Isu berbangkit semenjak-dua menjak ini adalah aku yang sudah jarang stayback sekarang dan kenapa tak buat OT hari Sabtu?ia cuma soalan biasa oleh kakak-kakak yang concern pasal aku tapi kalau sudah beberapa kali tanya benda sama ia adalah annoying.kalau tak tahu maksud annoying pergi belek kamus.
Prinsip aku dalam bekerja ni senang je.aku kerja 5 hari seminggu Isnin hingga Jumaat,8.45am hingga 5.45pm dan sepanjang 5hari tu aku memang bekerja dengan berlumuih-tungkuih tak ada mengular buang masa hisap rokok di tangga,tak ada okay!jadi sebaik sahaja aku melangkah keluar dari office pada hari Jumaat tu,aku akan melupakan semuanya tentang kerja.semuanya.aku akan bebaskan otak aku dari bebanan kerja walaupun ada kerja tak siap.aku hanya akan kembali fikir pasal kerja pada Ahad malam tatkala mengseterika pakaian ke office esoknya.Jadi,Sabtu dan Ahad aku akan berhujung minggu.nama pun hujung minggu,kenapa nak suruh-suruh orang pergi kerja pulak.Sabtu dan Ahad adalah masa peribadi aku,jadi suka hati aku nak buat apa on that day.aku dah habiskan 5 hari kot untuk kerja.
Walaupun aku sangat suka duit tapi aku lagi suka hidup aku.aku takkan buat OT on Sabtu just to make more money,melainkan terpaksa.hihihihi.aku lebih rela duduk di rumah tak buat apa-apa daripada pergi kerja.ia adalah masa untuk diri aku.kalau aku tak bertegas begini maka aku juga takkan punya life seperti kebanyakan mereka yang bekerja like 7 hari seminggu.Isnin-Jumaat dah memang kerja,Sabtu dengan Ahad pun datang kerja lagi?gila!
Kalaulah aku boleh explain seperti ini kepada mereka yang concern itu tapi disebabkan aku seorang yang baik maka aku bagi alasan mudah jelah.senyum.dan hanya meluahkan ketidakpuasan hati pada Niza sahaja.mungkin mereka sedikit memahami sebab rumah aku jauh di Shah Alam,nak datang KL on Sabtu agak leceh.bagi aku,janganlah kerana kau rajin masuk office on Sabtu kau harap semua orang akan masuk office jugak on Sabtu.setiap orang ada komitmen yang berbeza.kalau kau rajin snagat kau buatlah,aku MALAS.bahaahahaha,itu sebenarnya alasan aku.
okay ini adalah penutup untuk Oktober,dah bye!
Kalendar cuti sekolah 2015
10 years ago