Thursday, June 24, 2010

obsesi;dulu dan sekarang

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, June 24, 2010
Tiba-tiba macam dah terajin pulak nak update blog neh.penuh semangat lagi neh sebab England baru menang dapat pergi top 16,panas panas lagi.okay tak ada kaitan.

Heh,macam malu la pulak nak bukak perangai hodoh tak senonoh sendiri,tapi kisah apa aku,blog aku suka hatilah,jangan nak ikut perangai buruk aku ni,okay?eceh,x adalah perangai buruk,tapi macam tak senonoh jugak lah dah tua-tua ni ada perangai macam budak-budak sekolah menengah,muahaha.

DULU;

Dulu masa zaman muda-muda zaman hina tak ada akal dan fikiran yang matang lagi aku memang sangatlah obses gila dengan boyband dari barat ni.......

WESTLIFE

-dulu start obses dengan mereka masa darjah 6 sampailah tingkatan berapa entah,4 kot.masa tingkatan 5 dah ok sikit.

-dulu sanggup tak nak pergi sambung tingkatan 1 dekat sekolah yang sekarang hell rindu sebab tak nak terlepas tengok Westlife punya mtv apa entah dekat tv.lepas abah pujuk cakap nanti dia record barulah nak pergi.padan muka kena kencing dengan abah.sikit punya bodoh aku dulukan walaupun dapat 5A.muahaha.

- dulu beli semua album mereka dari 1st album Westlife sampai 4th album kot Turnoround,Karaoke VCD,VCD Konsert,majalah-majalah yang ada gambar mereka walaupun mahal gila dan gambar besar kuman je pun.sanggup weh beli demi Westlife.poster pun!aku pun wonder sekarang mana aku dapat duit beli semua tu.kecuali album-album memang aku paksa abah belikan.




- dulu semua lagu mereka aku hafal dan ingat.sebab lagu mereka ni Inggeris jadi aku mudah faham dan ingat berbanding bahasa arab yang aku belajar selama 5tahun.whatheshrek.

-dulu sebab aku masih budak sekolah dan duduk pulak kat Kelantan yang berjam-jam jauhnya dari KL tambah pulak dengan tak ada duit maka aku tak mampu nak pergi konsert mereka walaupun menggelupur nak pergi.mereka ni dulu rajin jugak datang Malaysia.tapi bila mereka datang dan ada interview dekat tv atau radio aku mesti menggelepar menjerit-jerit kat depan tv atau radio.heh,malu betul.

-dulu kumpul semua barang yang ada kaitan dengan Westlife.gambar,poster,sticker,notebook apa-apa jelah yang ada muka mereka ni.siap buat buku pasal mereka lepas tu tampal sticker bagai bawak pergi sekolah sebagai dorongan dan kena rampas dengan cikgu masa spot-chek.padan muka.




-dulu siap paksa satu keluarga minat Westlife.kalau tak minat pun ingat nama mereka.shit gila.terpaksa adik-adik aku ingat.umi dan abah pun kot.tapi kakak aku pun minat jugak mereka ni walaupun tak sampai tahap meroyan macam aku,jadi aku ada geng.hahaha.

-dulu selalu berangan nak kahwin dengan mereka ni.eh tapi bukan semua.dengan seorang yang aku paling 'jatuh cinta',nanti jap lagi aku beritahu siapa.eh ke dah tahu?dah tahu tak apalah.selalu bukak website mereka lepas tu join cerita-cerita fantasi dengan Westlife yg direka oleh peminat mereka jugak.haish,bodoh sungguh.

-dulu selalu kena marah dengan kawan-kawan sebab berangan dengan Westlife secara berlebih-lebihan sampai tak terkawal.malu siot.lepas tu aku memang benci kalau ada orang lain jugak yang minat dengan ahli yang aku 'jatuh cinta' ni budget macam dia ni suami aku yg dah bertahun kahwin.


-Eh, tak cakap lagi ahli yang aku 'jatuh cinta' ni siapa.hahahaha,Shane Filan.memang angau gilalah dekat si Shane ni sampai semua benda pun aku nak letak nama dia.sekarang dah menyesal.okay aku bagi satu contoh;emel aku-blueangel_filan,hah tengok Filan tu nama keluarga Shane.sekarang dah menyesal nak tukar pun dah malas.lagi empat orang ahli Nicky-yg ni kakak aku minat,Kian,Bryan da Mark.

-dulu aku tak boleh kalau orang mengata atau kutuk-kutuk mereka ni,rasa nak sepak terajang je.fuhh,protective gila dah macam Edward.eh tiba-tiba.aku paling tak suka bila orang compare-compare Westlife dengan BSB cakap mereka x pandai dance macam BSB,dance pun kayu.hangin aku okay hangin!


SEKARANG;

Sekarang perangai tak berubah lagi,masih bawak perangai tak senonoh ni jugak tapi dengan sedikit kematangan dan akal fikiran yang Allah bagi maka aku dapat mengawal diri.meh tengok siapa pulak aku obses sekarang....

SUPER JUNIOR(SJ)

-sekarang baru nak belajar obses dengan mereka neh.oh tuhan,mereka ini ciptaan yang indah.sangat gorgeous!eh,dari Barat aku dah berubah ke Asia pulak.konon menyokong 'orang' sendiri,hahahaha.

-sekarang sanggup mengadap laptop setiap hari untuk tengok video mereka di youtube.apa sahaja berkaitan dengan SJ aku search dan tengok.dari pagi sampai malam.tak tidur pun tak apa macam sekarang.^__________^

-sekarang since teknologi dah berkembang dengan sangat laju dah boleh download-download lagu,cerita,gambar bagai maka aku tak payah dah nak menghabiskan duit beli album mereka.download je,habis cerita.

-tak payah dah jugak nak beli majalah yang memang sah-sah susah nak ada muka mereka.download je senang setiap hari bangun pagi pun boleh tatap.kalau download boleh buat wallpaper,kalau beli majalah tak boleh.poster mereka pun susah nak dapat kat Malaysia ni,so selamat duit aku.haha.eh aku ni betul ke obses?



-oh,mereka ni boyband dari Korea jadi sah-sah kena menyanyi dalam bahasa mereka.makanya agak pelatlah lidah aku nak menghafal lagu mereka walaupun dengar dan menyanyi setiap hari.mungkin setahun dua lagi aku akan expert tak payah tengok lirik dah.

-sekarang aku dah ada kelebihan untuk pergi tengok konsert mereka,yeaayyy!SJ pun rajin jugak datang Malaysia.bulan 3 hari tu dah datang tapi aku tak pergi sebab apa entah,tak obses lagi kot sekadar jeling-jeling je.heh,lepas ni mereka datang memang aku dah mampu dari segala segi,erk mungkin duit kurang mampu sikit la kena beli tiket murah je.haish~

-sekarang sebab aku dah besar gajah dan faham maksud matang maka aku tak paksa-paksa dah satu keluarga minat dengan SJ.biarlah aku minat sorang-sorang je,tak perlu libatkan keluarga.hahaha.kakak aku yang dulu satu geng pun dah tak geng dah,siap geli lagi dengan SJ,heh!


-sekarang bersama kematangan,walaupun obses aku tak adanya berangan nak kahwin dengan salah seorang daripada mereka ni.tak mungkin okay tak mungkin.aku dah boleh nampak realiti dah sekarang.hahaha.paling jauh aku berangan pun nak jumpa je.setakat nak jumpa,standard ah kan,kau pun mesti ada berangan nak jumpa HZ kan,kalau kau minat dia lah.

-sekarang setiap hari pun dengar lagu mereka.playlist handset pun dah penuh lagu mereka.

-sekarang aku dah tak ada nak melenting-lenting marah-marah benci orang yang minat SJ jugak.aku lagi suka kalau lagi ramai orang suka SJ.lagi ramai lagi bagus.tak apa kau boleh minat ahli yang aku minat,aku takkan sepak kau.



-sekarang aku tak ada dah nak menjerit-menggelupur-gelepar segala kalau tengok mereka ni pun.paling-paling pun aku bagi respon kecil-kecilan je yang orang lain takkan rasa annoying dan nak pukul aku.tapi tetaplah aku takkan lepaskan mereka untuk channel lain.

-dulu aku obses dgn Westlife bodoh-bodoh macam tu je x ada reason yang kukuh pun,tapi sekarang aku obses dengan SJ sebab selain mereka boleh menyanyi dengan sngat bagus,mereka juga boleh menari dengan hebat,mereka ada sikap yang perempuan macam aku ni suka,cntohnya suka kanak-kanak,rendah diri,sense of humour yang tinggi,hardwork.tapi paling aku kagum dengan mereka ni mereka ada ikatan yang sangat kuat macam adik-beradik,bukan setakat kawan-kawan dlm band je.eh lebih-lebih pulak puji,mentanglah tengah angau.heh!

-oh,lupa nak cakap mereka ni semua 13 orang,8orang lebih dari Westlife.sebab obses hanya ambil masa 2 hari untuk ingat nama dan cam muka mereka.*2 hari pun dah lama*ikut ranking kesayangan;Eunhyuk,Donghae,Siwon,Leeteuk,Kyuhun,Sungmin,Ryeowook,Kangin,Yesung,Hankyung,
Shindong,Kibum dan Heechul.hamek kau,tu baru nama belum lagi nak cam muka.tapi sekarang dah expert.hahaha.

-sekarang sudah ingat birthday part of them!

antara sebab aku pun sokong Korea di Piala Dunia.hahahaha!


kerana sekarang sangat angau dengan mereka-mereka ni maka aku bagi extra 2 video,hakhakhakhak...




bonamana,latest come back yang mencairkan aku.melting weh melting tengok dance macam ni!






perangai macam sengal begini memang aku suka.suka sangat~weh kangin meh kawin dengan aku!


p/s:some people know how i am when i've been obsessed.i might not be able to stop but i know to control myself.


dekat 3jam aku setelkan benda ni.nak pergi sahur dah.bye.



6 heart said:

ladyhaneem on June 24, 2010 at 6:10 AM said...

aku boleh imagine lagu mana mum zaman dolu2 terover tempik2 minat suko ko westlife haha

lo on June 24, 2010 at 9:04 PM said...

ha3. klu bab2 mu obses, sokmo meme sluruh dunio tahu. aku jame tak knal mu pun, jadi knal mu sbb tahu psl obsesi mu tuh..hihi ;p

fieracomey on June 25, 2010 at 12:28 AM said...

hi3...nok suko aku bco post mung...hi3..meme pun mum obses nge westlife mulo...mum mnat shane...seb baek aku minat nicky , xyah brebut nge mum..loni aku x mnat artis doh la....xthu bkpo..hu3.....tuo doh kali...hu3..wi ko ore2 mudo....

Chaied on June 25, 2010 at 1:35 AM said...

agaga..lawop..naseb baek dlu aku mnt won bin jah.. :P ore laen aku x mnt..aku pown igt mum minat kakah shane tuh..adei..gshane la bakai..LOL~

Tieya Tiara on January 31, 2011 at 4:28 PM said...

bagus la jlan cerita awk, memang menarik...sye pon x sangka sy boleh bce snpai habis artikel awk nie...yang paling x tahan part "sekarang" memang saya x kering gusi ketawa...saya pon salah seorang peminat suju...

Tieya Tiara on January 31, 2011 at 4:28 PM said...

bagus la jlan cerita awk, memang menarik...sye pon x sangka sy boleh bce snpai habis artikel awk nie...yang paling x tahan part "sekarang" memang saya x kering gusi ketawa...saya pon salah seorang peminat suju...

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei