Monday, November 29, 2010

bukan perempuan bersalin sahaja yang meroyan..

love and huggies by goodgirlgee at Monday, November 29, 2010 0 heart said
Meroyan bukan hanya berlaku pada perempuan yang bersalin lepas tu anak dia mati lepas tu dia buat anak patung macam anak sendiri tapi juga berlaku kepada perempuan yang tak pernah bersalin,tidak pernah mengandung hatta tidak pernah berkahwin sekali pun.

contoh meroyan seperti yang diterangkan adalah bila secara tidak sengaja tertengok kuiz 'your korean guy of the day' yg diambil seorang teman-facebook ketika sedang scroll down dan up facebook lalu tertarik dan mengambil kuiz yang sama.kenapa skema sangat ayat aku neh?okay tukar.lepas dah ambil kuiz tu,sekali tengok berlambak-lambak kuiz melibatkan kpop dalam senarai kuiz tu tambah pulak ada kuiz Super Junior.aku apa lagi,mulalah jadi macam perempuan yang diterangkan kat atas,eh tapi bukan meroyan sebab hilang anak tapi sebab kuiz tuh.banyak gila dowh lepas tu aku buat semua.nasib aku buat yang berkaitan dgn kpop je,kalau aku buat semua dlm senarai tu mahu tidak tidur.dari pukul 3pagi sampai 630pagi berhenti kejap solat subuh lepas tu sambung balik.pukul 8pagi baru boleh berhenti.betul aku tak tahu macam mana boleh buat semua kuiz tu lepas tu rasa macam tak boleh berhenti.macam dah kena rasuk pulak bukan meroyan.tak mampu berhenti.eceh,padahal tak nak berhenti sebab banyak kuiz Super Junior,sayang.pukul 8 baru pergi tidur.








hohoho kualiti gambar sangaaaaaaatlah busuk sebab aku tak pakai Blackberry apatah lagi iPhone jadi cukuplah tiga gambar ni je,kasihan pulak kat bijik mata korang nanti.ni sebahagian je,lepas sedar diri gambar tak elok aku pun stop snap,hahaha.*drp gmbar obvious nmpak SJ*


kalau korang ada simptom seperti apa yg berlaku di atas,ya itu MEROYAN namanya.jangan kau percaya dengan mitos meroyan hanya untuk perempuan bersalin anak mati.dah,anyeong!


p/s:Chaeid kata tak boleh guna 'bye' sebab kristian apa ntah jadi aku guna 'anyeong'.heh,anyeong bahasa korea ah,tak apa Chaeid kan?





Thursday, November 25, 2010

rutin yang dirindu...

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 25, 2010 4 heart said
Mungkin kerana rutin harian sekarang dan rutin harian dulu sudah berbeza jadi rindu.atau mungkin kerana sekarang seperti sudah tiada rutin harian,duduk melangut sahaja jadi bosan dan terus rindu.rindu dengan kehidupan dan rutin harian 6 tahun yang lalu.ewah,mengimbau kenangan pulak.rutin aku....*asap berkepul-kepul naik*


6.15am-bangun pagi gosok gigi,eh bukan pergi tanda bekas shower dulu kat bilik air.lepas tu solat subuh sambung tidur balik.senior mana bangun awal-awal pagi beratur tunggu nak mandi macam junior.tak rock ah.chopp bekas shower sudah.padahal bila aku bangun dah x ada orang mandi pun,x chopp pun x apa,hahaha.

6.45am-bangun mandi.budak-budak budget senior kerek macam aku ni memang masa ni ah baru nk bangun mandi.muahaha.bukan kerek ah,xnak menunggu lama-lama dalam bilik air tu,nanti kan aku tidur gak kat situ masa tunggu turn aku,baik ah tidur terus dalam dorm,lagi selesa.

7.15am-dah siap semua pakai baju sekolah kemas katil buku-buku sekolah make up bagai,eh budak sekolah mana ada make up,make up tu pakai bedak Carry Junior Anggur macam Mirah lah lepas tu betul-betulkan tudung.cermin ada satu je kat sebelah pintu,jadi selalu nak kena beratur untuk guna cermin.beratur siap okay macam nak pergi bayar bil kat pejabat pos pulak.budget lawa belaka neh macam ah nak pergi mengorat Sir Radzmi.heh!

7.20am-turun sarapan pagi.paling suka sarapan pagi hari selasa dan khamis sebab nasi lemak lepas tu boleh makan 2 3 pinggan.sebab aku selalu turun lambat,selalu suruh Ayu ambilkan nasi lemak takut habis.Ayu pukul 7 dah siap kot.budak baik tuh.sesi bergosip pertama adalah di meja makan kala tengah makan nasi lemak.

7.29am-dalam masa seminit kaki dah kena ada dalam tanah sekolah,siapa masih dalam tanah asrama memang habis ah.masa ni memang lari tak cukup tanah,siapa lambat nanti pengawas ambil nama lepas tu kena panggil masa perhimpunan,kan malu tuh.selalu aku terlepas je,padan muka siapa yg lagi lambat drpada aku,muahahaha.

7.30am-pergi taman.sekolah aku dulu setiap kelas ada satu taman lepas tu kenalah pergi bersih taman tu setiap pagi.nanti tiap-tiap bulan Cikgu Mat Yunus akan buat pengumuman di perhimpunan taman siapa paling bersih-paling kotor.kalau kena kelas kau taman paling kotor memang habis ah dengan kau kau sekali kena kutuk,bukan setakat taman tu je.malu dowh Cikgu Mat Yunus cakap perempuan pengotor tak boleh buat menantu.siapa ntah nak jadi menantu Cikgu Mat Yunus.dekat taman adalah sesi kedua bergosip.tangan pegang penyapu pegang daun sehelai dua dah cukup,mulut dah boleh bergosip jiran sebelah kelas.

7.40am-perhimpunan.ingat hari Ahad je ke ada perhimpunan.sekolah aku setiap hari kot ada perhimpunan.tapi kejap jelah,kalau ada apa-apa pengumumana nak buat,boleh buat masa perhimpunan ni.tapi aku paling tak suka perhimpunan hari Ahad dengan Khamis,ada spot-check.tak suka weh spot-chek ni,kau pengawas macam tahu je aku tak pakai singlet dengan petticoat.stoking pun.dan dan tu jugak kau nak buat spot-check.eh tapi aku memang setiap hari tak pakai pun,muahaha.tudung dah labuh kot,nak pakai singlet jadah apa.kain sekolah pun tebal je kenapa nak kena pakai petticoat lagi.tak paham aku.sampai sekarang pun tak paham.tapi hidup sebagai 'penjenayah' kenalah bijak bab-bab trick ni.bila barisan kelas aku kena spot-check aku larilah ke barisan kelas sebelah.tak pun bila pengawas check kat depan aku pergi berdiri kat belakang,aku kan tinggi.bila sampai turn bahagian belakang aku lari pergi depan pulak buat-buat pendek.ha,kan tak kena spot-check,muahaha.aku lagi bijak dari pengawas!:B

7.45-2.20pm-kelas bermula.ni standard ah,ada kelas aku suka ada tak.banyaknya taklah.mengantuk dowh.paling tak suka kelas Bahasa Arab Tinggi,sumpah mengantuk sampai kena main baling-baling syaitonnn dengan Chaeid dan geng.boleh pulak main baling-baling syaitonn.gila betul budak kelas aku.kasihan Ustaz Zul,minta maap ustaz.paling aku suka kelas Sejarah sebab auuuwwww suka aaauuuww Cikgu Sahrul.*blushing*.bongok dia dah kahwin ada anak ah.tapi suka jugak sebab dia baik walaupun garang sikit.lagi sebab dia kenal aku lepas tu tahu pulak nama aku,auuwww sweet ah Cikgu Sahrul ni.eh apa ni Ajie bukak pekung di dada,okay dah.agak tak suka jugak bila kena pergi lab.dah ah lab jauh lepas tu buku bukan sebiji nak kena bawak,buku log nota amali latihan bagai belum report files lagi.penat seyh.satu lagi kelas yang agak suka,Bahasa Inggeris.mungkin sebab suka Bahasa Inggeris jadi rasa best.lagipun selalu teacher suruh masuk pusat sumber je.eh pusat sumber macam comel je,perpustakaanlah tu.suka jugak kelas Matematik Tambahan,walaupun aku sangatlah benak lagi lembap maths,tapi suka sebab Cikgu Zul sangat romantik,auuwww!ajar dengan penuh lemah lembut tak pernah marah,selagi aku tak paham selagi tulah dia terangkan sampai aku cakap aku paham walaupun sebenarnya aku dah lama paham,cikgu macam ni siapa tak cair weh?bahahaha.tapi palinnnnnggg suka sekali bila cikgu ada mesyuarat lepas tu x ada kelas.ha,ni paling best!buat nota sambil bergosip,tapi tu orang lain ah.aku mestilah tidur,muahahaha.takpun buat air teh o cicah biskut hup seng sambil bergosip jugak,ini aku suka!

2.20pm-BALIKKKKKKKK!ni lagi sekali berkejar pergi dewan makan pulak.berkejar okay nak makan tengah hari nanti kalau lambat tak dapat peha ayam atau kepak.nanti nasi habis kena tunggu lama pulak.makan pun cepat-cepat sebab nanti nak balik dorm tidur.tidur aje kerja aku.

3.00pm-balik dorm rilex-rilex dulu sepuas hati.tidur lagi.dekat-dekat nak pergi prep karang kan baru ah aku kalut bangun mandi solat zohor basuh baju bagai.

3.45pm-kan dah cakap tadi,mula ah nak kalut mandi solat zohor.kalau ada yang tak semenggah lagi siap nak basuh baju bagai padahal pukul 4 dah kena halau pergi prep.kalau malas pergi prep,sambung je tidur .bila warden datang buat spot-check baru menggelabah pergi sembunyi dalam bilik air.lagi sadis sembunyi dalam loker,nasib tak mati terkurung dalam itu.gamble sungguh.eh tapi bukan aku la,kawan-kawan.aku tak adalah sampai masuk dlm loker,paling busuk pun tepi loker,budget kurus warden tak nampak padahal kaki terjulur keluar,lepas tu kena jerit," ha,siapa kat tepi loker tu keluarrrr!ingat saya tak nampak ke?!"ha,padan muka kantoi,muahahahaha.

4pm-selagi tak kena halau jangan harap aku nak melangkah keluar dorm.dah kena halau baru blah.pergi sambung tidur kat kelas pulak,muahaha.prep petang lagi satu sesi bergosip kegemaran aku.sambil buat nota,mulut jugak laju bergosip.itupun kalau aku tak susun kerusi budak berulang buat alas untuk tidur.kadang main games tak pun pergi berjalan ke kelas lain.ini menjelaskan 'kecemerlangan' aku masa sekolah dulu.bahaahaa.

4.45pm-habis prep.aktiviti bebas suka hati nak buat apa asal jangan keluar asrama.selalu pergi minum petang sambil meneruskan sesi bergosip di dewan makan pulak.bergosip aje kerja,perempuan betullah!kalau dalam musim kawad kaki,petang-petang ada latihan sampai pukul 7,jadi kena pergi latihan kawad.

6pm-makan malam.masa ni sampai pukul 7 pun aktiviti bebas.lepas makan naik dorm mandi atau basuh baju atau tengok tv drama cina atau lepak je kat kelas,taman ke.selalu lepak kat kelas je dengan kawan-kawan.petang-petang tak elok study.orang tua-tua yang cakap,aku amalkan je.:D

7.20pm-patutnya pukul 7 lagi dah kena pergi masjid,tapi biasa ah kata senior,mesti ah kena pergi masjid time masjid dah penuh stok nak duduk kat belakang-belakang.selagi tak bunyi azan x adanya kitorang nak pergi ambil wuduk,dan dan orang tengah azan tu jugaklah kitorang nak merempit dengan syaitonn ke tandas ambil wuduk.tengok siapa sampai dulu.gila dowh dengan syaitonn tu merempit.

7.30-8.45pm-ini memang sesi ukhrawi.solat maghrib berjemaah,baca quran,malam jumaat baca yassin kadang solat hajat jugak,tazkirah,selawat lepas tu solat isyak berjemaah jugak.senakal-nakal aku kat sekolah pun,semua kat atas neh aku buat,x skip okay.ilmu akhirat tu penting di dada.eh dah terbagi tazkirah pulak.

9pm-prep malam.ni memang semua orang study betullah,xda main-main bergosip bagai dah.aku pun.semua muka serius mengadap buku buat nota meniru kerja sekolah.tapi sejam pertama jelah,masuk pukul 10 muka sorang-sorang dah stok tak tidur sebulan.apa lagi kita mainlah.main games tak pun nyanyi sampai kena sound dengan pak guard tak pun macam biasa pekena teh o panas dengan biskut hup seng.heaven betul malam-malam minum teh o ramai-ramai.

10.45pm-habis prep pergi melantak minum malam pulak padahal baru je belasah teh o panas dgn biskut hup seng.suka pergi minum malam sebab teh panas dia sedap cicah dengan roti atau biskut tawar macam auummmm sedap gila!lagiiiiiiiiiiiiiii suka kalau Pak Cik Nazri tender dewan makan buat special supper.kadang-kadang ada laksa,pulut durian,durian,abc,mee kari dan mcam-macam lagilah.duduk asrama bukan selalu boleh makan sedap macam ni.paling-paling pun nasi ayam jelah yang boleh dibanggakan.bila ada special supper macam ni memang makan x ingatlah,berpinggan-pinggan sampai tersadai.Pak Cik Nazri pun lebar je sengih tengok makanan dia habis.

11pm-dah habis prep,boleh balik dorm tidur tapi itu budak-budak jelah.untuk aku yg malam baru nak bantai semua kerja sekolah haruslah kembali ke kelas siapkan kerja.sampai kena halau dengan ketua warden,Ustaz Rosli baru aku blah.aku dengan kawan-kawanlah.ingat aku berani sangat nak study sorang-sorang?haram tak.

11.30pm-paling lambat boleh balik dorm.aku angkut je semua kerja tak siap*kalau ada yg tak siaplah* balik dorm,buat dalam dorm pulak.balik dorm sambung sesi terakhir bergosip sambil bersiap-siap bukak selimut tepuk-tepuk bantal nak tidur.heh,sebagai seorang penakut,memang 5tahun tu aku tidur berduet.ewah berduet macam penyanyi pulak nasib aku tak cakap tidur berfeaturing.muahahaha.

12pm-TIDUR.


Semua di atas aku rindu.rindu sangat.rindu nak buat semua.betul rindu.tsk tsk tsk.dulu rasa macam ah bila nak habis sekolah ni,fade up dah aku 5tahun hidup macam ni,tapi sekarang macam ah kan bagus kalau boleh balik ke masa form 5 buat rutin sama setiap hari.manusia memang selalu macam ni.aku kan manusia.dah ah,nak pergi belek album lama zaman gambar hitam-putih,karang berlama-lama kat sini ada jugak yang menangis.bye!

hangen~

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 25, 2010 0 heart said
Mana aku tak hangin,baru aku letak kereta tak sampai 10minit dah kena clamp!memang choiii betullah!bukan Choi Siwon lah.aku dah terlambat nak solat asar jadi aku parkinglah kereta betul-betul depan rumah sebab selalu kat parking tu x ada kereta pun,aku punya parking jauh,kat level 3 jadi dah kalut-kalut nak sembahyang asar tu aku parking jelah situ dulu.budget lepas sembahyang kan nak pergilah alih kereta ke parking sendiri.lepas tu aku boleh terlupa,eh sekali malamnya dah kena clamp.tak macam bengang ke?!!

memanglah salah aku pergi parking tempat orang,tapi kejap je kot.aku dah letak no.telefon kot.call jelah cakap kau nak masuk parking.huh,parking pun kedekut,banyak lagi parking kosong,pergi ah letak kereta kau kat mana-mana yg kosong dulu.haishhh terbang macam tu je rm50!demi nak sedapkan hati anggap jelah tak ada rezeki.


gambar gelap sebab malam.eceh,xnak mengaku padahal kualiti handphone yg busuk.


spesis keras kepala dan keras hati macam aku ni memang sampai ke sudah menyalahkan tuan punya parking tu sebab pergi report aku amik parking dia padahal memang salah aku,hahahaha.padan muka,bye!



Saturday, November 20, 2010

urrie Unnie!

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, November 20, 2010 1 heart said
Hari ni juga birthday kak long aku..


kakak aku ada seorang sahaja


walaupun kadang-kadang dia annoying


tapi kamikan adik-beradik,jadi aku mesti ah tetap sayang dia

sebab dia kan kakak aku!


sebab dia dah berjaya dalam kerjaya,eceh kerjaya konon,
jadi harap dia akan cepat kahwin dan bagi aku abang ipar pulak,aku nak abang weh!:B

happy birthday,sista!

baby belog~i'm 1 years old!

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, November 20, 2010 1 heart said
Happy Birthday!hari ni hari jadi belog busuk aku.yeayy dah setahun.macam tak percaya dah setahun.macam baru 2 3 bulan je aku buat benda alah ni.mentang ah jarang-jarang update.dulu,ewah dulu macam dah lama benau,tahun lepas ah tu buat belog ni macam sebab ikut trend je,sekarang kan trend belog.semua orang pun ada belog jadi aku pun sibuklah jugak nak ada belog.lepas tu rasa okay belog ni macam best.tak,memang best.

macam kau cakap je apa sahaja dengan belog,cerita gembira sedih marah sakit hati tak puas hati annoying bengang nak menyumpah seranah ke nak perasan berangan sampai ke langit ke apa semua belog terima je.dia tak ada pun macam nak maki kau balik atau komen atau kutuk kau balik.dia diam je macam konon faham semua perasaan kau.jadi aku rasa ada belog ni best sebab nanti dia faham perasaan aku.konon.

umur dah setahun tapi entry sikit je sebab aku membebel ikut suka hati dan sesedap rasa.kalau rajin maka adalah seketul dua entry kalau tak,haram.malas nak mampus!tak pe lagipun belog aku ni untuk suka-suki buat kenangan utk anak-cucu in the future sahaja bkan untuk di komersil macam belog HZ,eceh!tapi sebab dah umur setahun,nanti aku trylah selalu update,okay belog!dah,happy birthday bloggie!dan oh ada birthday orang lain jugak hari ini,tapi itu entry lain okay.


p/s;pertama kali membebel adalah sangat busuk,sumpah busuk(sekarang budget dah wangi sikit,bahahaha).tak percaya tengok sini.

Thursday, November 18, 2010

demi Dalei..

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 18, 2010 1 heart said
Demi seorang adik,aku pun ambik la tag ni.xpelah,lagipun dah lama tak buat menda jadah cenggini.drama raya nanti lepas kakak aku upload semua gambar,gambar semua dengan dia je,heh entah bila la kan nak dapat.layan ni dulu..

1) Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang??

tak fikir apa-apa.


2. Apakah nama samaran anda?
ajie,gee,jeejo..sikit je nama samaran aku tak macam dalei,haha!



3. Senaraikan 3 orang yg anda sayang.
3 orang je?13 orang tak boleh ke?~family.friends.suju.


4. Panggilan utk si dia..
si dia mana plok neh.


5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa..
kalau aku jawab CINTA x pe ke?bahaha.


6. Blog mana yang paling suka di 'visit'??
belog yang selalu hapdet,belog tak hapdet buat apa aku visit.


7. Tag pada 5 rakan blogger anda...
tak nak!



aku combine terus la 2 tags.rajin benau makcik ni ha tag aku.ni tag kedua..


* 170 cm tall.
* I don't know what I want at the moment.
* I'm not happy, neither sad
* I hate my friends.
* I hate my life sometimes.
* I hate my grades.
* I can drive.
* I'm bored of driving
* I have white handbag.
* I love dancing
* I go clubbing every week.
* Shopping is bullshit.
* I have a tattoo of a star.
* I got my navel pierced.
* I have friends that take drugs.
* 90% of my friends smoke.
* I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
* I'm studying fashion.
* I have business running.
* I hate cartoon.
* I hate someone from my past.
* I have 10 Lollipops handbags.
* I buy CLEO every month.
* My parents don't know about my blog
* I have an iPod.
* I don't have faith in the current "one".
* My school mates know about my blog.
* I wanted to be a fashion designer.
* I love rock emo bands.
* I hate it when people cancel last minute meet ups.
* I'm a rebel.
* I don't believe in love.
* High school's filled with drama.
* My parents have faith in me.
* I've bought shoes this month.
* A blogger bitched about me before.
* I hate sports.
* I heart Italian food.
* I hate meeting new people.
* I hate nail polish.
* The mother bear gives me hugs.
* People should start appreciating me.
* High school was the worst time of my life.
* I have red hair.
* One Utama is my second home.
* I'm a guy. (.....????...)
* I'm scared of my Biology result exam which I'm going to face someday tomorrow.
* I hate vacations.
* We'll last :)
* I believe in long distance relationships.
* I'm going to get high and smoke weed one day soon.
* I've robbed an old lady.
* I'm starting to like applying make-up.
* I was a tomboy.
* At times I think I still am a tomboy.
* I love bitching about people behind their backs.
* I still have a best friend
* I have a cat
* I hate surprise parties.
* I hate planning parties.
* I'm hot.
* I'm a sinner.
* I've got a DS light.
* I have a Wii.
* I can't live without music.
* Video games are a waste of time.
* I miss the father bear.
* I love being in love
* I know how to cook.
* I have 100% freedom.
* Boys are assholes.
* I hate math.
* I'm happy with what I have.
* I love horror films.
* I slept in my parent's room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
* My old friends keep in touch with me.
* I don't read newspapers.
* The news is such a waste of time.
* Blogging is a waste of time.
* I hate animals.
* I can't live without make-up.
* I curse like a pirate.
* I'm happy with my 11 years old car.
* I hate people that are smart.
* I love Orange Juice.
* I can't drink for nuts.
* I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
* I've got a new phone.
* I'm going to get a new pair of shoes by the end of this month.
* I love swimming.
* I haven't worked out since March.
* I think I'm fat.
* I love my friends and family.


okay dah.siapa nak ambil la,malas aku nak tag orang.thanks to Dalei!




Sunday, November 14, 2010

merdeka yang tak berapa merdeka

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, November 14, 2010 0 heart said
Kalau rasa gembira tepuk tangan.kalau rasa gembira hentak kaki.kalau rasa gembira beginilah caranya kalau rasa gembira bungkus kain baju balik kampung,hey hey!hooorrayy!habis jugak akhirnya FINAL.maka berakhirlah kehidupan aku sebagai pelajar,lepas ni dah nak kena mula marathon cari kerja.siapa tahu mana-mana ada kerja kosong apa-apa kerja sekalipun boleh bagitahu aku.tapi jangan ah kau offer kerja cleaner ke cuci jamban ke,agak-agak ah sikit.bukanlah aku tak boleh tapi tak sampai hati paham tak-tak sampai hati.nak siapkan resume entah zaman bila lagi buat tak sudah-sudah.kain baju semua dah siap bungkus masuk bagasi,ewah bagasi budget macam nak pergi overseas,heheh!buku-buku semua dah campak masuk almari.campak?eheh,tak ah susun dengan kemas.jadi,babai!

Thursday, November 11, 2010

gila!

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, November 11, 2010 0 heart said
Sepatutnya aku tengah study sekarang ni tapi ntah macam mana tiba-tiba TERbuka internet pulak dah tu TERbuka facebook twitter belog bagai pulak.itu belum lagi TERbuka youtube untuk tengok video-video terbaru abang-abang comel.heh,ini semua salah laptop si Sue siapa suruh duduk depan aku kan aku dah buka.konon laptop sendiri simpan sebab nak study tapi hadap laptop orang,boleh?tak semenggah betul aku ni.okay perlu sambung study 2 3 pages lagi nanti lepas ni kan nak tengok Obok pulak.sempat lagi tengok tv pukul 3 4 pagi.haru sungguh.bye.

Tuesday, November 9, 2010

gembira berlebih-lebih!

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, November 09, 2010 0 heart said
Tinggal satu paper je lagi sebelum semuanya berakhir.cewah ayat goli mak ha,sebelum semuanya berakhir konon,yucks!ya paper last 14hb ni ada beberapa hari lagi jadi boleh main dulu sambil menghafal beberapa baris nota.bila tinggal sehari nanti baru kita menggelabah pulun hafal semua.oh hari ni akhirnya selepas seminggu menunggu orang Astro datang jugak pasang decoder Astro beyond.ya,saya sudah subscribe Astro beyond,yeaaayyyyy!!eleh,padahal orang lain dah berkurun ada.biarlah akukan memang spesis jakun.subscribe pun sebab ada channel SBS je,kalau tak jangan harap.ohh ohh dah ada chanel SBS,yeaaayyyy lepas ni dah boleh tengok drama-drama Korea kegemaran tak payah tengok di MySoju lagi dah lembap gila nak tunggu loading.lepas ni maksud aku lepas exam dah habis belajar sambil cari kerja duduk kat rumah boleh buang masa tengok tv.bukan lepas ni kejap lagi,eh tapi kejap lagi pun nak tengok Pretty Insun,buku minta maaf duduk tepi dulu,ok!hahaha,heaven bukan?lagi ah lepas ni banyak drama baru berjujuk tunggu queue nak ditayangkan,drama Donghae drama Siwon drama Sungmin,heh memang tak ke mana ah aku.ohhh ohhh ohhh jadi sekarang kat Malaysia dah ada 2 channel tv Korea-SBS dan KBS.ha tinggal satu je lagi,MBC.Astro tak nak beli jugak ke?kalau tak cukup lengkap semua channel tv Korea kat Malaysia ni jadi aku tak payah dah nak pergi pindah ke Korea.bahahahaha.agak-agak channel tv Malaysia macam RTM dapat tak di Korea?hahahaha.bye!

Monday, November 8, 2010

in my dream~

love and huggies by goodgirlgee at Monday, November 08, 2010 0 heart said
Am I really miss them that much?
dream about them again last night.
why i keep dreaming about them lately.
tsk tsk tsk.
seeing them,
even just in a dream is enough for me.


hey you,why do you keep appear in my dream?
you are really...haish!

Saturday, November 6, 2010

Selamat Ulang Tahun ke5,abang!

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, November 06, 2010 0 heart said
6 Nov 2005-6Nov 2010,the brothers that i love celebrating their 5th Anniversary,you go guys!


2006-2008










2009







2010






its already 5years!these 5years,they have been through so much.the 5 years that filled with joy and sorrow.the 5 years that filled with happiness and sadness.the 5 years that filled with laugh and tears.the 5 years that only them and ELF could understand.


the letter from us(ELF) to Super Junior.*this letter has been translated into 30 languages,i'm taking the english*

Dear Super Junior,

Thank you for being one of the greatest things in our lives. You are not a mere boy band, a simple crush, or an impersonate idol. You are 13 young men who, through true spirits and good hearts, have united thousands of people. You have entertained and inspired us through your hard work and talents. Yet most importantly, you have taught us valuable life lessons. We learned from you that dreams are vaster than state boarders. And that positive spirit is the key to all challenges. You showed us that we must work hard for what we love and protect and stand for whom we love. We learned from you that being a humble dork is much more charming than being a stuck-up jerk. You taught us that spontaneity is a gift not a defect and that you will always grow old, but not necessarily grow up. And that life is sweet but never easy. And that with all these virtues, we can all change the world.

We just wanted to let you know that you did change the world. You are more than music idols, or entertainers, you are heroes, for you have positively changed the lives of many. We want to always be guided by you. You do not need a catchy song to steal our hearts; your smiles have already done that. You have always touched our lives and hearts, and we wish day and night to be able to do the same for you. We wish that every year you would feel closer to us, and feel our unwavering admiration and love for you. Please always know that you succeeded in the past few years and that in every world corner you have an ELF to witness that. We will stand united for you and for the many years of success to come, not just in your career, but mostly in your life.

Yours always and forever,

E.L.Fs around the world

6, Nov, 2010


because we love them sincerely!


what the guys say about today...*taking from their tweets*

Yesung: Today's fifth anniversary of Super Junior's debut ^^ E.L.F.s who have been with us to this moment ........ who will also be with us continuously Thanks.......

Eunhyuk:I was wondering what was going on....5 years? It's only 5 years. It's huge when a team that was only going to be together for a year goes on for 5 years. But, a team that's going to be together for 50 years, 500 years has only been together for 5 years. Why are people fussing over it..........said me but I'm getting goosebumps right now!!To every E.L.F.s all over the world who have been with us for 5 years!!! I cannot express in words how thankful I am...Also, our members!!!!! Really, I don't need anything else~~~ Let's be together for a long time and let's laugh at the end!!!! Eumhaha~ I can't say it in person....I love you!!!!!!

Ryeoowok: 5th anniversary. Thankyou for many supports and loves to make Super Junior like this, ELF^^ also I love you SJ members♥

Donghae: Not just 5th anniversary, together (we will celebrate) 50th anniversary, 500th anniversary hehehe I LOVE U.

and they love us sincerely too!




taken from Super Show 2

as much as we love them,they love us too!
because we are Everlasting Friends and its tie us tightly!

Happy 5th Anniversary SUPER JUNIOR.


I wasnt there from the beginning,but from now on till the end I will be there with them.I love you,oppa~


credit:video owner(cc1164),elf letter translator and also oppa twitter.







 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei