Sunday, December 4, 2011

amazing MO.A in KL!

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, December 04, 2011
Baru minggu lepas hapdet pergi tengok konsert 2Pm minggu ni dah pergi tengok konsert MO.A 2011 pulak?hamboih,dah macam anak-anak dato' pergi tengok konsert Kpop 2minggu berturut.alah,macam minggu lepas pergi Paris minggu ni pergi London.banyaklah cekadak kau!minggu lepas tuh like I said orang belanja jadi pergi jelah tapi MO.A ni memang aku dah prepare dari sebulan yang lalu lagi.



1-Sementara tunggu Anis dengan kakak dia Nisa sampai dari Seremban aku pergi cari stadium dulu.tak tahu pun stadium PJ kat mana tapi gamble jugak pergi.phewww nasib baik jumpa.

2-Lepas ambil Anis dengan Nisa pergi lepak rumah Ina kejap untuk sembahyang asar.gerak pergi stadium balik pukul 6 lebih.

3-Sampai stadium orang dah penuh.2 kali pusing jugaklah baru dapat parking.sedang elok parking depan stadium tiba-tiba lalu 3 buah van putih yang selalu bawak cik artis tuh.kitorang tak bajet pun dorang dah sampai tapi tengok jugaklah sekali van 1st ada Miss A kemudian F(x) dan last van bawak B1A4.depan mata dowh lalu!Anis dengan Nisa dah jerit-jerit aku pulak duk berkalut dengan kunci kereta lagi.

4-Dekat pukul 7 barulah crew bukak gate.masa tu kitorang turut menyibuk di gate 2 padahal kitorangnye tiket kena masuk ikut gate 1.nasib baik tanya dulu kalau tak penat je beratur.on the way ke gate 1 tengok ramai ELF berdiri tepi jalan macam tengah tunggu artis yang belum sampai padahal tadi kitorang dah tengok 3van lalu kot.semua ada je.lagi pulak ELF,mestilah SJ yang belum sampai so bertanyalah si Anis kaki stalking tuh.hahahaha.dan yes,ada 1 group lagi yang belum sampai.awal tadi 1 group SJ yang straight dari airport dah sampai,the rest yang dari press conference tak sampai lagi.no wonderlah ELF excited gila.kitorang pun turut sertalah.Anis dengan Nisa dah teruja.aku pun.

5-Lepas meroyan tengok last van yang memang bawak SJ lalu sebab aku nampak muka Teuk sikit walaupun dorang tutup langsir,gerak masuk stadium.first thing first adalah cari surau dan solat Maghrib.ha,baguskan kitorang?ini adalah salah satu perkara yang aku kagum tentang Muslim Kpoppers.walaupun dorang pergi tengok konsert tapi solat tetap tak tinggal.memanglah pergi tengok konsert tu tak elok sangat tapi dorang tahu what kind of concert yang dorang pergi.those yang tak pernah pergi konsert Kpop takkan faham,its kind of concert yang macam dijaga taklah so social sangat macam artis mat salleh ke Indon ke punya konsert.okay baiklah,tengok konsert tu tak baik.:D

6-Lepas solat terus masuk dalam.dah ramai fans.disebabkan kitorang beli Royal Zone tiket jadi tempat kitorang kat padang,sebelum masuk bahagian padang,chek tiket dulu dekat bahagian Free Seating Zone.kat situ memang penuh dengan ELF je.




sebelum masuk stadium,poyo dulu.:D

rock zone.

Suzy sangat cantik!serious!


7-Sebaik sampai kawasan Royal Zone kitorang bertiga macam,whathehell?macam ni je ke status tiket Royal Zone?tak Royal langsung!sudahlah jauh gila dengan stage,screen pun kecil je,sekali kena tiup angin dah goyang.memang semua zone nampak sucks!space antara zone ke zone luas gila,pastu stage kecil je macam manalah fans nak nampak.sebabkan kitorang tak puas hati,berdiri je 5minit dalam royal zone tu sambil merungut lepas tu keluar.

8-Dalam kepala otak masing-masing dah ada dah plan jahat nak pergi masuk rock zone,paling dekat dengan stage tapi Anis dengan Nisa nak try tanya crew dulu.2 beradik tu memang berani pergi tanya one chinese crew neh.macam nak bergaduh dah.that crew tak bagi kitorang masuk rock zone.sekali nasib kitorang baik,lalulah another crew,lelaki melayu tanya kitorang kenapa,masa tu dah agak jauh dari that chinese crew.budak dua ketul tu ceritalah ketidakpuasan hati kitorang and guess what jawapan dia?dia cakap kenapa tak pergi tanya dia dulu.chinese crew memang susah sikit.dia cakap dia akan tolong kitorang masuk rock zone just wait sampai konsert nak start bila lampu dah padam.kitorang bertiga macam biar betul abang ni?aku nak menangis dah!

9-Lepas abang crew tu cakap macam tu kitorang terus blah dari situ tapi mata tak lepas pandang dia.dia pergi dekat entrance rock zone dan bila lampu padam je dia lambai kitorang.kitorang bertiga pun apalagi,berlari hokeyh pergi tempat dia.sekali ada one crew ni noticed kitorang and tanya tiket kitorang mana tapi masa tuh sebab kitorang lari dengan lajunya dan tak pandang kiri kanan dah maka kitorang ignore crew tu dan berjaya masuk rock zone!

10-Cuak sebab takut kena kesan dengan crew dan dihalau keluar dari rock zone sebaik berjaya masuk dalam kitorang terus masuk kedalam lagi dan bercampur dengan other fans.phewww nasib baik tak ada yang datang sergah suruh keluar.muahaha.

11-Konsert bermula dengan Miss A then B1A4 artis baru yang debut tahun ni aku tak kenal seorang pun ahli dorang tapi vocal okay la.lepas tu F(x) dan last barulah Super Junior.selalu macam tu tau,save the best for the last!penat mak tunggu tau!

12-Okay tak nak cerita pasal artis lain nak cerita pasal SJ je.dorang starts dengan Superman lepas tu A-Cha dan Mr Simple.paling aku goosebumps adalah fanchant untuk Mr Simple!kuat gila dan its quite works sebab dulu masa SS3 ELF pernah chanting banyak jugak fanchants tapi tak success sangat.this time perghhh macam nak terkeluar anak tekak semua orang jerit!hoyeaaahhh for ELF!then introduction.macam biasa bila datang Malaysia words yang dorang tahu cuma apa khabar.dari zaman purba sampai sekarang apa khabar jelah yang dorang tahu.semua pun greet fans dengan apa khabar!eh,tapi Donghae,Sungmin dan Teuk cakap 'nama saya Donghae..Sungmin..dan Leeteuk'!sangat comel!betul sangat comel!heeee dah improve!:D



B1A4.i dont know them but kinda cute!:p



Sulli pun sangat shomel!shomel!shomel!





F(x) chicks!


13-Lepas members intro,solo Yesung.kitorang ingat it would be Kyuhyun solo sebab masa dekat Taiwan minggu lepas Kyuhyun yang nyanyi solo.oh rupanya kat Malaysia turn Yesung.macam biasa dia nyanyi It Has to Be You.sebab lagu ni sangat hit like semua ELF pun tahu kalau tak tahu tu bukan ELF lah tuh,we all sing together!

14-Lepas tu lagu peberet,Memories dan Marry You.masa Marry You ni memang meroyanlah ELF sebab dorang main baling-baling tuala pulak.berebut hokeyh!aku dah tahu aku memang tak pernah bertuah kalau bab-bab macam ni jadi aku tak ada perasaan pun nak sambut tuala tuh apatah lagi berebut dengan orang sekeliling walaupun tuala yang dibaling oleh Siwon nampak sangat sedap.eh?muahahahaha.

15-Macam biasa bukanlah Super Junior namanya kalau tak nyanyi Sorry Sorry so lagu penutup adalah lagu tu sebelum semua artis keluar dan cakap terima kasih.dan macam biasa jugak mereka semua akan berjanji manis untuk datang Malaysia lagi tapi selalunya hanya SJ sahaja yang menepati janji,heh!

16-Lepas dah berjanji manis dan ucap selamat tinggal pada fans semua artis blah tinggalkan stage yang stay seperti biasa hanyalah Leeteuk yang lari keliling stage tunduk hormat pada ELF dan cakap terima kasih.ni memang dah habit dia sebagai ketua terbaik dan sahaja nak buat kitorang tambah sayang kat dia.mengada tau!dan jugak Lee brothers yang selalu menutup konsert dengan thumbs kiss.3 orang ni pun sama jugak.

17-Dah habis konsert lepak sekejap dekat stadium memerhatikan berduyun ELF pergi belakang stage hanya untuk tengok SJ.kalau tak kerana penat berdiri 2jam lebih memang kitorang pun join je jugak.kot.tambah aku dengan sengaja pakai wadges berapa inci entah sebab takut tak nampak kalau pakai selipar memang lenguh gila kaki.

18-Nak balik sangkut pulak dalam jammed nak keluar dari stadium dekat setengah jam jugak.heh nasib baik bijak seperti beberapa orang driver yang lain,guna alternatif way.muahahaha.



SM Family memang suka skinship.









































all four astist

Miss A

B1A4


F(x)

Super Junior


these two sisters are my partner-in-crime now!tak risau lagi tak ada geng nak pergi tengok konsert!hikhikhik.





ber-raincoat bagai sebab awal-awal hujan lepas tu bila konsert dah start hujan berhenti lupa dah nak tanggal benda ni.


Conclusionnya,it was an amazing concert!90% of the crowd adalah ELF.dah jadi macam Mini Super Show 4.

Tak puas hati dengan organizer yang agak tak organize macam tak professional sangat nak handle but still thanking them for bring the concert in Malaysia.mula-mula harap dorang akan bawak Super Show 4 ke Malaysia next year tapi lepas experience all this crap,lupakanlah!I prefer RITS.

p/s:start writing about this on 412 but managed to settle only on 1112,hahahaha lama gila seminggu kemudian.



0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei