun nyanyi sampai kena sound dengan pak guard tak pun macam biasa pekena teh o panas dengan biskut hup seng.heaven betul malam-malam minum teh o ramai-ramai.

10.45pm-habis prep pergi melantak minum malam pulak padahal baru je belasah teh o panas dgn biskut hup seng.suka pergi minum malam sebab teh panas dia sedap cicah dengan roti atau biskut tawar macam auummmm sedap gila!lagiiiiiiiiiiiiiii suka kalau Pak Cik Nazri tender dewan makan buat special supper.kadang-kadang ada laksa,pulut durian,durian,abc,mee kari dan mcam-macam lagilah.duduk asrama bukan selalu boleh makan sedap macam ni.paling-paling pun nasi ayam jelah yang boleh dibanggakan.bila ada special supper macam ni memang makan x ingatlah,berpinggan-pinggan sampai tersadai.Pak Cik Nazri pun lebar je sengih tengok makanan dia habis.

11pm-dah habis prep,boleh balik dorm tidur tapi itu budak-budak jelah.untuk aku yg malam baru nak bantai semua kerja sekolah haruslah kembali ke kelas siapkan kerja.sampai kena halau dengan ketua warden,Ustaz Rosli baru aku blah.aku dengan kawan-kawanlah.ingat aku berani sangat nak study sorang-sorang?haram tak.

11.30pm-paling lambat boleh balik dorm.aku angkut je semua kerja tak siap*kalau ada yg tak siaplah* balik dorm,buat dalam dorm pulak.balik dorm sambung sesi terakhir bergosip sambil bersiap-siap bukak selimut tepuk-tepuk bantal nak tidur.heh,sebagai seorang penakut,memang 5tahun tu aku tidur berduet.ewah berduet macam penyanyi pulak nasib aku tak cakap tidur berfeaturing.muahahaha.

12pm-TIDUR.


Semua di atas aku rindu.rindu sangat.rindu nak buat semua.betul rindu.tsk tsk tsk.dulu rasa macam ah bila nak habis sekolah ni,fade up dah aku 5tahun hidup macam ni,tapi sekarang macam ah kan bagus kalau boleh balik ke masa form 5 buat rutin sama setiap hari.manusia memang selalu macam ni.aku kan manusia.dah ah,nak pergi belek album lama zaman gambar hitam-putih,karang berlama-lama kat sini ada jugak yang menangis.bye!

hangen~

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 25, 2010 0 heart said
Mana aku tak hangin,baru aku letak kereta tak sampai 10minit dah kena clamp!memang choiii betullah!bukan Choi Siwon lah.aku dah terlambat nak solat asar jadi aku parkinglah kereta betul-betul depan rumah sebab selalu kat parking tu x ada kereta pun,aku punya parking jauh,kat level 3 jadi dah kalut-kalut nak sembahyang asar tu aku parking jelah situ dulu.budget lepas sembahyang kan nak pergilah alih kereta ke parking sendiri.lepas tu aku boleh terlupa,eh sekali malamnya dah kena clamp.tak macam bengang ke?!!

memanglah salah aku pergi parking tempat orang,tapi kejap je kot.aku dah letak no.telefon kot.call jelah cakap kau nak masuk parking.huh,parking pun kedekut,banyak lagi parking kosong,pergi ah letak kereta kau kat mana-mana yg kosong dulu.haishhh terbang macam tu je rm50!demi nak sedapkan hati anggap jelah tak ada rezeki.


gambar gelap sebab malam.eceh,xnak mengaku padahal kualiti handphone yg busuk.


spesis keras kepala dan keras hati macam aku ni memang sampai ke sudah menyalahkan tuan punya parking tu sebab pergi report aku amik parking dia padahal memang salah aku,hahahaha.padan muka,bye!



Saturday, November 20, 2010

urrie Unnie!

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, November 20, 2010 1 heart said
Hari ni juga birthday kak long aku..


kakak aku ada seorang sahaja


walaupun kadang-kadang dia annoying


tapi kamikan adik-beradik,jadi aku mesti ah tetap sayang dia

sebab dia kan kakak aku!


sebab dia dah berjaya dalam kerjaya,eceh kerjaya konon,
jadi harap dia akan cepat kahwin dan bagi aku abang ipar pulak,aku nak abang weh!:B

happy birthday,sista!

baby belog~i'm 1 years old!

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, November 20, 2010 1 heart said
Happy Birthday!hari ni hari jadi belog busuk aku.yeayy dah setahun.macam tak percaya dah setahun.macam baru 2 3 bulan je aku buat benda alah ni.mentang ah jarang-jarang update.dulu,ewah dulu macam dah lama benau,tahun lepas ah tu buat belog ni macam sebab ikut trend je,sekarang kan trend belog.semua orang pun ada belog jadi aku pun sibuklah jugak nak ada belog.lepas tu rasa okay belog ni macam best.tak,memang best.

macam kau cakap je apa sahaja dengan belog,cerita gembira sedih marah sakit hati tak puas hati annoying bengang nak menyumpah seranah ke nak perasan berangan sampai ke langit ke apa semua belog terima je.dia tak ada pun macam nak maki kau balik atau komen atau kutuk kau balik.dia diam je macam konon faham semua perasaan kau.jadi aku rasa ada belog ni best sebab nanti dia faham perasaan aku.konon.

umur dah setahun tapi entry sikit je sebab aku membebel ikut suka hati dan sesedap rasa.kalau rajin maka adalah seketul dua entry kalau tak,haram.malas nak mampus!tak pe lagipun belog aku ni untuk suka-suki buat kenangan utk anak-cucu in the future sahaja bkan untuk di komersil macam belog HZ,eceh!tapi sebab dah umur setahun,nanti aku trylah selalu update,okay belog!dah,happy birthday bloggie!dan oh ada birthday orang lain jugak hari ini,tapi itu entry lain okay.


p/s;pertama kali membebel adalah sangat busuk,sumpah busuk(sekarang budget dah wangi sikit,bahahaha).tak percaya tengok sini.

Thursday, November 18, 2010

demi Dalei..

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 18, 2010 1 heart said
Demi seorang adik,aku pun ambik la tag ni.xpelah,lagipun dah lama tak buat menda jadah cenggini.drama raya nanti lepas kakak aku upload semua gambar,gambar semua dengan dia je,heh entah bila la kan nak dapat.layan ni dulu..

1) Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang??

tak fikir apa-apa.


2. Apakah nama samaran anda?
ajie,gee,jeejo..sikit je nama samaran aku tak macam dalei,haha!



3. Senaraikan 3 orang yg anda sayang.
3 orang je?13 orang tak boleh ke?~family.friends.suju.


4. Panggilan utk si dia..
si dia mana plok neh.


5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa..
kalau aku jawab CINTA x pe ke?bahaha.


6. Blog mana yang paling suka di 'visit'??
belog yang selalu hapdet,belog tak hapdet buat apa aku visit.


7. Tag pada 5 rakan blogger anda...
tak nak!



aku combine terus la 2 tags.rajin benau makcik ni ha tag aku.ni tag kedua..


* 170 cm tall.
* I don't know what I want at the moment.
* I'm not happy, neither sad
* I hate my friends.
* I hate my life sometimes.
* I hate my grades.
* I can drive.
* I'm bored of driving
* I have white handbag.
* I love dancing
* I go clubbing every week.
* Shopping is bullshit.
* I have a tattoo of a star.
* I got my navel pierced.
* I have friends that take drugs.
* 90% of my friends smoke.
* I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
* I'm studying fashion.
* I have business running.
* I hate cartoon.
* I hate someone from my past.
* I have 10 Lollipops handbags.
* I buy CLEO every month.
* My parents don't know about my blog
* I have an iPod.
* I don't have faith in the current "one".
* My school mates know about my blog.
* I wanted to be a fashion designer.
* I love rock emo bands.
* I hate it when people cancel last minute meet ups.
* I'm a rebel.
* I don't believe in love.
* High school's filled with drama.
* My parents have faith in me.
* I've bought shoes this month.
* A blogger bitched about me before.
* I hate sports.
* I heart Italian food.
* I hate meeting new people.
* I hate nail polish.
* The mother bear gives me hugs.
* People should start appreciating me.
* High school was the worst time of my life.
* I have red hair.
* One Utama is my second home.
* I'm a guy. (.....????...)
* I'm scared of my Biology result exam which I'm going to face someday tomorrow.
* I hate vacations.
* We'll last :)
* I believe in long distance relationships.
* I'm going to get high and smoke weed one day soon.
* I've robbed an old lady.
* I'm starting to like applying make-up.
* I was a tomboy.
* At times I think I still am a tomboy.
* I love bitching about people behind their backs.
* I still have a best friend
* I have a cat
* I hate surprise parties.
* I hate planning parties.
* I'm hot.
* I'm a sinner.
* I've got a DS light.
* I have a Wii.
* I can't live without music.
* Video games are a waste of time.
* I miss the father bear.
* I love being in love
* I know how to cook.
* I have 100% freedom.
* Boys are assholes.
* I hate math.
* I'm happy with what I have.
* I love horror films.
* I slept in my parent's room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
* My old friends keep in touch with me.
* I don't read newspapers.
* The news is such a waste of time.
* Blogging is a waste of time.
* I hate animals.
* I can't live without make-up.
* I curse like a pirate.
* I'm happy with my 11 years old car.
* I hate people that are smart.
* I love Orange Juice.
* I can't drink for nuts.
* I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
* I've got a new phone.
* I'm going to get a new pair of shoes by the end of this month.
* I love swimming.
* I haven't worked out since March.
* I think I'm fat.
* I love my friends and family.


okay dah.siapa nak ambil la,malas aku nak tag orang.thanks to Dalei!




Sunday, November 14, 2010

merdeka yang tak berapa merdeka

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, November 14, 2010 0 heart said
Kalau rasa gembira tepuk tangan.kalau rasa gembira hentak kaki.kalau rasa gembira beginilah caranya kalau rasa gembira bungkus kain baju balik kampung,hey hey!hooorrayy!habis jugak akhirnya FINAL.maka berakhirlah kehidupan aku sebagai pelajar,lepas ni dah nak kena mula marathon cari kerja.siapa tahu mana-mana ada kerja kosong apa-apa kerja sekalipun boleh bagitahu aku.tapi jangan ah kau offer kerja cleaner ke cuci jamban ke,agak-agak ah sikit.bukanlah aku tak boleh tapi tak sampai hati paham tak-tak sampai hati.nak siapkan resume entah zaman bila lagi buat tak sudah-sudah.kain baju semua dah siap bungkus masuk bagasi,ewah bagasi budget macam nak pergi overseas,heheh!buku-buku semua dah campak masuk almari.campak?eheh,tak ah susun dengan kemas.jadi,babai!

Thursday, November 11, 2010

gila!

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 11, 2010 0 heart said
Sepatutnya aku tengah study sekarang ni tapi ntah macam mana tiba-tiba TERbuka internet pulak dah tu TERbuka facebook twitter belog bagai pulak.itu belum lagi TERbuka youtube untuk tengok video-video terbaru abang-abang comel.heh,ini semua salah laptop si Sue siapa suruh duduk depan aku kan aku dah buka.konon laptop sendiri simpan sebab nak study tapi hadap laptop orang,boleh?tak semenggah betul aku ni.okay perlu sambung study 2 3 pages lagi nanti lepas ni kan nak tengok Obok pulak.sempat lagi tengok tv pukul 3 4 pagi.haru sungguh.bye.

Tuesday, November 9, 2010

gembira berlebih-lebih!

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, November 09, 2010 0 heart said
Tinggal satu paper je lagi sebelum semuanya berakhir.cewah ayat goli mak ha,sebelum semuanya berakhir konon,yucks!ya paper last 14hb ni ada beberapa hari lagi jadi boleh main dulu sambil menghafal beberapa baris nota.bila tinggal sehari nanti baru kita menggelabah pulun hafal semua.oh hari ni akhirnya selepas seminggu menunggu orang Astro datang jugak pasang decoder Astro beyond.ya,saya sudah subscribe Astro beyond,yeaaayyyyy!!eleh,padahal orang lain dah berkurun ada.biarlah akukan memang spesis jakun.subscribe pun sebab ada channel SBS je,kalau tak jangan harap.ohh ohh dah ada chanel SBS,yeaaayyyy lepas ni dah boleh tengok drama-drama Korea kegemaran tak payah tengok di MySoju lagi dah lembap gila nak tunggu loading.lepas ni maksud aku lepas exam dah habis belajar sambil cari kerja duduk kat rumah boleh buang masa tengok tv.bukan lepas ni kejap lagi,eh tapi kejap lagi pun nak tengok Pretty Insun,buku minta maaf duduk tepi dulu,ok!hahaha,heaven bukan?lagi ah lepas ni banyak drama baru berjujuk tunggu queue nak ditayangkan,drama Donghae drama Siwon drama Sungmin,heh memang tak ke mana ah aku.ohhh ohhh ohhh jadi sekarang kat Malaysia dah ada 2 channel tv Korea-SBS dan KBS.ha tinggal satu je lagi,MBC.Astro tak nak beli jugak ke?kalau tak cukup lengkap semua channel tv Korea kat Malaysia ni jadi aku tak payah dah nak pergi pindah ke Korea.bahahahaha.agak-agak channel tv Malaysia macam RTM dapat tak di Korea?hahahaha.bye!

Monday, November 8, 2010

in my dream~

love and huggies by goodgirlgee at Monday, November 08, 2010 0 heart said
Am I really miss them that much?
dream about them again last night.
why i keep dreaming about them lately.
tsk tsk tsk.
seeing them,
even just in a dream is enough for me.


hey you,why do you keep appear in my dream?
you are really...haish!

Saturday, November 6, 2010

Selamat Ulang Tahun ke5,abang!

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, November 06, 2010 0 heart said
6 Nov 2005-6Nov 2010,the brothers that i love celebrating their 5th Anniversary,you go guys!


2006-2008










2009







2010






its already 5years!these 5years,they have been through so much.the 5 years that filled with joy and sorrow.the 5 years that filled with happiness and sadness.the 5 years that filled with laugh and tears.the 5 years that only them and ELF could understand.


the letter from us(ELF) to Super Junior.*this letter has been translated into 30 languages,i'm taking the english*

Dear Super Junior,

Thank you for being one of the greatest things in our lives. You are not a mere boy band, a simple crush, or an impersonate idol. You are 13 young men who, through true spirits and good hearts, have united thousands of people. You have entertained and inspired us through your hard work and talents. Yet most importantly, you have taught us valuable life lessons. We learned from you that dreams are vaster than state boarders. And that positive spirit is the key to all challenges. You showed us that we must work hard for what we love and protect and stand for whom we love. We learned from you that being a humble dork is much more charming than being a stuck-up jerk. You taught us that spontaneity is a gift not a defect and that you will always grow old, but not necessarily grow up. And that life is sweet but never easy. And that with all these virtues, we can all change the world.

We just wanted to let you know that you did change the world. You are more than music idols, or entertainers, you are heroes, for you have positively changed the lives of many. We want to always be guided by you. You do not need a catchy song to steal our hearts; your smiles have already done that. You have always touched our lives and hearts, and we wish day and night to be able to do the same for you. We wish that every year you would feel closer to us, and feel our unwavering admiration and love for you. Please always know that you succeeded in the past few years and that in every world corner you have an ELF to witness that. We will stand united for you and for the many years of success to come, not just in your career, but mostly in your life.

Yours always and forever,

E.L.Fs around the world

6, Nov, 2010


because we love them sincerely!


what the guys say about today...*taking from their tweets*

Yesung: Today's fifth anniversary of Super Junior's debut ^^ E.L.F.s who have been with us to this moment ........ who will also be with us continuously Thanks.......

Eunhyuk:I was wondering what was going on....5 years? It's only 5 years. It's huge when a team that was only going to be together for a year goes on for 5 years. But, a team that's going to be together for 50 years, 500 years has only been together for 5 years. Why are people fussing over it..........said me but I'm getting goosebumps right now!!To every E.L.F.s all over the world who have been with us for 5 years!!! I cannot express in words how thankful I am...Also, our members!!!!! Really, I don't need anything else~~~ Let's be together for a long time and let's laugh at the end!!!! Eumhaha~ I can't say it in person....I love you!!!!!!

Ryeoowok: 5th anniversary. Thankyou for many supports and loves to make Super Junior like this, ELF^^ also I love you SJ members♥

Donghae: Not just 5th anniversary, together (we will celebrate) 50th anniversary, 500th anniversary hehehe I LOVE U.

and they love us sincerely too!




taken from Super Show 2

as much as we love them,they love us too!
because we are Everlasting Friends and its tie us tightly!

Happy 5th Anniversary SUPER JUNIOR.


I wasnt there from the beginning,but from now on till the end I will be there with them.I love you,oppa~


credit:video owner(cc1164),elf letter translator and also oppa twitter.







 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei