Sunday, January 27, 2013

Winter Korea~part 5!

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, January 27, 2013
*took so long to update last part of Korea vacation because i'm a lazyhead and busy*

5th day(last day)~5 December 2012.

Last day!wahhh cepatnya masa berlalu,dah last day,sobs tak nak balik!disebabkan flight kitorang petang maka pagi tu pergi round Nandaemun Market buat kali terakhir.last shopping.pagi-pagi kitorang dah check out dan tumpangkan barang di office guesthouse then gerak pergi Nandaemun Market.sebab kitorang dah suruh orang guesthouse settlekan semua transport nak pergi airport so tak adalah macam rush sangat dan plan kembali ke gueshouse pukul 1 sebab pukul 230 nak gerak ke airport dah.memandangkan flight pukul 520 petang kitorang bajet sempatlah sampai airport sebelum pukul 4.

Sebaik sampai di Nandaemun Market salji turun dengan lebatnya.seriously dah macam hujan lebat dan the jakuns apa lagi,menjakunlah di situ.orang lain semua mengelak salji bukak payung bagai,kitorang lagi terkesima kat situ.seronok gila,hahahahahaha!kitorang cuma beli a few souveniers yang tak sempat beli masa first day macam brooch untuk mak-mak,sudu-garfu bagai untuk mak-mak jugak dan tshirt untuk closed family and friends.sebab dah last day so kitorang memang gila-gila ah bargain dengan tuan kedai.tshirt I love Korea yang first day harga 15000won(RM30++) kitorang berjaya dapat 5000won(RM13++) sahaja,so apalagi memang semua orang borong tshirt sampai tak sempat nak layan tuan kedai tu.salah satu sebab kitorang singgah kedai tshirt yang bagi murah tu sebab tuan kedai cakap melayu!ha,macam aku pernah cakap kalau dah Korean cakap melayu kitorang memang dengan tak beragaknya singgah dan beli.





beriya the jakuns nak snap gambar masa snowy.ha ambiklah!

Dah habis shopping semua,around pukul 1.30 petang gerak balik ke guesthouse sebab janji dengan orang guesthouse pukul 2.30 tapi sampai agak awal so kitorang menyinggah lagi shopping di kedai-kedai tepi jalan area guesthouse tuh.sebabkan aku tak beli apa-apa lagi untuk adik-adik so agak kalutlah aku main beli je apa yang nampak sesuai untuk dorang.seriously tak tahu nak beli apa sampai last-last aku bantai boxer untuk Khalifa dengan Henry,hahaha lantaklah asal made in Korea,mahal okay!dah setel semua singgah makan odeng untuk kali terakhir,sobs!selalu makan 2 batang je tapi kali terakhir semua bantai 3 batang seorang,lepas ni memang tak ada dah.dah pukul 2.30 lebih kitorang duduk menunggu kat bawah office guesthouse tak ada seorang pun yang datang beritahu bila nak gerak pergi airport.sudahlah sejuk gila dengan salji still turun renyai-renyai aku mula nak hangin.yang lain sikit punya happy macam tak nak balik siap buat snowman lagi main baling-baling salji bagai.tak kuasa aku nak main sebab kesejukan dan emosi pun dah lain.aku seorang je ke yang touching sebab nak balik dah?hahahaha.

Sekali dah pukul 2.45 tak ada sesiapa pun datang layan kitorang,aku dengan Nadia pergi naik office nak tanya apa yang berlaku.mana pergi kereta yang supposed hantar kitorang ke airport.lepas dah naik office barulah tahu situasi sebenar.kereta yang guesthouse sewa rosak,rasanya bateri kot sebab lepas tu bila jump-start baru hidup.orang yang in-charge tu tak beritahu sepatah pun pada kitorang,bila dah tahu,semua dah start freak out.dahla kitorang kesejukan kat luar,kereta rosak,jam almost pukul 3petang.kemudian barulah orang yang in charge tu,a girl suruh kitorang tunggu dalam kereta.kitorang memang dah cuak habis sebab dah pukul 3lebih,kereta still in progress pembaikan,snow still turun.that girl siap mintak kitorang punya tiket lagi sebab dia nak call airport tanya in case kitorang punya flight delay sebab dengar-dengar ada snow-storm di sekitar Seoul dan Incheon.tapi tak dapat contact airport.pukul 330 petang baru kereta okay tapi dia cakap kitorang mungkin takkan sempat sampai airport dalam masa sejam sebab hampir semua jalan jammed gila.semuanya kerana salji!so that girl suggest kitorang naik subway bawak barang-barang penting je,the rest barang yang besar-besar nanti dia akan postkan.dalam kalut-kalut tu kitorang pun setuju jelah.


happy sebelum kena tinggal dengan flight.

 snow were everywhere!beautiful and awesome~


At first kitorang nak lari je pergi station Hyewa sebab dah dekat tapi dia suruh driver  hantarkan sebab kesian kat kitorang malangnya kerana pergi dengan keretalah ia melambatkan lagi perjalanan kitorang.kalau lari je dalam 7 minit dah sampai aku rasa tapi sebab naik kereta stuck dalam jem dah hampir setengah jam dekat pukul 4 baru sampai station Hyewa.apalagi bertempiaran ah lari,memang sadis gila especially Nadia sebab dia yang banyak baca map nak cari subway ke airport.siap salah direction lagi mula-mula,pergi que dekat arah ke Incheon patutnya kitorang ke Incheon International Airport(IIA).nasib baik ada rakyat Malaysia ni tegur beritahu kitorang patut naik subway ke IIA bukan ke Incheon.mungkin dia nampak kitorang dengan beg dan luggage bagai dia tegur.phewww kalau tak bertambah jauh kitorang pergi.

Pukul 4++ barulah naik subway dan perjalanan nak sampai ke airport lebih kurang sejam.flight pukul 5.20 dengan rule yang international flight passenger dah kena get ready in airport 2hours before fly dah konpem-konpem kitorang takkan sempat.memburukkan lagi keadaan,aku dengan Farah nak terkucil.memang kitorang nak terkucil gila sampai dalam kepala aku tak fikir dah pasal terlepas flight,aku memang dah dapat agak kitorang takkan sempat.aku cuma fikir nak kencing je.aku sanggup nak turun di next station untuk pergi kencing kemudian ambik next train untuk ke airport walaupun dah takkan sama train dengan kawan-kawan.tapi tak tahu macam mana aku mampu bertahan sampai ke airport.sebaik sampai airport the first thing yang aku cari adalah tandas.berlari hokeyh pergi tandas.memang tak pandang kiri kanan dah.dengan segala barang yang aku bawak tu aku angkut masuk tandas.hahahaha kalau fikir balik memang lawak.

Dah setel semua barulah aku pergi cari the girls dan seperti yang telah dijangka,flight kitorang dah selamat berlepas.dah tak ada dalam list departure pun.masa tu tak tahu apa perasaan aku,bercampur baur.first time berhadapan dengan experience macam ni.kalau local flight mungkin boleh diterima lagi tapi ni international flight.dengan semua orang muka speechless kitorang pergi duduk bertenang dan fikir macam mana nak balik Malaysia,esoknya jugak!satu-satunya perhubungan yang kitorang ada hanyalah melalui internet,WhatsApp.nak call memang taklah,mahal dowh international call,baru cakap hello konpem kredit dah habis.nasib baik ada wireless di airport dan ada USB plug jugak untuk charge handphone.gila tak pernah aku jumpa airport yang provide such facility.i mean ada USB plug bukan plug biasa je.ada few area yang ada handphone charger dan orang yang charge handphone dorang memang tinggal macam tu je,xde orang curi pun.perghhh!kitorang conquer satu area yang ada seat,semua usb plugs kat situ kitorang guna dan mula berfikir nak minta tolong siapa untuk belikan tiket balik Malaysia sebab dah malam kaunter MAS dan AirAsia dah tutup dan kitorang tak cukup duit untuk beli tiket secara cash.

Aku memang hanya ada kaklong sahaja untuk 'menyelamatkan' aku.memang tak mungkin nak beritahu umi dan abah.so aku whatsapp kaklong dan dia 'selamatkan' aku dan Farah.manakala Nadia minta tolong kawan dia.until midnight hanya kitorang bertiga yang lepas,ada 3 lagi-Hanis,Kak Yuni dan Bilah.Kak Yuni gigih contact adik dia untuk cuba beli tiket untuk dorang bertiga tapi Bilah tak nak,dia nak minta tolong pak cik dia.so kitorang semua diamkan ajelah dan Kak Yuni berjaya dapatkan tiket untuk dia dengan Hanis around 1 ke 2pagi macam tulah.kitorang semua risaukan Bilah sebab hanya dia yang tak ada tiket lagi dan she keeps saying her uncle in process getting her the ticket.mostly dikala kitorang semua kalut berfikir macam mana nak balik dia diam dan tak cakap banyak so at that time aku dah suspicious something but i just keep quiet.sampailah esoknya bila kitorang dah siap-siap nak boarding pun dia still tak ada tiket so aku rasa what i think is right but still i keep quiet hingga sampai Malaysia,oklah malas cakap pasal ni,let it go.

Dah midnight semua orang dah penat,mengantuk dan lapar tapi most cafe dah tutup so kitorang bertahan jelah,beli jajan di 7E je.kitorang conquer 2 seats panjang dengan 1 seat Bilah dan Kak Yuni dah duduk(Kak Yuni baring so hanya muat both of them) while 1 lagi seat Farah,Nadia dan Hanis tidur sambil duduk so hanya aku yang duduk atas troli memang tak comfortable langsung nak tidur.dengan sejuknya lagi walaupun in building aku cuba cari seat untuk tidur tapi semua penuh,sobs sobs.sampailah pukul berapa entah ada 1 seat kosong dan terus dengan tidak beragaknya aku pergi tidur tapi macam tidur-tidur ayam jelah sebab sejuk gila.masa tu cuma fikir nak balik Malaysia je sebab aku memang tak tahan gila dah dengan suhu yang sejuk melampau,memang tak sanggup dah.until morning,kitorang beli donkin donut untuk breakfast lepas tu pergi check in around pukul 9 lebih.

 
lovely couple in front of our seat.ahh envy them!

 
Flight pukul 10.30pagi,pukul 10 lebih tu jugaklah baru kitorang nak masuk departure hall.gila tak?dengan orang ramainya,berlari okay.dahla dari custom ke gate kitorang tuh jauh.aku siap terjatuhkan handphone lagi,nasib baik ada seorang mat salleh ni selamatkan my handphone dan kejar aku untuk bagi balik,phewww nasib baik kalau tak dah kena beli galaxy note pulak,hahahaha.sedang elok sampai ke gate kitorang ber5 adalah the last passengers.,phewwww lagi.maka pulanglah kami ber5 dengan selamat.naik MAS lagi,amboih engkau,pergi naik AA balik naik MAS,kemain kemain kemain!sebab kaklong cakap harga tiket MAS dan AA sama je jadi baik ambil MAS lebih comfortable,kargo pun free dan ada lunch jugak so aku ikutkan sahaja.

Memang comfortablelah siapa yang pernah naik MAS tahu,kekekeke.mostly sepanjang perjalanan balik aku tidur je sambil dengar lagu dari playlist dalam flight.tak sangka jumpa track album Najwa Latif dan dengar satu lagu ni tajuk Sahabat.that was 1st time aku dengar lagu tu,masa tu mmg tak famous lagi lagu tu.dengar so many time sampai menangis sebab masa tu aku mixed feeling sangat-sedih dah nak balik,xsanggup tinggalkan Korea*poyo*-tak sangka lalui pengalaman macam ni dalam hidup-dan macam-macam lagi.i want to hug Nadia and cry on her shoulder tapi Kak Yuni pulok in between us jadi aku menangis seorag-seorang jelah,tsk tsk tsk.

Sampai Malaysia around 5 lebih,ambil luggage semua dan keluar dari International Arrivals terus rasa macam retis,muahahahaha.2nd time keluar dari International Arrivals di KLIA,jakun!Nadia balik Kajang dengan kakak dia,aku tunggu kaklong ambil manakala Farah and geng balik Klang naik teksi.


my ticket.1st time naik MAS untuk international flight.haha.
MAS mahal dowh,mak tak mampu.
*kena buat 3-4 kerja lepas ni mcm dalam drama Korea utk bayar balik tix MAS pada kaklong.tekalah harga tix dia berapa kalau dah beli onthespot.pengsan!



lunch.sedaplah jugak tapi sebab tengah touching dan emo so tak makan sangat.


Makanya berakhirlah percutian penuh adventure kitorang.all the unexpected things happend during the holiday adalah satu experience untuk kitorang ber6.walaupun dah 2 kali pergi Korea tapi tetap tak puas dan nak pergi lagi,ahaks!next time maybe with beloved husband sebab dah pergi dengan family and friends so lepas ni pergi honeymoon ah pulok,hahahaha.


Farah,Kak Yuni,Nadia,gemox,Hanis.


last pix in KLIA before everyone went home.only 5 without Bilah.

Aha,kitorang stay di Inside Backpackers thanks to Nadia yang handle semua pasal guesthouse neh.such a comfy place and dekat dengan subway station,dekat dengan Sungkyunkwan U,dekat dengan tempat-tempat menarik dan dekat juga dengan guesthouse yang aku duduk masa 1st time pergi 2011 tapi tak sempat pergi melawat that guesthouse,Bong House.pendek kata siapa nak pergi Korea direcommended untuk stay kat Inside Backpackers ni,nanti contact Nadia dia memang kerja dengan guesthouse tuh dapatlah komisen 20s-30sen untuk promosi,hahahahaha ok just kidding.

 everything provided-dapur,mesin basuh,peti,oven,pc with wifi.apa lagi kau nak?

ada few choice of rooms yang dia provided.ours are like dorm.



the office.dan ehem pekerja dorang pun ehem agak handsome,agagagaga.pang!

Thats all!up till now i still missing the memories and Korea.until we meet again,anyeonggggggg!!!(:

1 heart said:

Anonymous said...

Hi nak tanya guest house berapa per night/person ? Camne nak booking?

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei