Saturday, August 21, 2010

dah ramadhan ke?!

love and huggies by goodgirlgee at Saturday, August 21, 2010
Dah seminggu,eh tak dah lebih seminggu ramadhan.hari ni masuk hari ke 11 dah pun.aku pun tak perasan dah 11 hari puasa,macam cepatlah pulak.tak terasa pun puasa.wah,kan bagus kalau hari-hari sampai raya macam ni tengok-tengok esok dah raya.padahal kelas pack gila sampai pukul 6 petang setiap hari dengan nak memanjat Tangga Kejayaan bagai mental dan fizikal perlu sangat kuat,nampak tak apa yang cuba aku sampaikan?okay aku pun tak tahu apa yang aku mencarut.oh,puasa tahun ni adalah lebih best dari tahun lepas sebab tinggal dengan kekasih-kekasih yang suka memasak lepas tu selalu masak untuk aku.aku tinggal makan je.syurga weh syurga!bukak puasa pun makan sodap,sahur pun makan sodap!apa lagi yang aku nak,heh kalau korang lelaki dah lama aku masuk meminang.terima kasihlah kepada mereka berdua ni...




NICKHUN
tukang masak utama yang setiap hari masak untuk aku.



SUSHI
tukang masak tambahan yang baru sekali kot masak kat rumah masa bulan puasa ni.itupun weekend sebab weekdays beliau kerja.



p/s:gambar tak nak kalah nak menunjuk diri pandai makan guna chopstik.muahahahaha.

walaupun tinggal kat Shah Alam yang ada masjid Sultan Salehuddin ke amenda entah nama dia yang selalu jadi tempat shooting drama atau videoklip nasyid tu tapi aku hanya pergi terawih kat Surau Baiduri sahaja.jalan 5 6 langkah dah sampai,kan senang!kadang-kadang kalau malas aku buat kat rumah je,tapi ni tak elok sila jangan tiru.berjemaah itu lebih afdal,ewah!nah hameklah gambar penutup
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

balik terawih terus gedik nak amik gambar.whatheshrek.


p/s:tapi tak best Surau Baiduri tak ada moreh jadi habis terawih terus balik tak boleh pergi berebut moreh.

0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei