Hari Raya AidilAdha adalah pada minggu lepas tapi hari ni baru ada perasaan nak hapdet pasal drama raya.dah basi,tak apa bukan kau nak makan pun,takkan sakit perut.baca je.muahahahaha.oh okay,di sepanjang kehidupan aku selama 24 tahun ni baru inilah pertama kali balik raya on malam raya.wohhh terbaikkk okay!baru bas bergerak tak sampai 5minit dah driver bas tuh pasang takbir raya.aku macam nak pergi hempuk je beliau.macam tak cukup lagi dengan kesayuan kitorang kena balik di malam raya kau pergi bukak takbir raya pulak!lalu demi menutup kesayuan aku pun pasang MP3 dengar lagu Korea,maka tidaklah aku menangis dalam bas.kekekekeke.nasib baik tak jem,so sempatlah sampai awal around 5.45pagi.aku ingat tak sempat dah nak sembahyang raya,awal lagi rupanya sampai.
Dan pertama kali jugak aku rasa berhari raya dengan sangat sempoi.pakai jubah pinjam umi punya sebab aku balik sehelai sepinggang je,baju kurung memang tak bawak balik,angkut bawak balik laptop je benda yang tak ada kena mengena langsung dengan raya.pakai sandal pergi kerja je,wadges dan high heel memang tak ah!tak macam raya langsung.lepas sembahyang raya pergi beraya rumah atok belah abah then pergi tengok orang sembelih lembu sebab kakak dan sepupu buat korban.kemampuan aku hanya setakat tengok lembu dijatuhkan je lepas tu memang aku surrender,sumpah kasihan dengan lembu walaupun dia bukan mati sia-sia.masuk syurga tahu!
Lepas settle sembelih lembu,maka kaum wanita akan menyinsing lengan di dapur sediakan bahan masakan manakala kaum lelaki pulak menyinsing lengan melapah lembu untuk diagihkan pada orang yang memerlukan dan juga untuk santapan keluarga.ewah,ayat dah macam essei SPM.aku pun tolonglah jugak sikit-sikit yang mana mampu lepas tuh terus blah menghilangkan diri bila tengok macam ramai je perempuan-perempuan kat dapur,macam aku ni menyesakkan lagi keadaan dan hanya muncul balik masa nak makan je,muahahahahaha.senonoh sangat perangaikan!
Macam tu je hari raya aidiladha aku.tak menarik sangat.plain.tapi seronoklah jugak dapat berkumpul dengan family.malam esoknya terus balik Shah Alam.okay itu sahaja pengalaman raya korban aku tahun ni.sekian terima kasih.
baju biru ni pakcik I.sama 'sihat' dengan lembu,kan?:p
aku kasihan dengan lembu walaupun tak patut kasihan.macam dah redha sangat dah dia neh.bye lembu!