Tuesday, June 29, 2010

Cawan Dunia;stage 2

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, June 29, 2010 3 heart said
HAHAHAHAHAHAHA PADAN MUKA ENGLAND DENGAN KOREA DAH KENA BALIK DARI PIALA DUNIA SIAPA SURUH MAIN MACAM SHIT.EH PADAHAL PASUKAN KESUKAAN KESAYANGAN KEGEMARAN LEPAS TU BOLEH KUTUK.MUAHAHA.BUKAN SALAH MEREKA WEH.MEREKA DAH MAIN SAMPAI BERPELUH KETIAK BAGAI TERUTAMA KOREA YG FIGHT TO THE END TAK MACAM ENGLAND YANG BARU KENA HEMPUK SIKIT DENGAN GERMAN DEFENSE DAH ENTAH KEMANA,JADI BILA KALAH TU TAK ADA REZEKILAH.HEH,LAME EXCUSE THE LOSER!MUAHAHA.MALAS NAK EMO LEBIH-LEBIH BUKAN MEREKA BOLEH MASUK BALIK PERGI FINAL PUN,DAH KALAH TU SUDAHLAH,LUPAKAN.TIPU PADAHAL SEDIH.TSK TSK.ADA LAGI SEPANYOL MALAM NI HARAPAN TERAKHIR AKU NAK TENGOK PIALA DUNIA.KALAU SEPANYOL PUN KALAH MAKA BABAILAH PIALA DUNIA.TAKNAK TENGOK DAH.



>>tiba-tiba tertekan CAPSLOCK sebab bengang marah kecewa tak puas hati.dah ah babai.kalau Sepanyol kalah mlm ni tak ada dah update Piala Dunia.

Saturday, June 26, 2010

life.love.laugh.#3

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, June 26, 2010 1 heart said




kadang-kadang aku rasa seperti aku adalah seorang yang beusia 13tahun
yang terperangkap di dalam badan seorang yang berusia 23tahun~












Korea kalah.berkabung.will update more in next entry.tsk tsk tsk.

Thursday, June 24, 2010

obsesi;dulu dan sekarang

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, June 24, 2010 6 heart said
Tiba-tiba macam dah terajin pulak nak update blog neh.penuh semangat lagi neh sebab England baru menang dapat pergi top 16,panas panas lagi.okay tak ada kaitan.

Heh,macam malu la pulak nak bukak perangai hodoh tak senonoh sendiri,tapi kisah apa aku,blog aku suka hatilah,jangan nak ikut perangai buruk aku ni,okay?eceh,x adalah perangai buruk,tapi macam tak senonoh jugak lah dah tua-tua ni ada perangai macam budak-budak sekolah menengah,muahaha.

DULU;

Dulu masa zaman muda-muda zaman hina tak ada akal dan fikiran yang matang lagi aku memang sangatlah obses gila dengan boyband dari barat ni.......

WESTLIFE

-dulu start obses dengan mereka masa darjah 6 sampailah tingkatan berapa entah,4 kot.masa tingkatan 5 dah ok sikit.

-dulu sanggup tak nak pergi sambung tingkatan 1 dekat sekolah yang sekarang hell rindu sebab tak nak terlepas tengok Westlife punya mtv apa entah dekat tv.lepas abah pujuk cakap nanti dia record barulah nak pergi.padan muka kena kencing dengan abah.sikit punya bodoh aku dulukan walaupun dapat 5A.muahaha.

- dulu beli semua album mereka dari 1st album Westlife sampai 4th album kot Turnoround,Karaoke VCD,VCD Konsert,majalah-majalah yang ada gambar mereka walaupun mahal gila dan gambar besar kuman je pun.sanggup weh beli demi Westlife.poster pun!aku pun wonder sekarang mana aku dapat duit beli semua tu.kecuali album-album memang aku paksa abah belikan.




- dulu semua lagu mereka aku hafal dan ingat.sebab lagu mereka ni Inggeris jadi aku mudah faham dan ingat berbanding bahasa arab yang aku belajar selama 5tahun.whatheshrek.

-dulu sebab aku masih budak sekolah dan duduk pulak kat Kelantan yang berjam-jam jauhnya dari KL tambah pulak dengan tak ada duit maka aku tak mampu nak pergi konsert mereka walaupun menggelupur nak pergi.mereka ni dulu rajin jugak datang Malaysia.tapi bila mereka datang dan ada interview dekat tv atau radio aku mesti menggelepar menjerit-jerit kat depan tv atau radio.heh,malu betul.

-dulu kumpul semua barang yang ada kaitan dengan Westlife.gambar,poster,sticker,notebook apa-apa jelah yang ada muka mereka ni.siap buat buku pasal mereka lepas tu tampal sticker bagai bawak pergi sekolah sebagai dorongan dan kena rampas dengan cikgu masa spot-chek.padan muka.




-dulu siap paksa satu keluarga minat Westlife.kalau tak minat pun ingat nama mereka.shit gila.terpaksa adik-adik aku ingat.umi dan abah pun kot.tapi kakak aku pun minat jugak mereka ni walaupun tak sampai tahap meroyan macam aku,jadi aku ada geng.hahaha.

-dulu selalu berangan nak kahwin dengan mereka ni.eh tapi bukan semua.dengan seorang yang aku paling 'jatuh cinta',nanti jap lagi aku beritahu siapa.eh ke dah tahu?dah tahu tak apalah.selalu bukak website mereka lepas tu join cerita-cerita fantasi dengan Westlife yg direka oleh peminat mereka jugak.haish,bodoh sungguh.

-dulu selalu kena marah dengan kawan-kawan sebab berangan dengan Westlife secara berlebih-lebihan sampai tak terkawal.malu siot.lepas tu aku memang benci kalau ada orang lain jugak yang minat dengan ahli yang aku 'jatuh cinta' ni budget macam dia ni suami aku yg dah bertahun kahwin.


-Eh, tak cakap lagi ahli yang aku 'jatuh cinta' ni siapa.hahahaha,Shane Filan.memang angau gilalah dekat si Shane ni sampai semua benda pun aku nak letak nama dia.sekarang dah menyesal.okay aku bagi satu contoh;emel aku-blueangel_filan,hah tengok Filan tu nama keluarga Shane.sekarang dah menyesal nak tukar pun dah malas.lagi empat orang ahli Nicky-yg ni kakak aku minat,Kian,Bryan da Mark.

-dulu aku tak boleh kalau orang mengata atau kutuk-kutuk mereka ni,rasa nak sepak terajang je.fuhh,protective gila dah macam Edward.eh tiba-tiba.aku paling tak suka bila orang compare-compare Westlife dengan BSB cakap mereka x pandai dance macam BSB,dance pun kayu.hangin aku okay hangin!


SEKARANG;

Sekarang perangai tak berubah lagi,masih bawak perangai tak senonoh ni jugak tapi dengan sedikit kematangan dan akal fikiran yang Allah bagi maka aku dapat mengawal diri.meh tengok siapa pulak aku obses sekarang....

SUPER JUNIOR(SJ)

-sekarang baru nak belajar obses dengan mereka neh.oh tuhan,mereka ini ciptaan yang indah.sangat gorgeous!eh,dari Barat aku dah berubah ke Asia pulak.konon menyokong 'orang' sendiri,hahahaha.

-sekarang sanggup mengadap laptop setiap hari untuk tengok video mereka di youtube.apa sahaja berkaitan dengan SJ aku search dan tengok.dari pagi sampai malam.tak tidur pun tak apa macam sekarang.^__________^

-sekarang since teknologi dah berkembang dengan sangat laju dah boleh download-download lagu,cerita,gambar bagai maka aku tak payah dah nak menghabiskan duit beli album mereka.download je,habis cerita.

-tak payah dah jugak nak beli majalah yang memang sah-sah susah nak ada muka mereka.download je senang setiap hari bangun pagi pun boleh tatap.kalau download boleh buat wallpaper,kalau beli majalah tak boleh.poster mereka pun susah nak dapat kat Malaysia ni,so selamat duit aku.haha.eh aku ni betul ke obses?



-oh,mereka ni boyband dari Korea jadi sah-sah kena menyanyi dalam bahasa mereka.makanya agak pelatlah lidah aku nak menghafal lagu mereka walaupun dengar dan menyanyi setiap hari.mungkin setahun dua lagi aku akan expert tak payah tengok lirik dah.

-sekarang aku dah ada kelebihan untuk pergi tengok konsert mereka,yeaayyy!SJ pun rajin jugak datang Malaysia.bulan 3 hari tu dah datang tapi aku tak pergi sebab apa entah,tak obses lagi kot sekadar jeling-jeling je.heh,lepas ni mereka datang memang aku dah mampu dari segala segi,erk mungkin duit kurang mampu sikit la kena beli tiket murah je.haish~

-sekarang sebab aku dah besar gajah dan faham maksud matang maka aku tak paksa-paksa dah satu keluarga minat dengan SJ.biarlah aku minat sorang-sorang je,tak perlu libatkan keluarga.hahaha.kakak aku yang dulu satu geng pun dah tak geng dah,siap geli lagi dengan SJ,heh!


-sekarang bersama kematangan,walaupun obses aku tak adanya berangan nak kahwin dengan salah seorang daripada mereka ni.tak mungkin okay tak mungkin.aku dah boleh nampak realiti dah sekarang.hahaha.paling jauh aku berangan pun nak jumpa je.setakat nak jumpa,standard ah kan,kau pun mesti ada berangan nak jumpa HZ kan,kalau kau minat dia lah.

-sekarang setiap hari pun dengar lagu mereka.playlist handset pun dah penuh lagu mereka.

-sekarang aku dah tak ada nak melenting-lenting marah-marah benci orang yang minat SJ jugak.aku lagi suka kalau lagi ramai orang suka SJ.lagi ramai lagi bagus.tak apa kau boleh minat ahli yang aku minat,aku takkan sepak kau.



-sekarang aku tak ada dah nak menjerit-menggelupur-gelepar segala kalau tengok mereka ni pun.paling-paling pun aku bagi respon kecil-kecilan je yang orang lain takkan rasa annoying dan nak pukul aku.tapi tetaplah aku takkan lepaskan mereka untuk channel lain.

-dulu aku obses dgn Westlife bodoh-bodoh macam tu je x ada reason yang kukuh pun,tapi sekarang aku obses dengan SJ sebab selain mereka boleh menyanyi dengan sngat bagus,mereka juga boleh menari dengan hebat,mereka ada sikap yang perempuan macam aku ni suka,cntohnya suka kanak-kanak,rendah diri,sense of humour yang tinggi,hardwork.tapi paling aku kagum dengan mereka ni mereka ada ikatan yang sangat kuat macam adik-beradik,bukan setakat kawan-kawan dlm band je.eh lebih-lebih pulak puji,mentanglah tengah angau.heh!

-oh,lupa nak cakap mereka ni semua 13 orang,8orang lebih dari Westlife.sebab obses hanya ambil masa 2 hari untuk ingat nama dan cam muka mereka.*2 hari pun dah lama*ikut ranking kesayangan;Eunhyuk,Donghae,Siwon,Leeteuk,Kyuhun,Sungmin,Ryeowook,Kangin,Yesung,Hankyung,
Shindong,Kibum dan Heechul.hamek kau,tu baru nama belum lagi nak cam muka.tapi sekarang dah expert.hahaha.

-sekarang sudah ingat birthday part of them!

antara sebab aku pun sokong Korea di Piala Dunia.hahahaha!


kerana sekarang sangat angau dengan mereka-mereka ni maka aku bagi extra 2 video,hakhakhakhak...




bonamana,latest come back yang mencairkan aku.melting weh melting tengok dance macam ni!






perangai macam sengal begini memang aku suka.suka sangat~weh kangin meh kawin dengan aku!


p/s:some people know how i am when i've been obsessed.i might not be able to stop but i know to control myself.


dekat 3jam aku setelkan benda ni.nak pergi sahur dah.bye.



Cawan Dunia;stage 1

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, June 24, 2010 1 heart said
Sumpah lama gila x datang sini kan.kasihan dia ni,sorry aku sibuk dengan shortcourse jadi tiada masa nak datang sini.sekarang aku dah datang boleh sambung membebel sampai lebam.perghhh sebenarnya aku tunggu nak update pasal Piala Dunia,muahahaha!sikit punya lama tunggu sebab nak kena tengok dulu pasukan-pasukan pilihan aku ni boleh pergi next stage tak.heh,tinggal satu pasukan lagi dan macam dah konpiden je pasukan ni boleh pergi.yes,Sepanyol x main lagi untuk game terakhir utk 1st round.England baru je habis main tadi dan woh woh woh selepas seri 2 games berturut-turut akhirnya berjaya jugak pergi 2nd stage.yeaaayyy jadi xpayah balik lagi.aku dah cuak kalau England ni nak ikut Perancis balik,nasib tak.mari tengok siapa mampu bertahan sampai final!

Entry sebelum ni aku cakap aku sokong England dengan Sepanyol je kan.tapi,heheheh aku dah tambah satu pasukan lagi.pasukan ni pun layak ke 16 pasukan terakhir,siap layak dulu dari England!dan kira mewakili Asia lah jugak.okay tahu dah korang dah tahu.K-O-R-E-A!aku sokong diorang ni sebab diorang macam bawa maruah Asia,mana ada pasukan Asia lain yang layak pergi top 16 weh,Jepun pun tak kot,Malaysia?jadah apanya,Piala Dunia pun tak layak.

Satu sebab lagi aku sokong Korea adalah,erk hehehehe segan pulak nak cakap,sebab er sebab kat sanakan kampung mentua,jadi kenalah sokong.muahahahahahha.bluwekkkk!

muntah darah.bye!

Wednesday, June 9, 2010

footbal fever!

love and huggies by goodgirlgee at Wednesday, June 09, 2010 1 heart said
Esok,eh bukan,lusa!ha,betul lusa,PIALA DUNIA dah nak main weh,teruja aku ni.mesti kaki-kaki bola seluruh dunia pun teruja.Piala Dunia,4tahun sekali babe,bukan selalu kau boleh tengok.walaupun tak dapat pergi tengok live di Afrika Selatan tapi boleh tengok live jugak di StadiumAstro.itu pun kalau rumah kau ada Astro lah,kalau tak ada boleh pergi tengok di Khulafa.aku dah bersiap sedia nak bersengkang mata buat eye bag korbankan tidur serakkan tekak bersorak segala untuk pasukan ini.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


ENGLANNNNNNNNNNNNNDDDDDDDDD!!

pasukan bintang yang selalu balik awal hahahaha.kalah ke menang aku peduli apa,aku sokong England jugak!gambar ni bukan gambar latest sebab Terry still kapten lagi,sekarang dah tak tapi diorang semua ni akan bermain di Afrika Selatan nanti!

aku bagi list mereka yang ada dalam pasukan;(dlm gmbar)Lennon,Carrick,Cole,xingat nama mamat neh,Rooney,Lampard,Gerrard,Heart,Ferdinand,Terry,Heskey.
(tiada dlm gambar)Cole,Crouch,David James,Barry,Carragher..okay dah lupa,ini sahaja yg ingat.

Beckham cedera jadi tiada dalam senarai ke Afrika Selatan.Owen pun tak ada,jadi lupakan mereka.muahahaha.


dan oh oh oh ada satu lagi pasukan pilihan,hahahahha banyak la pulak pasukan pilihan aku.eh ini in case England kena balik awal jadi aku bergantung pada pasukan ini.....

-
-
-
-
-
-
-
-

SEPANYOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!

seperti England,ramai si gojes si gojes berada dalam pasukan ini tapi aku bukanlah tengok kegojesan diorang je,kekuatan pasukan dan skill main itu lebih penting ya adik-adik.gambar ni aku agak je agak latest sebab diorang semua dalam ni akan berada di Afrika Selatan.yeaayyy!oh tiada senarai penuh pasukan Sepanyol tapi mereka-mereka yg ada dalam ni dari kiri Xavi,Febregas,Villa,xsure siapa,Puyol,Torres,Alonso,xkenal siapa,xingat nama,Casillas dan Fereira.

Sepanyol adalah juara EURO 08 jadi aku rasa diorang ni boleh pergi jauh,kalau tak sampai final pun paling-paling separuh akhir kot.aku rasalah kan.


So,ini pasukan pilihan aku,u all bagaimana?*__________^

p/s:goodluck to both teams!jangan pulang awal sudah.

obses dengan Korea tapi tak ada pulak nak sokong Korea.ekekekeke,bianey oppa!:p



Friday, June 4, 2010

sekadar gambar hiasan

love and huggies by goodgirlgee at Friday, June 04, 2010 1 heart said
Kan dah cakap akan datang bersama puluhan,eh belasan je kot gambar di zama dulu kala yang entah bila lagi aku snap.dah berhabuk bersawang tapi tetap aku nak tayang.suka hati aku lah.konon malas nak menulis banyak tapi drag-drag gambar ni rajin la pulok.ah sudah,layan je.....






yang ni terbaru kot,2minggu lepas pergi hantar Nuyu ke Uitm Puncak Alam.tengok,memang kat puncak kan?selamat mendaki!



cucu baik menjaga nenek di hospital.teruja tengok kerusi roda terus gedik nak ambil gambar.pengakuan jujur:Nuyu yang sibuk jaga nenek.aku?tidur tepi katil pesakit.muahahaha.



first and last time going home with them!besties,Sue and Nadia.deep sleep.


selalu aku balik kampung dengan dia nilah,abang Sani.kena bayar tambang RM45,kalau tak dia tak bagi naik,heh kedekut.tempat makan tak best tapi seat best.



hasil dari perbuatan di bawah.sedap!sedap!sedap!farewell picnic utk Nik dan Sue.





pergi shoppig utk celebrate dah habis final dan farewell picnic utk Nik dan Sue.2orang kat atas ni tukang masak utama dan pembantu.aku,pemakan!



eceh nak mecelah jugak.









belon-belon berterbangan ni masa pergi sini.









cuba mejadi emak yang baik dengan membawa anak pergi ke taman.comellah!ni pergi taman lepas hujan jadi mood pun tak berapa nak baik tak gembira.hahaha.



pergi celebrate Nuyu yang dapat 10A.bulan Mac lagi kot.semua ni aku bedal sebab bukan aku yg bayar.muahahahaha.


gambar last paling berhabuk.annoying jugak kot.hahaha.nasi-goreng-bodoh buatan sendiri.eh,satu pencapaian dlm hidup aku okeh dpt buat benda ni.sekitar Februari,kot!



woh-woh-woh banyak gila.sakit tangan aku drag gambar-gambar neh.lepas ni tak ada dah gambar-gambar busuk macam ni,semua gambar baru,ok?malas dah.beboi!

lazy lady...

love and huggies by goodgirlgee at Friday, June 04, 2010 0 heart said
Hello hello.wah dah Jun,yeayyyy!!sangat banyak nak membebel tapi juga sangat malas nak menulis.okay nanti aku datang balik dengan puluhan gambar sejak dari zaman jahiliyah.maksud aku zaman jahiliyah aku,bukan zaman jahiliyah masa Islam belum tiba.sekarang mahu layan 2PM dan SUPER JUNIOR dulu.asal korang suka menyendeng dekat aku sekarang hah?bluwekk.dah bye!
 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei