Tak habis lagi bulan November haha okay ni last.semua minggu gembira sudah berakhir.sepatutnya minggu terakhir November berakhir dengan gembira sebab wedding Chaied.semua orang balik Kelantan.aku juga tapi pengakhiran untuk aku bukan di wedding Chaied.sobs.
Sebabkan hanya balik weekend untuk attend wedding Chaied so decide nak balik dengan flights,returns-sebab takut penat sangat balik dengan bas.and everything was okay sampailah hari nak balik.thought of nak suruh abah hantar sampai Bangsar sebab nanti blh naik lrt ke KL Sentral satu station je then amik bas ke LCCT,akan sempat tapi kakak tak bagi takut abah tak tahu jalan nak balik Shah Alam.so abah hantar sampai KTM Padang Jawa je.
Masa tu sebenarnya aku dah cuak dan expect something bad might happen tapi bertenang dan buat-buat cool je.tunggu train nak ke Kl Sentral aje dah berapa minit then dari Padang Jawa ke KL Sentral pun dah setengah jam dah nak dekat pukul 10pagi.flight pukul 11.20pagi.sampai KL Sentral terus meluru ke kaunter ERL beli tiket ke Salak Tinggi nak naik bas yang terus ke LCCT memang takkan sempat.
Se-express ERL pun 1030 baru sampai Salak Tinggi lepas tu naik bas dengan nak tunggu semua orang naik nak penuhkan seat dan isi bahagian luggage lagi adalah dalam 10minit.aku memang tak senang duduk dah macam cacing kepanasan dah.sampai LCCT pukul 11 tengok di board gate dah tutup.masa tu rasa kosong dan tak tahu nak buat apa.berdiri di tengah-tengah balai tu macam aku sorang je ada kat situ tapi sempat call Nikun bgtau dia.apa aku nak buat apa aku nak buat.tapi Nikun is quick.dia cakap pergi lari masuk ke boarding gate sempat lagi sebab aku dah check in masa tu rasa harapan hidup balik.
So aku potong semua que masa check tiket dan rush encik polis tu tapi terkandas jugak masa check imigresen sebab ramai orang que yang tu memang tak boleh potong sebab aku pun ada beg.bila dah siap terus lari pergi gate yang memang dia dah tutup.tanya jugak staff kat situ kalau dorang boleh tolong lepaskan aku masuk.dorang try communicate dengan orang dalam flight kot tapi plane dah tutup pintu so memang dorang tak dapat tolong.masa tu betul-betul rasa kosong dan rasa dejavu macam pernah berlaku kejadian seumpama ini.nasib baik aku tak terjelepuk depan boarding gate tu dan menangis sekuat hati macam dalam drama.
Staff di boarding gate suruh tanya kaunter pertanyaan kalau next available flight ada lagi or boleh letakkan aku dalam mode standby untuk next flight tapi staff di kaunter pertanyaan cakap tak boleh.lepas tu aku keluar pegang tiket flight berjalan mundar-mandir tak tahu nak pergi mana.masa tu memang dah start menangis dalam baju kurung dan wedges.okay everyone sila bayang sekarang.
Lepas tu call Nikun bagitahu dia memang tak boleh balik dia pun speechless.Nadia dengan Sue pun.Nadia dah ada di Kelantan while Sue tak balik.dan dialah yang selamatkan aku.gila-gila menangis dalam surau sampai semua orang tengok aku dah tak peduli sampailah Sue dengan husband dia Padel pergi amik aku di airport.bawak aku balik rumah dorang sebab aku memang tak nak balik rumah nanti lagi teruk kena bebel dengan umi dengan abah sebab tiket flights both burned macam tu je.
Ahad petang barulah Sue hantar balik Shah Alam lepas aku dah okay.jadi itulah kali ke 2 terlepas flight selepas kejadian sama di Seoul.bezanya international dengan domestic flight.so i have experienced both.haha.moga takkan berulang lagi.huhuhu.
Walaupun dah 2 kali kena tinggal dengan AA tapi AA tetaplah official flight aku.okbai.
Kalendar cuti sekolah 2015
10 years ago
0 heart said:
Post a Comment