Friday, October 21, 2011

besties i miss...

love and huggies by goodgirlgee at Friday, October 21, 2011
Kadang-kadang bila kakak tak ada kat rumah dan aku tinggal seorang diri aku akan mula rindu dengan ex-housemates juga best-buddies selama 11 tahun ni,Nik dan Sue.sebelum kembali duduk dengan kakak,kitorang bertiga duduk bersama.setahun.cukup-cukup setahun then dorang pindah sebab i have to stay with my sister.maksud aku kakak pindah masuk dorang kena keluar.aku malas nak explain kenapa,there's a reason.

Aku rindu Nik dgn Sue sebab dorang pandai serta rajin masak jadi dorang selalu masak.aku yang tak berapa nak pandai ni tukang makan jelah tapi aku tolonglah jugak.kacau dan senduk mana yang perlu.kekekeke.aku paling suka nasi goreng Sue.first time dia masak nasik goreng untuk breakfast dan dia tinggalkan note untuk kitorang berdua makan sebab dia dah blah pergi kerja.sedap gila dowh!dorang berdua kadang-kadang macam kekasih,lepas masak letak masakan atas meja dan tinggalkan note supaya aku makan tapi sekarang semua tu dah tak ada.

Aku rindu Nik dgn Sue sebab kitorang selalu makan sama-sama sambil bergosip.nasi dengan telur goreng pun dah sedap gila bila makan bertiga lepas tu mulalah cakap,"sedih gila kita bertiga neh,makan nasi dengan telur goreng je".kemudian gelak.tapi sekarang semua tu dah tak ada.

Aku rindu Nik dgn Sue sebab selalu bila aku balik kerja dorang berdua atau salah seorang akan ada dah duduk melepak tengok tv di ruang tamu.kemudian aku akan terjah dorang dengan segala ketidakpuasan hati aku tentang tempat kerja.dorang pun sama especially Nik sebab bos dia psiko.kitorang selalu mesti akan bergosip dan bersembang dulu tentang apa sahaja sebelum tidur.tapi sekarang semua tu dah tak ada.

Aku rindu Nik dgn Sue sebab kadang-kadang kitorang akan buat benda spontan macam kelaparan di tengah malam,okay jom keluar makan sekarang.ataupun tiba-tiba rasa nak makan McD,okay pakai hoodies dengan kain batik jom pergi drive-thru sekarang.ataupun tiba-tiba rasa bosan,okay jom pergi tengok wayang.tapi sekarang semua tu dah tak ada.

Aku rindu Nik dgn Sue sebab kitorang semua Kpop lovers.oh,Sue tak.dia layan Kdrama je,Kpop tak layan jadi kitorang akan tengok drama macam 49 Days atau variety show macam Running Man atau music program macam Music Bank dengan bersungguh-sungguhnya.especially kalau tengok Running Man dan 2Days 1Night dengan Nik kitorang akan gelak macam orang hilang akal lepas tu Sue pun akan gelak sekali sebab dia nak tergelak tengok kitorang berdua gelak.kitorang bertiga akan bertepek depan tv dengan pelbagai aksi.tapi sekarang semua tu dah tak ada.

Aku rindu Nik dgn Sue untuk semuanya.sekarang semua tu hanya tinggal kenangan.semunya sudah berubah.hahaha macam dalam drama pulak.let's stop here nanti aku menangis pulak.i'm just saying but i really did miss them.dorang mungkin tak tahu dan tak rindu aku pun dan tak ingat pun semua kenangan kitorang tuh,tak apa aku tak kisah.aku memang suka rindu orang tak semena-mena.okay,bye.


p/s:setahun tinggal bersama,satu gambar pun tak ada.sadis!

2 heart said:

Chaied on October 30, 2011 at 6:01 PM said...

pegi lah melawat mereka..tdo di sane time weekends.. :)

nich_1807 on December 8, 2011 at 5:41 PM said...

maceh..yg sbnaryer kami pom windu banget sma kmu..sumtyms ak n sue pom duk borak2 lepak2 duk tringt ko mg..seyes n xtpu..huhu..xmola story pjg2 t touching muchy plops..hahaha..pape pom mehla jale umah ak d tgkat 5 ntym tp inform dlu tkut xdop d umah..kekeke..mis u buddy....xoxo

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei