Saturday, May 8, 2010

ibu hebat saya

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, May 08, 2010
Yeayyy final sudah habis.berakhir sudah penderitaan aku selama 2minggu ini.sekarang boleh melayari internet dengan sepuas hati.sekarang boleh menonton drama korea 24jam.sekarang boleh pergi berpeleseran dengan crime partners.sekarang boleh qada' tidur untuk 2minggu ini.eceh,macamlah tak tidur langsung padahal hypersomnia.haha.

Hari ini kalau ada yang tidak tahu adalah Hari Ibu.ya Hari Ibu disambut di seluruh dunia.jadi mari kita bercakap tentang ibu kita,eh maksud aku ibu aku.


Umi bersama anak-anak daranya yang semuanya PEMALAS.hahahaha.


Umi aku walaupun bukanlah emak paling hebat di dunia tapi dia adalah emak yang selalu hebat untuk aku adik-beradik.

Umi aku walaupun bukanlah emak paling cantik di dunia seperti emak HZ tapi dia adalah emak yang selalu nampak cantik di mata aku sekeluarga.baju dan tudung mesti nak match okeh.keronsang pun!

Umi aku walaupun bukanlah emak paling pandai masak di dunia tapi dia adalah emak yang selalu masak untuk aku sekeluarga.terutama kalau ada abah mesti lauk semua nak sedap kalau tak lauk bodoh-bodoh je utk aku adik-beradik.

Umi aku walaupun bukanlah emak paling sporting di dunia tapi dia adalah emak yang tak kisah apa aku adik-beradik nak buat asalkan beritahu dia dahulu.eh tapi perkara yang aku adik beradik nak buat tu pun mestilah yang halal lagi mengikut undang-undang.

Umi aku walaupun agak berkira pasal duit tapi dia tetap selalu belikan apa yang aku adik-beradik mahu.

Umi aku walaupun seorang emak yang agak kecoh tapi dia bukanlah emak yang kepoh.

Umi aku seorang yang garang sebab dia cikgu Matematik tambahan.tapi kenapa aku lembap gila eh maths?ok xada kena mengena.next..

Umi aku walaupun selalu merungut dan membebel dan marah-marah terutama sekali kepada aku tapi aku tetap sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannng Umi sebab diakan emak aku.

Umi aku hanya ada satu.

Dan aku sangat sayang Umi aku.Sangat.

Selamat Hari Ibu untuk Umi yang aku sayang dan cinta dunia dan akhirat.

*selamat hari ibu juga utk diri sendiri yg tak pernah beranak tapi selalu ingat aku adalah emak kepada budak ini...

Arysha Hadhirah

aku adalah emak yang tidak melahirkan dan menyusukan dan membesarkan tapi menyayangi Ary dengan sepenuh hati dan sepenuh kasih sayang.ewah dah boleh kahwin dah aku ni esok.muahaha.*walaupun korang rasa Amani dalam Adamaya tu lagi comel dan best tapi budak ni seratuslapanpuluhtujuhribuempatbelas kali lagi comel dan lagi best dari Amani tuh.haha.


seperti tahun-tahun sudah tidak ada hadiah hanya buat ucapan pendek melalui sms.i love you,mom.bai.

0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei