Memang dah tahu sekarang tengah Year End Sales tapi x adalah aku budget sales sampai sehelai baju rm10.kalau kata di Jusco ke shopping complex biasa ke memanglah aku percaya ni Times Square weh.Times Square!manalah aku tak meroyan meleleh air liur dengan sales sampai macam tuh.tapi heh walaupun dengan sales yang memang tak beragak begitupun,tetaplah aku sebagai penanam anggur yang berjaya ni tak mampu nak beli.baju rm10 pun tak mampu nak beli weh!*gila bukak pekung di dada*tengok jelah dengan muka hiba sambil pegang baju kegemaran budget muka sedih tak mampu nak beli lepas tu nanti ada orang tolong belikan dan bagi sebagai hadiah.heh haram tak adanya semua tu,drama semata-mata je.
Jadi sebab semua orang pun tak berkemampuan tapi tak sedar diri konon nak pergi shopping di Times Square makanya kitorang amik gambar sahaja untuk dijadikan kenangan.olololo sedih.dan oh tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah jugak.bongok ah movie,lawak tapi scary.sumpah aku tak nak pergi tengok dah movie yang ada hantu neh walaupun sangat lawak.
sengaja pergi lepas Krismas sebab si jakuns nak ambil gambar dengan pokok Krismas.
Kelate mana ada weh!
kawasan luar Cosmo World.lagikan nak beli baju rm10 tak mampu inikan pulak nak masuk Cosmo World.jadi solution ambil je gambar kat luar,comel jugak!*sadis bukan?*
banyak lagi gambar tapi internet ni saje je dengki lembap gila jadi aku pun malas nak tunggu.dan segala stress yang aku simpan selama 2minggu pergi My Career My Future tuh aku keluarkan di sini.terima kasih Times Square,terima kasih Super Girlsku.
so,tahun depan nak pergi mana pulak?kekekkekekekke.....