Saturday, January 30, 2010

babai kumpulanberuk eh broadband

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, January 30, 2010 0 heart said
Kan sudah kata akan datang sini seminggu sekali sahaja kerana kesibukan belajar.wah,tipu.x tahu nak tulis apa sebab weekend ni baik gila duduk rumah sahaja dan walaupun banyak perkara berlaku seminggu yang lalu contohnya seperti pilihan raya umum eh bukan pilihan raya MPP tapi macam dah busuk nak tulis.so xnak tulis.

Hari-hari terakhir bersama 'kumpulan beruk' atau nama sopannya 'kumpulan luas' atau nama saintifiknya broadband atau bila beliau lembap ia lebih senang dipanggil berukband.hari-hari terakhir kerana beliau kepunyaan kakak saya dan kakak saya akan berpindah ke Kuantan minggu depan.nampak x hubungannya di situ?x nampak?apalah lembap sangat.maknanya kakak saya mestilah akan bawa broadband ini bersama beliau ke Kuantan dan saya tidak akan dapat melayari internet lagi selepas ini.waaaaaaaaaawaaaaaaawaaaa!okay sudah jangan sedih.


Selepas ini kena ikat perut atau kena korek tabung buluh untuk beli broadband sendiri.atau kalau kamu nak terus baca blog ini kamu semua perlu kumpul duit dan belikan broadband untuk saya.kalau x blog ini akan MATI.diulangi MATI.eceh,suka-suka hati aje.tak,blog ini x akan mati okay.tapi sehingga berjaya mendapatkan internet atau mungkin broadband baru,blog ini akan diam sahaja.


faham semua?bagus,bye.

Sunday, January 24, 2010

Uitm tetap di hatiku!

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, January 24, 2010 0 heart said
Jika kamu bukan pelajar Uitm Shah Alam yang memandu kereta untuk ke kelas dan bukan pelajar FSPPP kamu patut bersyukur...




parking lot depan Fakulti Kejuruteraan.sangat rezak dan nazak.setiap hari kena pergi kelas awal untuk berebut parking.kalau lambat memang kena block kereta orang lain lepas tu tinggalkan nombor telefon supaya tuan kereta yang kena block tu boleh call kau utk alihkan kereta.x pun letak je gear dekat N dan jatuhkan handbreak nanti pandai-pandai la tuan kereta yang kena block tu tolak kereta kau.kalau kau malang lupa nak buat semua kat atas ni memang kaw-kaw la kau kena maki.sangat sadis bukan.aku harap Dato' S dapat buat lawatan ke tempat parking kereta ini dan tengok sendiri 'penderitaan anak-anak' beliau yang kaya-raya semua nak bawak kereta sampai parking jadi macam ni lalu buat rule baru pelajar x dibenarkan bawa kereta.eh takkkkkkkkkkkk...parking kereta untuk pelajar diluaskan lagi.*beranganlah kau Dato' S nak buat macam tu.*






dari bahagian atas dan juga bawah.kalau kamu rajin kira la berapa jumlahnya....

ini namanya Tangga Kejayaan.aku pun tak tahu siapa yang letak nama tangga ni.dulu aku xpayah panjat sangat tangga ni tapi sekarang setiap hari kena panjat.tsk tsk tsk.tengok gambar pun dah tahu sangat amat tinggi.eceh hiperbola.jumlahnya 92 buah anak tangga.itu baru naik,dah naik takkan la tak turun jadi setiap hari aku naik dan turun 184 buah anak tangga.walaupun tak setinggi tangga di Batu Caves tapi aku sangat menderita.penat okay.PENAT.dah elok-elok aku mandi pakai cantik-cantik sembur perfume semua untuk pergi kelas,lepas panjat tangga ni semua itu hilang digantikan peluh dan busuk.benci.dan setiap hari perlu memotivasikan diri sendiri untuk panjat tangga ni-'boleh bakar lemak kau ajie.boleh kuruskan badan kau ajie.nanti paha kau jadi kecik ajie'.do you think its work?haish.

agak-agak kalau aku suggest dekat Dean untuk tukar tangga ni kepada eskeletor beliau terima tak?muahahahahaha.


2 'penderitaan' ini akan terus mengekori aku sehingga hujung bulan November nanti.jadi terpaksalah aku bersabar untuk setahun ini.terima kasih kepada Uitm kerana tanpa cara drastik mereka menghabiskan duit dengan memasang palang automatik seperti di shopping complex di setiap entrance fakulti aku x akan melalui semua ini.Uitm di hatiku.bye.


p/s: selepas ini bila assignment presentation kuiz test dan homework berlambak-lambak mungkin akan berblogging seminggu sekali sahaja.tsk tsk tsk..

sesi membakar lemak

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, January 24, 2010 0 heart said
Selalu kalau weekend selagi matahari tak naik mencacak memang haram la aku nak bangun.mesti terbongkang lagi atas katil sambil memeluk si busuk mashimaro.masa weekendlah aku nak qada balik tidur dan mimpikan lelaki-lelaki idaman yg kalau di hari biasa memang xsempat nak mimpi sebab dah kena bangun pergi kelas.

tapi semalam dengan penuh gigih dan semangatnya bangun awal.yeaaayyy!bangun awal sebab kena pergi senamrobik di fakulti dan kehadiran adalah WAJIB. eh kalau tak wajib pun aku memang nak pergi.senamrobik okay.suka suka suka.

dah lama tak bangun pagi-pagi di hujung minggu lepas tu buat senamrobik pulak,heaven betullah.aktiviti seperti ini bagus kalau fakulti aku selalu buat nak nak lagi bagi barang free seperti tuala yang bercop fakulti dan sarapan pagi.wah,jimat duit i.muahahahahaha.


bagus mereka-mereka ini.KP pun ada.lecturer pun ramai yang join.*mungkin sebab COMPULSORY.hahaha*




2 orang ini sanggup datang pagi-pagi dengan harapan dapat menguruskan badan dan membakar lemak-lemak di paha walaupun lepas tu pergi mentekedarah bihun goreng.bahahaha.*bravolah Ana dan Ieda*






ini sisi depan.dah kurus macam ni nak bakar lemak apa lagi?aku bakar jugak 2 orang neh.sebab mereka berdua excitedlah aku pun jadi excited jugak nak join senamrobik ni.*sebab i sangat selekeh lagi serabai so gambar i xde.hahaha*


lepas tu balik dan tidur.babai.

Monday, January 18, 2010

180100-180110 sama dengan 10tahun

love and huggies by goodgirlgee at Monday, January 18, 2010 2 heart said
Its almost 10years..NO!its already 10years!its today,i mean on this date.10 tahun sudah okay.woh sangat cepat masa berlalu.macam x perasan dan x percaya.10 tahun lalu pd tarikh ini aku kenal dgn gadis-gadis gorgeous ini.masa tu zaman busuk(means xmature,bolots,hudoh dan sebagainya)lagi.bahahaha.tapi sekarang semua sudah gorgeous.tinggal aku seorang je yang masih busuk.eh?muahaha.kalau nak ckap pasal kenangan dan segala bagai yang dah dilalui dgn diorang sepanjang 10tahun ni memang la sampai malam lusa pon aku masih duduk menaip lagi.shortly,mereka adalah SAHABAT eh bukan mereka lebih daripada SAHABAT,mereka adalah SAUDARA terbaaaaaeeekkkk!

jadi untuk kamu semua...




HAPPY 10th YEARS FRIENDSHIP ANNIVERSARY!!!!!


For this 10 years friendship,tq.for all the laugh and tears,tq.for all the joy and sorrow,tq.for all the sweet and even sad memories,tq.for all the great moment we had together,tq.for everything we had been through together since 10years ago,tq.bi tunggang terbalik sila abaikan.:P




part of us~only death will separate us...

2000 brp entah,zaman separuh busuk.sudah keluar dari zaman ini okay.xpercaya?jom tengok..
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10



TADAAAAA...ha,catikkan?cantikkan?siapa cakap x cantik pergi buat spek sekarang.bahahaha.ini 2009.we're grown now.dah boleh kahwin dah diorang neh.*kecuali aku*.



p/s:there will be a celebration end of this year.2days 1 nite insyaallah.*kalau umur aku panjang la kan.*

bye.












Tuesday, January 12, 2010

jangan pergi dulu

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, January 12, 2010 0 heart said
Woho sudah lama tidak update blog.okay mahu update blog sekarang.mahu story things i've done last weekend tapi internet pulak lembap lagi siput babi xboleh nak upload gambar so xjadilah.itu nanti-nantilah next blog bila sudah boleh upload gambar.


sekadar mahu beritahu bahawa aku masih bernafas makan tidur pergi kelas dan hidup dgn baik begitu juga dgn blog ini.so kamu jangan risau dan jangan delete adress blog ini dr list kamu okay.bahahaha.koyasssss macamlah blog aku seperti blog HZ.okay sudah.bye.

Tuesday, January 5, 2010

Malaisie France Institute

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, January 05, 2010 0 heart said
Bonjour!wah,tiba-tiba speaking Perancis pulak padahal sepatah je pon,bahaha.okay kenapa saya tiba-tiba cakap Perancis sebab teruja kelmarin pergi hantar my brother sambung study di UniKL-Malaysia France Institute dekat Bangi.ingat MFI tuh mcm kolej-kolej swasta yang lain jugak.sebuah bangunan beberapa tingkat dengan segala isi perut dalam bangunan tu.maksud i pentadbiran kelas bilik lecturer kafe dewan peperiksaan dan segala bagai lagi semuanya dalam bangunan yg sama.x macam universiti langsung.okay memanglah bukan universiti.xmacam kolej la kan semuanya dalam satu banguna.eh sekolah pon ada banyak-banyak bangunan tau inikan pulak kolej mestilah nk lagi grand.muahaha.okay sudah.rupanya MFI xmacam apa yg saya komplen kat atas neh.ada beberapa buah bangunan(kenapa la aku neh sibuk sngt pasal bangunan banyak ke tak.)ada kolej penginapan jugak.macam universiti la.eh memang la dah nama pon UniKL,memang la universiti.erk okay.boleh tengok gambar sekarang...




main entrance.Abah parking betul-betul depan signboard neh sebab xboleh masuk dalam.


bagus kan?suka betul i tengok signboard neh.ada bahasa perancis weh.tergeliat lidah nak baca.kalau x ada translate melayu tuh i paham centre dgn service je la.hahahahha.





kolej puteri-PARIS.what?Paris okay!


kolej putera-LYON dan apa ntah ada satu lagi lupa.kolej putera ada 2.nama kolej-kolej ni sempena nama bandar-bandar utama di Perancis.oh,adik i duduk kolej ni.





woh,katil macam kat asrama~double decker!ha,ni adik i.dia yang paksa letak gambar ni dalam blog.muka budget sedih lepas pendaftaran nak kena tinggal.bahahaha.


kamu sila study betul-betul jangan main-main.bayar mahal tu okay.kalau skroll diploma xde dalam tangan lagi 3tahun siap kau!eceh,ugut.

Merci.A bientot.adios.


p/s:thanks and credited to my sweetheart Nadia yg ajar 2 3 patah perkataan Perancis neh.hahaha.

Friday, January 1, 2010

welcome kamu!

love and huggies by goodgirlgee at Friday, January 01, 2010 0 heart said
Oh,sudah hari kedua 2010.kerana smua orang pon sibuk wish happy new year semalam so aku mahu wish happy new year hari ni.okay HAPPY NEW YEAR everyone.hey,its not too late okay.baru 2hari.how do you guys celebrated new year?my family welcomed this new year dengan kenduri kesyukuran.you can say it as 2 in 1.kesyukuran untuk my brother yang akan futher study di FMI dan kesyukuran untuk tahun baru jugak la.ha,bagus bukan?bahaha.

so much dreams and wishes to achieve.tapi tidak mahu kongsi dahulu sehingga mereka semua berjaya dicapai.muahahaha.okay mungkin boleh kongsi satu.azam ini tiap-tiap tahun pon masuk list dan walaupun ia berjaya dicapai,pencapaiannya tidaklah terlalu membanggakan dan mungkin kerana bangga sebab sudah berjaya ianya gagal kembali.LOSS WEIGHT.bahahaha.ini azam wajib setiap tahun.wtf.lepas ni kena selalu pergi gym free dalam Uitm dan tidak boleh lg makan McD setiap hari.

Okay sekian bye.


p/s:hari ini akan kembali ke Shah Alam.lusa akan mula kembali menghadap muka-muka sama sejak dr 3tahun dulu.okay kamu semua sangat comel aku tidak bosan menghadap kamu.*sila belanja makan*.dan perlu bersedia untuk segala muntah hijau semester 5.bye kamu.
 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei