Wednesday, April 27, 2011

perbezaan peminat;REAL and ORDINARY

love and huggies by goodgirlgee at Wednesday, April 27, 2011
Korang notice tak there are 2 types of fan maksud aku fan yang dlm bahasa melayunya peminat bukan fan kipas siling dan maksud aku lagi fan cik artis bukan fan sukan atau fan barangan antik ke apa bukan.1 jenis fan adalah ordinary fan yang minat atau sokong seseorang artis tu biasa-biasa sahaja dan sejenis lagi adalah real fan yang minat atau sokong seseorang artis tu macam err macam apa eh,macam tahap nak meroyan die-hard-fanlah lebih kurang.these 2 kinds of fan adalah berbeza.sangat berbeza tahu!moh tengok apa yang bezanya selain ejaan dan sebutan.

Oh,sebelum tu harap maklum semua contoh adalah related to Super Junior.kekekekekeke.contoh je tau!

Satu,seorang ordinary fan akan cakap "saya peminat Super Junior" TAPI seorang real fan akan cakap "saya seorang ELF"faham tak apa aku nak cakap?faham okay bagus,bijak betul korang neh!

Dua,seorang ordinary fan hanya tahu pasal artis yang dia minat tu secara general atau luaran sahaja.contohnya macam SJ dia cuma tahu ada 13 ahli dan tak ingat pun semua nama ahli.macam semua nama ahli tu tak penting sebab dia minat SJ kerana lagu-lagu diorang yg best sahaja TAPI seorang real fan bukan setakat tahu SJ ada 13 ahli dan ingat nama dorang sahaja,malah tahu almost everything about them.memanglah dia tak akan tahu seluar dalam warna apa yang SJ pakai hari ni melainkan dia pergi stalk sampai ke bilik dorang tapi dia tahu birthday,family,warna kegemaran,hobi,makanan kegemaran,kesukaan dan kebencian SJ dan perkara-perkara lain yang seorang ordinary fan tak tahu.to know almost everything about 13 guys is not easy,so she or he really a real fan!

Tiga, seorang ordinary fan selalunya hanya minat dan tahu few songs sahaja daripada artis tu.contohnya lagi SJ,kan dah cakap kat atas semua contoh adalah SJ,muahahaha.okay sambung,contohnya this fan akan suka atau minat lagu-lagu hits macam Sorry Sorry,Bonamana dan atau No Other sahaja sebab lagu ni sahaja yang dia tahu sebab lagu ni sahaja yang selalu dia dengar di radio atau tengok kat tv TAPI seorang real fan akan jatuh cinta dan tahu semua lagu daripada artis tu.walaupun ada lagu yang dia lagi suka drpd lagu lain but still dia tahu lagu yang dia tak berapa nak suka tu.okay this time bagi contoh diri sendiri aku sangat in love dengan lagu All My Heart tapi aku pun tahu dan suka semua lagu SJ jugak.ceh,percubaan nak ckp diri real fan ke hape.

Empat,seorang ordinary fan tak akan beli album artis yang dia minat tu sebab dia minat biasa-biasa sahaja tak ada maknanya nak habiskan duit beli album that artis.baik dia download je di internet tak pun dengar je di radio TAPI seorang real fan tetap akan beli album walaupun dia dah download semua lagu dalam album tu.macam wei,kau dah download semua lagu dalam album tu buat apa nak beli lagi habiskan duit je.well,itulah gunanya real fan!

Lima dan terakhir,seorang ordinary fan tak akan sanggup korbankan masa,tenaga dan terutama sekali duit untuk artis tu,malas nak explain panjang faham sendiri TAPI seorang real fan SANGGUP KORBANKAN SEMUA DI ATAS dan dia tidak kisah!duit dalam bank dan wallet kering sebab beli album dan stuff that artis,belum lagi tiket konsert dan event-event lain yg melibatkan that artis.tak cukup tidur then mengantuk dalam kelas atau kat ofis sebab sanggup layan semua variety show,drama,program hiburan atau video klip that artis walaupun dah tengok lebih 400 kali walaupun dah tengok sejak 2tahun lepas lagi.lepas tu sanggup lagi datang dari jauh-jauh macam Kelantan*akulah tuh* ke Perlis ke Sabah Sarawak ke semata-mata nak tengok konsert atau show artis tu sebab selalu kan konsert atau show artis-artis ni terutama artis antarabangsa like SJ buat kat KL.sanggup bersusah payah organize projek atau buat events untuk fan club artis tu walaupun in the end bukan dia dapat profit pun dan dia tak kisah buat semua tu!ha,kalau bukan seorang real fan sanggup ke buat semua tu?sanggup ke korbankan semua tu?TAK MUNGKIN!

Sekarang nampak tak bezanya antara ordinary dengan real fan?sangat berbeza kan?aku macam mana pulak?kekekekeke.aku jatuh dalam kedua-duanya.aku adalah ordinary fan kepada 2PM Shinee Dbsk Beast Mblaq 2Am bla bla bla dan real fan kepada Super Junior.nampak tak lagi beza aku bagi?kau adalah ordinary fan kalau kau sokong banyak artis dan adalah real fan kalau kau suka gila babi satu atau dua artis sahaja.



my idol.


kenapa aku nak mengaku diri sendiri adalah REAL FAN SJ?sebab aku buat semua perkara di atas.aku akan beritahu orang lain aku adalah ELF dan aku tak malu.aku tahu walaupun bukan everything tapi i can say its more than 60% about SJ.aku tahu semua lagu dorang dari album pertama sampai album keempat dan aku suka semua lagu walaupun aku paling heart All My Heart*sebab lagu tu utk ELF*.aku tetap beli album walaupun aku dah download semua lagu dlm album tu.eh tapi aku baru beli latest album which is 4jib,lagi 3 tu sedang diusahakan untuk membelinya.dan aku juga walaupun tak sacrifice evrything tapi since jadi ELF errr agak banyak dah jugak aku sacificekan terutama sekali duit dengan masa.jadi jadi jadi jadi aku REAL FAN kan kan?

TAPI,eh nak bertapi-tapi lagi

aku baru setahun jagung jadi ELF.agak menyesal di situ kerana tak notice dorang lebih awal.aku baru angau dan obses dan jatuh cinta dan gilakan dorang tahun lepas sedangkan other Elf dah stay dengan dorang since dorang debut lagi.aku baru setahun bersusah senang menangis ketawa dengan dorang sedangkan other Elf dah lalui semuanya dengan dorang since 5 tahun lepas lagi.aku baru berhabis beratus untuk dorang sedangkan other Elf dah habis beribu.*yalah aku kan baru setahun,kalau dah bertahun aku pun akn habis beribu jugak*.aku baru beli 1 album macam aku cakap kat atas sedangkan other Elf ada semua koleksi album dorang.jadi jadi jadi kiranya aku ni tak cukup real lagi kalau nak dicompare to other Elf kan kan?super junior Elf lagilah aku ni.but will work hard to be like my sunbaenim Elf,kekekekekekeke!

okay dah bye!

2 heart said:

Anis Farhana on April 29, 2011 at 11:41 PM said...

betul2 being a real fan is hard but worth it :D ELF jjanggg!!

goodgirlgee on April 30, 2011 at 11:31 AM said...

yup,no regret at all.power of ELF,we love them sincerely!

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei