Tuesday, January 1, 2013

Winter Korea~part 4!

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, January 01, 2013
4th day~4 December 2012.

Hari ke 4 pergi Nami Island!wah kalau pergi Korea,Nami Island is a must visit!jadi sebab ia a must visit makanya dah 2 kalilah aku pergi sana.pergi kali ni ikut pakej,RM70 kot.naik bas dari mana entah lupa dah sampai terus ke pulau besar sebelum naik feri ke Nami Island dan balik pun dengan bas jugak tapi sayangnya sebab kitorang terlambat,bas dah gerak dulu meninggalkan kitorang.sobs!sedih tahu,lambat sebab tak tahu kat mana nak naik bas.so kitorang terpaksa naik subway.dah makan masa 2jam pulak.That day memang sejuk gila,lebih sejuk dari the previous days mungkin sebab salji turun semalamnya.kitorang kena kejar bas yang dah tinggalkan kitorang tu sebab dalam bas tu ada kawan Nadia yang uruskan semua pasal pakej pergi Nami Island ni dan kitorang kena ambil tiket bas untuk balik dari dia in caselah dah tak terjumpa lepas ni.nasib baik sempat.phewww...

 ready to leave!




 heading to Gapyeong.its damn cold!













 train dahla lambat.nak layan gambar pun aku dah tak kuasa.frozen kat situ.


 tadaaaaaaaaaaaa!snow was everywhere!

tahun lepas pergi snow dah habis.


 gembira sangat the jakuns dapat jumpa snow.:p


 my girls~2 US.


 jakun!:p












beautiful!panas tapi sejuk.










 motif pergi Nami Island sebab Winter Sonata je sebenarnya.bagilah can mereka berangan.haha.









 gelak besar tengok patung ni.nak jugak aku pegang breast mak dia.
 



 orang ketiga yang kecewa.




 wahhh ada bendera Malaysia.kagum lagi bangga!



 sebab kelaparan dan perjalanan masih jauh so lunch dulu,nasi goncang.
its halal!










nampak cantik tapi ia sangat sangat sangat sejuk!
 
Dah separuh hari di Nami Island,kitorang gerak balik ke Seoul pukul 4 petang.balik dapatlah naik bas sebab tiket yang pakej tu untuk bas pergi-balik.dah terlepas masa pergi takkan nak terlepas lagi balik,rugilah.sepanjang perjalanan dapatlah tidur,hahahaha.sampai Seoul kitorang terus gerak pergi Seoul Tower.pergi tahun lepas naik bas dan kena menapak naik ke Tower tapi kali ni naik cable car terus sampai kat atas.wahhh cepat lagi tidak memenatkan.pemandangan Seoul sangat cantik di waktu malam tapi macam biasa sebab aku adalah seorang yang gayat maka tengok bawah jelah.sadis tau,sobs!
 







 someone please be their boyfriend!:p




 like a boss!^^

 lagi orang ketiga.

 perempuan ni memang dah wajib kahwin.isyhh3!


Nasib baik second time ni the girls decide nak masuk Teddy Bear Museum sebab last year aku dah masuk Observatory Tower,so lawatan ke Seoul Tower aku dah complete,aku dah masuk both,hahahahaha!comel dan kreatif sangat teddy Bear Museum ni.Malaysia should have one too!buat Museum Tiger,Malaysiakan Harimau Malaya,ahaks!dah dekat pukul 9 malam kitorang berpecah.aku dengan Bilah sebab masih tak puas hati tak jumpa Kona Beans last two days masih nak mencuba nasib untuk kali terakhir pergi cari that cafe manakala the rest nak sambung shopping di Myeongdong.dan sekali lagi potential kitorang sesat naik 85% tapi nasib baik Bilah dengan beraninya tanya this one girl dan dia boleh speaking english dan dia tahu tempat yang kitorang nak pergi walaupun tak tahu Kona Beans tu kepunyaan TeukKyuMin.mulanya aku tak yakin dengan that girl sebab dia suruh kitorang naik bas,gila kau nak naik bas,kalau tahu baca tak apalah jugak karang entah mana-mana diberhentinya tak ke dah jadi kes hilang ke apa tapi dia memang confirm tahu cafe tu dan Bilah pun dah tarik aku naik bas maka redha jelah aku.Rupanya dekat je kalau naik bas dan that girl is right,hahahaha tak baik aku ni berprasangka buruk pada dia sedangkan dia nak menolong.wahhhhhh jumpa jugak akhirnya Kona Beans!


Sampai dah around pukul 10malam,so kitorang just minum hot choco je dan relax-relax kejap.this is another unbelievable experience.never thought akan sampai ke sini sebab selalu tengok ELF update dalam twitter je.Leeteuk yang rajin pergi menolong tapi masa kitorang pergi tak ramai sangat customer.rasa macam tak percaya pun ada.lagi tak percaya bila mak Kyuhyun ada kat sana.aku memang tak notice langsung tapi Bilah yang notice.dia dengan muka tebalnya pergi minta nak bergambar dengan mak Kyu.mak dia terus setuju dan ajak kitorang bergambar kat depan.oh.my.god nasib aku tak pengsan kat situ.nasib baik mak Kyu kalau mak Siwon dah konpem-konpem aku salam cium tangan bagai,hahahaha.seriously,aku agak cuak nak berdiri rapat dengan dia tapi unexpectedly dia yang peluk pinggang aku bagi aku rapat dengan dia.aku dah macam oh perlukah aku tukar bias sebab mak Kyu sangat baik seperti merestui aku dengan Kyu kalau kami ada hubungan?PANG!sila sedar diri.bila dah sedar dah dekat pukul 1030 malam kitorang ber2 apalagi terpaksa juga blah walaupun cafe tutup pukul 11malam sebab nak kejar subway dan dah janji dengan the girls di DD area guesthouse.sampai few minute lambat,DD pun dah tutup maka the girls balik dulu,ingat nak makan odeng tepi jalan lagi sekali tapi dorang dah bungkus.

 KyuMom!:D

Kona Beans sangat cantik!

Malam terakhir di Seoul,kenalah pack up semua sebab esoknya dah nak balik dan kena check out pagi.tidur dalam senyuman sebab berjaya pergi Kona Beans walaupun a bit sad untuk tinggalkan Seoul.guess what happen on the last day?really unexpected event happend.tunggguuuuuuuuuuuuuuuu!

Wah,karang part 4 tahun 2012,tahun 2013 baru dapat publish.amboihh hebak!

*untuk ke Nami Island without transport package boleh naik subway.lupa dah dekat mana tapi kena tukar train dan turun di station Gapyeong.kat sana kena naik taxi beritahu je ahjushhi tu nak pergi Nami Nara,they know.harga tiket subway lupa tapi kalau taxi 10000won.nak masuk Nami Nara kena naik feri,harga tiket lain pulak.lupa jugak.hehehehe

*untuk ke Seoul Tower naik cable car,naik subway turun di Myeongdong dan ambil exit 3.jalan je sampai end of the road then belok kiri sampailah nampak signboard nak naik ke cable car.tiket cable car 8000won(naik-turun).

*tiket masuk ke Teddy Bear Museum  also 8000won.

0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei