Dan pertama kali jugak aku rasa berhari raya dengan sangat sempoi.pakai jubah pinjam umi punya sebab aku balik sehelai sepinggang je,baju kurung memang tak bawak balik,angkut bawak balik laptop je benda yang tak ada kena mengena langsung dengan raya.pakai sandal pergi kerja je,wadges dan high heel memang tak ah!tak macam raya langsung.lepas sembahyang raya pergi beraya rumah atok belah abah then pergi tengok orang sembelih lembu sebab kakak dan sepupu buat korban.kemampuan aku hanya setakat tengok lembu dijatuhkan je lepas tu memang aku surrender,sumpah kasihan dengan lembu walaupun dia bukan mati sia-sia.masuk syurga tahu!
Lepas settle sembelih lembu,maka kaum wanita akan menyinsing lengan di dapur sediakan bahan masakan manakala kaum lelaki pulak menyinsing lengan melapah lembu untuk diagihkan pada orang yang memerlukan dan juga untuk santapan keluarga.ewah,ayat dah macam essei SPM.aku pun tolonglah jugak sikit-sikit yang mana mampu lepas tuh terus blah menghilangkan diri bila tengok macam ramai je perempuan-perempuan kat dapur,macam aku ni menyesakkan lagi keadaan dan hanya muncul balik masa nak makan je,muahahahahaha.senonoh sangat perangaikan!
Macam tu je hari raya aidiladha aku.tak menarik sangat.plain.tapi seronoklah jugak dapat berkumpul dengan family.malam esoknya terus balik Shah Alam.okay itu sahaja pengalaman raya korban aku tahun ni.sekian terima kasih.
0 heart said:
Post a Comment