Thursday, November 25, 2010

rutin yang dirindu...

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 25, 2010
Mungkin kerana rutin harian sekarang dan rutin harian dulu sudah berbeza jadi rindu.atau mungkin kerana sekarang seperti sudah tiada rutin harian,duduk melangut sahaja jadi bosan dan terus rindu.rindu dengan kehidupan dan rutin harian 6 tahun yang lalu.ewah,mengimbau kenangan pulak.rutin aku....*asap berkepul-kepul naik*


6.15am-bangun pagi gosok gigi,eh bukan pergi tanda bekas shower dulu kat bilik air.lepas tu solat subuh sambung tidur balik.senior mana bangun awal-awal pagi beratur tunggu nak mandi macam junior.tak rock ah.chopp bekas shower sudah.padahal bila aku bangun dah x ada orang mandi pun,x chopp pun x apa,hahaha.

6.45am-bangun mandi.budak-budak budget senior kerek macam aku ni memang masa ni ah baru nk bangun mandi.muahaha.bukan kerek ah,xnak menunggu lama-lama dalam bilik air tu,nanti kan aku tidur gak kat situ masa tunggu turn aku,baik ah tidur terus dalam dorm,lagi selesa.

7.15am-dah siap semua pakai baju sekolah kemas katil buku-buku sekolah make up bagai,eh budak sekolah mana ada make up,make up tu pakai bedak Carry Junior Anggur macam Mirah lah lepas tu betul-betulkan tudung.cermin ada satu je kat sebelah pintu,jadi selalu nak kena beratur untuk guna cermin.beratur siap okay macam nak pergi bayar bil kat pejabat pos pulak.budget lawa belaka neh macam ah nak pergi mengorat Sir Radzmi.heh!

7.20am-turun sarapan pagi.paling suka sarapan pagi hari selasa dan khamis sebab nasi lemak lepas tu boleh makan 2 3 pinggan.sebab aku selalu turun lambat,selalu suruh Ayu ambilkan nasi lemak takut habis.Ayu pukul 7 dah siap kot.budak baik tuh.sesi bergosip pertama adalah di meja makan kala tengah makan nasi lemak.

7.29am-dalam masa seminit kaki dah kena ada dalam tanah sekolah,siapa masih dalam tanah asrama memang habis ah.masa ni memang lari tak cukup tanah,siapa lambat nanti pengawas ambil nama lepas tu kena panggil masa perhimpunan,kan malu tuh.selalu aku terlepas je,padan muka siapa yg lagi lambat drpada aku,muahahaha.

7.30am-pergi taman.sekolah aku dulu setiap kelas ada satu taman lepas tu kenalah pergi bersih taman tu setiap pagi.nanti tiap-tiap bulan Cikgu Mat Yunus akan buat pengumuman di perhimpunan taman siapa paling bersih-paling kotor.kalau kena kelas kau taman paling kotor memang habis ah dengan kau kau sekali kena kutuk,bukan setakat taman tu je.malu dowh Cikgu Mat Yunus cakap perempuan pengotor tak boleh buat menantu.siapa ntah nak jadi menantu Cikgu Mat Yunus.dekat taman adalah sesi kedua bergosip.tangan pegang penyapu pegang daun sehelai dua dah cukup,mulut dah boleh bergosip jiran sebelah kelas.

7.40am-perhimpunan.ingat hari Ahad je ke ada perhimpunan.sekolah aku setiap hari kot ada perhimpunan.tapi kejap jelah,kalau ada apa-apa pengumumana nak buat,boleh buat masa perhimpunan ni.tapi aku paling tak suka perhimpunan hari Ahad dengan Khamis,ada spot-check.tak suka weh spot-chek ni,kau pengawas macam tahu je aku tak pakai singlet dengan petticoat.stoking pun.dan dan tu jugak kau nak buat spot-check.eh tapi aku memang setiap hari tak pakai pun,muahaha.tudung dah labuh kot,nak pakai singlet jadah apa.kain sekolah pun tebal je kenapa nak kena pakai petticoat lagi.tak paham aku.sampai sekarang pun tak paham.tapi hidup sebagai 'penjenayah' kenalah bijak bab-bab trick ni.bila barisan kelas aku kena spot-check aku larilah ke barisan kelas sebelah.tak pun bila pengawas check kat depan aku pergi berdiri kat belakang,aku kan tinggi.bila sampai turn bahagian belakang aku lari pergi depan pulak buat-buat pendek.ha,kan tak kena spot-check,muahaha.aku lagi bijak dari pengawas!:B

7.45-2.20pm-kelas bermula.ni standard ah,ada kelas aku suka ada tak.banyaknya taklah.mengantuk dowh.paling tak suka kelas Bahasa Arab Tinggi,sumpah mengantuk sampai kena main baling-baling syaitonnn dengan Chaeid dan geng.boleh pulak main baling-baling syaitonn.gila betul budak kelas aku.kasihan Ustaz Zul,minta maap ustaz.paling aku suka kelas Sejarah sebab auuuwwww suka aaauuuww Cikgu Sahrul.*blushing*.bongok dia dah kahwin ada anak ah.tapi suka jugak sebab dia baik walaupun garang sikit.lagi sebab dia kenal aku lepas tu tahu pulak nama aku,auuwww sweet ah Cikgu Sahrul ni.eh apa ni Ajie bukak pekung di dada,okay dah.agak tak suka jugak bila kena pergi lab.dah ah lab jauh lepas tu buku bukan sebiji nak kena bawak,buku log nota amali latihan bagai belum report files lagi.penat seyh.satu lagi kelas yang agak suka,Bahasa Inggeris.mungkin sebab suka Bahasa Inggeris jadi rasa best.lagipun selalu teacher suruh masuk pusat sumber je.eh pusat sumber macam comel je,perpustakaanlah tu.suka jugak kelas Matematik Tambahan,walaupun aku sangatlah benak lagi lembap maths,tapi suka sebab Cikgu Zul sangat romantik,auuwww!ajar dengan penuh lemah lembut tak pernah marah,selagi aku tak paham selagi tulah dia terangkan sampai aku cakap aku paham walaupun sebenarnya aku dah lama paham,cikgu macam ni siapa tak cair weh?bahahaha.tapi palinnnnnggg suka sekali bila cikgu ada mesyuarat lepas tu x ada kelas.ha,ni paling best!buat nota sambil bergosip,tapi tu orang lain ah.aku mestilah tidur,muahahaha.takpun buat air teh o cicah biskut hup seng sambil bergosip jugak,ini aku suka!

2.20pm-BALIKKKKKKKK!ni lagi sekali berkejar pergi dewan makan pulak.berkejar okay nak makan tengah hari nanti kalau lambat tak dapat peha ayam atau kepak.nanti nasi habis kena tunggu lama pulak.makan pun cepat-cepat sebab nanti nak balik dorm tidur.tidur aje kerja aku.

3.00pm-balik dorm rilex-rilex dulu sepuas hati.tidur lagi.dekat-dekat nak pergi prep karang kan baru ah aku kalut bangun mandi solat zohor basuh baju bagai.

3.45pm-kan dah cakap tadi,mula ah nak kalut mandi solat zohor.kalau ada yang tak semenggah lagi siap nak basuh baju bagai padahal pukul 4 dah kena halau pergi prep.kalau malas pergi prep,sambung je tidur .bila warden datang buat spot-check baru menggelabah pergi sembunyi dalam bilik air.lagi sadis sembunyi dalam loker,nasib tak mati terkurung dalam itu.gamble sungguh.eh tapi bukan aku la,kawan-kawan.aku tak adalah sampai masuk dlm loker,paling busuk pun tepi loker,budget kurus warden tak nampak padahal kaki terjulur keluar,lepas tu kena jerit," ha,siapa kat tepi loker tu keluarrrr!ingat saya tak nampak ke?!"ha,padan muka kantoi,muahahahaha.

4pm-selagi tak kena halau jangan harap aku nak melangkah keluar dorm.dah kena halau baru blah.pergi sambung tidur kat kelas pulak,muahaha.prep petang lagi satu sesi bergosip kegemaran aku.sambil buat nota,mulut jugak laju bergosip.itupun kalau aku tak susun kerusi budak berulang buat alas untuk tidur.kadang main games tak pun pergi berjalan ke kelas lain.ini menjelaskan 'kecemerlangan' aku masa sekolah dulu.bahaahaa.

4.45pm-habis prep.aktiviti bebas suka hati nak buat apa asal jangan keluar asrama.selalu pergi minum petang sambil meneruskan sesi bergosip di dewan makan pulak.bergosip aje kerja,perempuan betullah!kalau dalam musim kawad kaki,petang-petang ada latihan sampai pukul 7,jadi kena pergi latihan kawad.

6pm-makan malam.masa ni sampai pukul 7 pun aktiviti bebas.lepas makan naik dorm mandi atau basuh baju atau tengok tv drama cina atau lepak je kat kelas,taman ke.selalu lepak kat kelas je dengan kawan-kawan.petang-petang tak elok study.orang tua-tua yang cakap,aku amalkan je.:D

7.20pm-patutnya pukul 7 lagi dah kena pergi masjid,tapi biasa ah kata senior,mesti ah kena pergi masjid time masjid dah penuh stok nak duduk kat belakang-belakang.selagi tak bunyi azan x adanya kitorang nak pergi ambil wuduk,dan dan orang tengah azan tu jugaklah kitorang nak merempit dengan syaitonn ke tandas ambil wuduk.tengok siapa sampai dulu.gila dowh dengan syaitonn tu merempit.

7.30-8.45pm-ini memang sesi ukhrawi.solat maghrib berjemaah,baca quran,malam jumaat baca yassin kadang solat hajat jugak,tazkirah,selawat lepas tu solat isyak berjemaah jugak.senakal-nakal aku kat sekolah pun,semua kat atas neh aku buat,x skip okay.ilmu akhirat tu penting di dada.eh dah terbagi tazkirah pulak.

9pm-prep malam.ni memang semua orang study betullah,xda main-main bergosip bagai dah.aku pun.semua muka serius mengadap buku buat nota meniru kerja sekolah.tapi sejam pertama jelah,masuk pukul 10 muka sorang-sorang dah stok tak tidur sebulan.apa lagi kita mainlah.main games tak pun nyanyi sampai kena sound dengan pak guard tak pun macam biasa pekena teh o panas dengan biskut hup seng.heaven betul malam-malam minum teh o ramai-ramai.

10.45pm-habis prep pergi melantak minum malam pulak padahal baru je belasah teh o panas dgn biskut hup seng.suka pergi minum malam sebab teh panas dia sedap cicah dengan roti atau biskut tawar macam auummmm sedap gila!lagiiiiiiiiiiiiiii suka kalau Pak Cik Nazri tender dewan makan buat special supper.kadang-kadang ada laksa,pulut durian,durian,abc,mee kari dan mcam-macam lagilah.duduk asrama bukan selalu boleh makan sedap macam ni.paling-paling pun nasi ayam jelah yang boleh dibanggakan.bila ada special supper macam ni memang makan x ingatlah,berpinggan-pinggan sampai tersadai.Pak Cik Nazri pun lebar je sengih tengok makanan dia habis.

11pm-dah habis prep,boleh balik dorm tidur tapi itu budak-budak jelah.untuk aku yg malam baru nak bantai semua kerja sekolah haruslah kembali ke kelas siapkan kerja.sampai kena halau dengan ketua warden,Ustaz Rosli baru aku blah.aku dengan kawan-kawanlah.ingat aku berani sangat nak study sorang-sorang?haram tak.

11.30pm-paling lambat boleh balik dorm.aku angkut je semua kerja tak siap*kalau ada yg tak siaplah* balik dorm,buat dalam dorm pulak.balik dorm sambung sesi terakhir bergosip sambil bersiap-siap bukak selimut tepuk-tepuk bantal nak tidur.heh,sebagai seorang penakut,memang 5tahun tu aku tidur berduet.ewah berduet macam penyanyi pulak nasib aku tak cakap tidur berfeaturing.muahahaha.

12pm-TIDUR.


Semua di atas aku rindu.rindu sangat.rindu nak buat semua.betul rindu.tsk tsk tsk.dulu rasa macam ah bila nak habis sekolah ni,fade up dah aku 5tahun hidup macam ni,tapi sekarang macam ah kan bagus kalau boleh balik ke masa form 5 buat rutin sama setiap hari.manusia memang selalu macam ni.aku kan manusia.dah ah,nak pergi belek album lama zaman gambar hitam-putih,karang berlama-lama kat sini ada jugak yang menangis.bye!

4 heart said:

TiA on November 26, 2010 at 11:19 AM said...

ajie~ ak 3 thn je..tk dpt nk bermemori sgt...tp rindu la................................

haha..tdo berfeaturing itu sgt klakar~ hik2

TiA on November 26, 2010 at 11:21 AM said...

lg satu~ ak dpt rase bengang je kt senior yg pgi tnda blik air pepagi tu...tk sempat jdi senior..tsk tsk~ :((

Chaied on November 26, 2010 at 11:18 PM said...

wahh..ini rutin kome?
rutin aku lagi kaw! :D
nnti aku wat entri~ heh.. :D

goodgirlgee on November 27, 2010 at 11:10 PM said...

tia:form 3 2 senior dh,aku la.mu xsenior lg ko f3?aku f2 senior dh,hahaha.2 ah mu kua awal,xdpt rasa nkmat sbnar duk naim mse f4,f5.
chaeid:awop bkn skul naim ko?srupo jah awop pun,cmo ganah skit lg dr sayo deh?level up skit,tubik ngn jatey,hahahahaha!

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei