Thursday, May 27, 2010

penyakit pembunuh

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, May 27, 2010 2 heart said

Hypersomnia refers to a set of related disorders that involve excessive daytime sleepiness.It is different from feeling tired due to lack of interrupted sleep at night.Patient with hypersomnia also often experience prolonged sleep at night and have difficulty waking from long sleep,feeling disoriented upon doing so.Other symptoms may include anxiety,increased irritation,decreased energy,restlessness,slow thinking,slow speech,loss of appetite,hallucinations and memory difficulty.A person with hypersomnia may sleep up to twelve hours a night, and still need frequent daytime naps.Upon waking from the nap,he or she does not feel refreshed.Typically,hypersomnia is first recognized in adolescence or young adulthood.It generally appears when the patient is between 15 and 30 years old.It does not begin suddenly but becomes apparent slowly,sometimes over years.




Penyakit tak munasabah aku.percaya tak?tulisan yang bold tu semua berlaku pada aku.

Umi mesti tak kan percaya kalau aku bagitahu dia.dia mesti akan cakap aku kuat tidur je.Abah pun.semua orang pun.

haish.i do not want this either.benci.

ia mungkin akan membunuh masa depan aku~










Monday, May 24, 2010

It has to be you.

love and huggies by goodgirlgee at Monday, May 24, 2010 0 heart said


Ni lagu It Has to Be You yang tak dapat masukkan last post.dah boleh.

Sila dengar.best.


tapi kalau kau tak minat lagu korea dan drama ni tak best la kot.

Sunday, May 23, 2010

tears...

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, May 23, 2010 0 heart said
Bukan semua orang bisa menangis.ada orang sagat susah menangis.walau betapa disakiti pun tidak dapat menangis.walau orang paling disayangi seperti emak atau ayah meninggal dunia pun tak ada air mata keluar.walau sedih yang amat pun still tak menangis.dan ada orang sangat mudah menangis.tengok iklan dah menangis.tengok drama dah menangis.dengar lagu dah menangis.tak ada buat apa-apa pun boleh menangis!wthacks.

Okay aku spesis yang kedua tuh.mudah menangis.tengok drama Korea yang tak ada nak sedih mana pun aku menangis.tengok iklan raya Petronas pun aku menangis.dengar lagu sahabatku-untukmuteman-sahabatsejati-doaperpisahan pun aku menangis.kena bebel dengan emak pun aku menangis jugak.duduk saja-saja tiba-tiba teringat kena marah dengan pengetua masa tingkatan 4 dulu pun aku menangis.whathefreak!apalah.

Air mata aku memang banyak macam air terjun Niagara.kalau dah keluar tah bila nak berhenti.buruk pulak tu.kalau menangis cantik macam cik-cik artis berlakon menangis sekadar keluar air mata je tak ada air-air lain yang turut serta nak jugak aku menangis lama-lama.apalah buruk sangat.

Terbaru menangis kerana tiga perkara ini:


Emak.




Brilliant Legacy.menangis?wthacks.beriya-iya menangis tengok ending drama tuh.x adalah sedih sangat.eh bukan memang tak sedih pun.happy ending,apa yang sedihya.aku je yang tah hape-hape nak menangis.



drama ini sangat best.siapa tak tengok rugi.pergi tengok sekarang.




dan OST Cinderella Stepsister-It Has to Be You(Yesug Superjunior).alamak video tak boleh masuk pulak.siapa nak dengar pergi cari sendiri di Youtube,ok.



Kan dah kata aku boleh menangis walau sekadar kena bebel dengan emak-tengok drama Korea-dengar lagu.harap ini bukan peyakit sebab dah ada satu peyakit tak munasabah.nanti next post bagitahu.bye.



tengah tulis post ni pun mcm nak menangis sbb siapa suruh buat post smbil dengar lagu it has to be you.






Saturday, May 22, 2010

life.love.laugh.#2

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, May 22, 2010 1 heart said
Antara perkara yang paling aku benci,tak bukan benci tapi tak suka adalah bila kena paksa buat sesuatu perkara yang aku tak nak buat.tak suka okeh tak suka.terutama sekali kalau orang yang suruh tu kononnnya faham dan kenal aku.kalau faham dan kenal kenapa nak paksa-paksa.dah aku tak nak tu tak payahlah weh.bila dah buat perkara secara TERpaksa dah jadi tak ikhlas kalau tak ikhlas tak dapat pahala.sia-sia.dahlah penat.

bye.

Wednesday, May 19, 2010

budak baik ikut cakap

love and huggies by goodgirlgee at Wednesday, May 19, 2010 0 heart said
Apa benda tah ni main tag-tag pulak.aku tak reti tapi dah kakak aku beriya-iya suruh lepas tu siap tag aku lagi,bantailah buat jugak.nah hamek tengok..



3 names in your message inbox:

ni inbox emel ke inbox handphone ke inbox apa.lain kali bagi soalan biar jelas.haha.
1) ruffamer-kawan-susah-mati sejak 10tahun lepas.
2) along-kakak kesayangan kongsi satu katil di rumah.
3) nizam-boipren.eh eh,classmatelah.

your main ringtone:
wetoriya-cn blue.

what you did at 12 last night:
bersungguh-sungguh tengok Brilliant Legacy.xhabis sambung lagi malam ni.

who was the last person you went out with?where?
Eina,kawan-susah-mati pergi makan di Amin Thai.

the colour of t-shirt you're wearing now
gila terbaeekk soalan.kaler baju pon nak tanya ke weh.aku xpakai tshirt sekarang,pakai benda lain.hahaha.dah jangan tanya.

the last thing you did
tengok Brilliant Legacy.bila nak habis tah.

3 of your everyday favourite items
tv, broadband and katilbantal.

the colour of your bedroom
ni lagi satu soalan bongok.oren kerana menyibuk nak duduk rumah makcik.kalau bilik tidur aku kaler putih je.haha.

how much money in your wallet now?
nanti jap nak g kira..pasni aku bagitahu.

how's life?
jawapan sama dngan along aku,pergilah tengok kat belog beliau.cuma hidup aku lagi sucks kot dr beliau.

your favourite song:
lagu korea.kalau aku xpaham pun suka hati akulah aku nak dengar.

what will you do next weekend:
entahkan hidup ke tidak lagi aku next weekend.apalah soalan.aigooo~

when was the last time you see your mum?
Ahad baru ni.

where is she now?
kat rumah la kot kalau tak pergi menonong rumah orang.hahaha.

who is the last person that talked with you last night?
entah,lupa.makcik aku kot.

the last surprise you got?
ni pun aku lupa.dah lama kot orang tak buat surprise kat aku.aku je yang selalu buat surprise kat orang.

the last thing you borrowed from your friend?
dvd Brilliant Legacy from bestbuddy,Nik.

who is your bf / gf / husband / wife?
LMHLSGJGSLDWEC.eceh panjang gila nama boipren.kau pikirlah sendiri siapa.

what do you feel right now?
x ada perasaan!

wanna share with who?
kalau kau call aku,aku share.betul ni.

who know your secret?
people i trust.dan Allah.:p

they keep your secret?
keromiyo!*kalau kau faham bahasa korea kau tahu jawapan aku*hahaha.

are you angry with someone?
bukan someone je..some berapa tah.bila tah nak jadi seorang yg xpemarah tapi peramah.

do you order at Mc'D?
yup..tapi dah lama tak makan demi simpan duit.tak sebenarnya kedekut.hahaha.

the last time you feel so sad?
few days ago when thing is not right.sad sad sad sad.sekarang sudah bersemangat semula!

mahu tag?
nah hameklah,orang-orang bertuah ringan tangan selalu update belog je aku tag.jangan nak tag aku balik..araso?

1)wanie

2)dayah

3)sista haneem

4)sista efie

5)qeoh


eh,dah habis?baru aku semangat nak jawab soalan.dahlah nak sambung tengok boipren kesayangan berlakon dengan perempuan lain.bai.



Saturday, May 15, 2010

perkara suka di dengar!

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, May 15, 2010 1 heart said
Semalam ada kenduri di rumah.ramai ahli keluarga datang termasuk seorang makcik kesayangan.bila keluar dari bilik terus menerkam ke arah beliau dan bersalaman dengan penuh santun.*berlakon*muahahahaha.seperti biasa makcik akan pandang atas-bawah-bawah-atas,lalu berkata...

"kurus dah Kak Ajie.dulu masa balik Aunty tengok berisi sikit.lengan besar jugak dulu,sekarang dah kecik"


kemudian tadi pergi reunion bersama gadis-gadis kesayangan yang sudah hidup bersama selama 10tahun tapi baru tidak jumpa setahun sudah menggelabah rindu.Nurina,si kurus cekeding yang makan tidak pernah tidak habis dan siap-siap suka menambah lagi tapi badan tetaplah macam papan pulak berkata...

"kurus dah mu ni weh.dulu gemuk.makan apa weh?"

mulanya aku ingat nak sepak je si Nurina ni,tapi bila tengok muka serius dia,tidak jadi.





kuruskah?siapa lagi kurus aku atau pokok?



dah berapa bulan tak timbang berat dan dengan kadar pemakanan harian seperti orang tengah mengandung,betul ke mata diorang berdua?ke rabun?hahaha.


dalam dunia ni,ada perkara-perkara yang tidak disangka-sangka tapi suka di dengar!:p *kau mungkin tak suka tapi aku suka*


p/s:terima kasih utk Aunty dan Nurina yg tidak tahu ikhlas ke tak puji aku dah kurus.tak jadi nak diet.esok nak makan McD Double Mc Chicken.hahaha.

Tuesday, May 11, 2010

CHELSEA CHAMPION!

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, May 11, 2010 2 heart said
Chelsea Chelsea!Chelsea Chelsea!tak sia-sia aku bersama Chelsea selama ini.bersusah dan bersenang bersama Chelsea.kalah dan menang bersama Chelsea.dah macam suami aku pulak si Chelsea ini.berjaya jugak akhirnya merampas kembali takhta Liga Perdana Inggeris daripada MU.horraayyy!!memang aku kipas-susah-mati Chelsea..



Juara Liga Perdana Inggeris 09/10






celebrating


hardwork paid


Carlo Ancelotti-his strategies work well.


Didier Drogba-real hero.


ini tak yah cakap memang hero aku.hero Chelsea jugak.


the super-duper-best captain-JT.

we really had a great year this year!gembira dan gembira dan gembira.sebagai gambar penutup,tengok jelah ini...

C

H

E

L

S

E

A

C

H

A

M


P

I

O


N

Drogba:relax la bro,ko nak nanges apahal.

Rooney:tsk tsk tsk.kelab aku kalah dowh!

^_____________^


senyum lebar.bai.

Sunday, May 9, 2010

malam pertama

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, May 09, 2010 0 heart said
Malam pertama aku biasa jer…
Aku yg bukak kan, pastu gosok-gosok belek-belek yg mane patut, push the right button, pastu cucuk terus main. Takde maknenye dah nak kiss kiss dulu. Aku tak tahan dah pasal lame sangat dah aku tunggu. Dekat setengah tahun jugak laaa kumpul duit…

First main terkial-kial gak laa carik tempat mane yg harus tekan. Dalam setengah jam camtuh ok dah. Dah familiar la orang kata. First time main dekat 3 jam aku balun sampai panas giler. Hehehehe..Itu laa pengalaman malam pertama aku main PS2 mase baru beli 5 tahun sudah…


Korang ni fikir apa hah.tak baik fikir bukan-bukan.dah dah pergi mandi wajib!


p/s:kat mana tah aku kutip cerita ni lupa dah.lawak gila sakit perut aku gelak.

Saturday, May 8, 2010

ibu hebat saya

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, May 08, 2010 1 heart said
Yeayyy final sudah habis.berakhir sudah penderitaan aku selama 2minggu ini.sekarang boleh melayari internet dengan sepuas hati.sekarang boleh menonton drama korea 24jam.sekarang boleh pergi berpeleseran dengan crime partners.sekarang boleh qada' tidur untuk 2minggu ini.eceh,macamlah tak tidur langsung padahal hypersomnia.haha.

Hari ini kalau ada yang tidak tahu adalah Hari Ibu.ya Hari Ibu disambut di seluruh dunia.jadi mari kita bercakap tentang ibu kita,eh maksud aku ibu aku.


Umi bersama anak-anak daranya yang semuanya PEMALAS.hahahaha.


Umi aku walaupun bukanlah emak paling hebat di dunia tapi dia adalah emak yang selalu hebat untuk aku adik-beradik.

Umi aku walaupun bukanlah emak paling cantik di dunia seperti emak HZ tapi dia adalah emak yang selalu nampak cantik di mata aku sekeluarga.baju dan tudung mesti nak match okeh.keronsang pun!

Umi aku walaupun bukanlah emak paling pandai masak di dunia tapi dia adalah emak yang selalu masak untuk aku sekeluarga.terutama kalau ada abah mesti lauk semua nak sedap kalau tak lauk bodoh-bodoh je utk aku adik-beradik.

Umi aku walaupun bukanlah emak paling sporting di dunia tapi dia adalah emak yang tak kisah apa aku adik-beradik nak buat asalkan beritahu dia dahulu.eh tapi perkara yang aku adik beradik nak buat tu pun mestilah yang halal lagi mengikut undang-undang.

Umi aku walaupun agak berkira pasal duit tapi dia tetap selalu belikan apa yang aku adik-beradik mahu.

Umi aku walaupun seorang emak yang agak kecoh tapi dia bukanlah emak yang kepoh.

Umi aku seorang yang garang sebab dia cikgu Matematik tambahan.tapi kenapa aku lembap gila eh maths?ok xada kena mengena.next..

Umi aku walaupun selalu merungut dan membebel dan marah-marah terutama sekali kepada aku tapi aku tetap sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannng Umi sebab diakan emak aku.

Umi aku hanya ada satu.

Dan aku sangat sayang Umi aku.Sangat.

Selamat Hari Ibu untuk Umi yang aku sayang dan cinta dunia dan akhirat.

*selamat hari ibu juga utk diri sendiri yg tak pernah beranak tapi selalu ingat aku adalah emak kepada budak ini...

Arysha Hadhirah

aku adalah emak yang tidak melahirkan dan menyusukan dan membesarkan tapi menyayangi Ary dengan sepenuh hati dan sepenuh kasih sayang.ewah dah boleh kahwin dah aku ni esok.muahaha.*walaupun korang rasa Amani dalam Adamaya tu lagi comel dan best tapi budak ni seratuslapanpuluhtujuhribuempatbelas kali lagi comel dan lagi best dari Amani tuh.haha.


seperti tahun-tahun sudah tidak ada hadiah hanya buat ucapan pendek melalui sms.i love you,mom.bai.
 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei