Sunday, January 24, 2010

Uitm tetap di hatiku!

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, January 24, 2010
Jika kamu bukan pelajar Uitm Shah Alam yang memandu kereta untuk ke kelas dan bukan pelajar FSPPP kamu patut bersyukur...




parking lot depan Fakulti Kejuruteraan.sangat rezak dan nazak.setiap hari kena pergi kelas awal untuk berebut parking.kalau lambat memang kena block kereta orang lain lepas tu tinggalkan nombor telefon supaya tuan kereta yang kena block tu boleh call kau utk alihkan kereta.x pun letak je gear dekat N dan jatuhkan handbreak nanti pandai-pandai la tuan kereta yang kena block tu tolak kereta kau.kalau kau malang lupa nak buat semua kat atas ni memang kaw-kaw la kau kena maki.sangat sadis bukan.aku harap Dato' S dapat buat lawatan ke tempat parking kereta ini dan tengok sendiri 'penderitaan anak-anak' beliau yang kaya-raya semua nak bawak kereta sampai parking jadi macam ni lalu buat rule baru pelajar x dibenarkan bawa kereta.eh takkkkkkkkkkkk...parking kereta untuk pelajar diluaskan lagi.*beranganlah kau Dato' S nak buat macam tu.*






dari bahagian atas dan juga bawah.kalau kamu rajin kira la berapa jumlahnya....

ini namanya Tangga Kejayaan.aku pun tak tahu siapa yang letak nama tangga ni.dulu aku xpayah panjat sangat tangga ni tapi sekarang setiap hari kena panjat.tsk tsk tsk.tengok gambar pun dah tahu sangat amat tinggi.eceh hiperbola.jumlahnya 92 buah anak tangga.itu baru naik,dah naik takkan la tak turun jadi setiap hari aku naik dan turun 184 buah anak tangga.walaupun tak setinggi tangga di Batu Caves tapi aku sangat menderita.penat okay.PENAT.dah elok-elok aku mandi pakai cantik-cantik sembur perfume semua untuk pergi kelas,lepas panjat tangga ni semua itu hilang digantikan peluh dan busuk.benci.dan setiap hari perlu memotivasikan diri sendiri untuk panjat tangga ni-'boleh bakar lemak kau ajie.boleh kuruskan badan kau ajie.nanti paha kau jadi kecik ajie'.do you think its work?haish.

agak-agak kalau aku suggest dekat Dean untuk tukar tangga ni kepada eskeletor beliau terima tak?muahahahahaha.


2 'penderitaan' ini akan terus mengekori aku sehingga hujung bulan November nanti.jadi terpaksalah aku bersabar untuk setahun ini.terima kasih kepada Uitm kerana tanpa cara drastik mereka menghabiskan duit dengan memasang palang automatik seperti di shopping complex di setiap entrance fakulti aku x akan melalui semua ini.Uitm di hatiku.bye.


p/s: selepas ini bila assignment presentation kuiz test dan homework berlambak-lambak mungkin akan berblogging seminggu sekali sahaja.tsk tsk tsk..

0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei