Monday, October 21, 2013

weekend wander~looking for SiHae!

love and huggies by goodgirlgee at Monday, October 21, 2013 0 heart said
Gigih kelmarin heret Sue,Mawar dan Amal pergi Setia City Mall semata demi Kyochon eh bukan lebih spesifik demi Super Junior.macam biasalah aku demi siapa lagi nak cakap demi anak,anak pun tak ada lagi.gerak pukul 1 tengahari dari Shah Alam sebab tunggu princess Amal yang lambat lepas tu pergi lunch dulu dekat ofis baru almost pukul 2 jugak baru sampai Setia City Mall.nasib baik cuaca cloudy jadi tidaklah terbakar gemok dan kawan-kawan dek sinaran matahari.pukul 2 kot panas gila lagi.tapi sebaik kitorang siap register hujan turun rintik-rintik.hukalos.

Main reason pergi benda alah ni macam aku cakap kat atas sebab SJ.dorang adalah ambassador Kyochon dimana Kyochon ni baru nak dibuka di Malaysia so dorang macam promolah dulu kot di event ChurpChurp13 ni.event yang sebenarnya adalah ChurpChurp2013.kira Kyochon ni part of this event.ada jugak booth-booth lain selain dari Kyochon tapi haruslah aku pergi Kyochon dulu.beli ayam RM10 untuk dapat 5 ketul ayam yang sedap gilos dalam paper bag SJ.bak kata princess Amal,"itu je sebab kita datang?",baik kau diam dahla kau lambat orang janji 1130pagi pukul 1petang baru sampai.heh.

Dah dapat apa yang dimahukan baru boleh pusing tempat lain.ada booth fashionista jugak.sempatlah lalu booth Sazzy Falak dan nampak jugak beliau tapi tidaklah untuk aku nak pergi "Kak Sazzy boleh kita bergambar?"ohhoo opkos not.dengar-dengar ada booth fashion HZ jugak tapi tak jumpa.oh masa pergi beli ayam Kyochon tadi tak nampak pun standee Siwon dengan Donghae aku dah macam oh dah ada orang menang ke standee tu sebab Kyochon cakap standee tu adalah giveaway jugak.gila kau kalau menang standee Siwon tu hari-hari meroyan berdiri depan dia cakap sensorang.tapi lepas pusing booth lain dan kembali ke booth Kyochon sekali dorang baru bawak keluar balik standee 2 ketul tu.mungkin tadi dorang simpan kejap.ha apa lagi menjakunlah kat situ snap gambar tak hingat macam kau sorang nak amik gambar.

Dah habis meroyan kat situ baru pergi sembahyang zohor dalam mall dan sedang elok lepas tu hujan renyai-renyai.tujuan pergi event dah pun tercapai jadi apalagi marilah kita balik.lagipun bawak bini-bini orang tak boleh nak berlama-lama dorang ada limit time outing.tapi sebab awal lagi pergi lepak rumah Mawar dulu sebab dia nak masak spagetti.singgah Giant beli bahan-bahan carbonara then terus pergi rumah dia.lepak-lepak kat sana sampailah maghrib baru sedar diri nak balik ke sarang masing-masing.

Gambar meroyan ada kat bawah kalau tak sanggup nak tengok boleh blah sekarang.bajet ramai sangat baca belog kau ni,gemok




 baru sampai testing kamera.okay cantik.erkk...


 ChurpChurp register booth.dapat goodies dan cop di tangan,comel.

gembira sangat aih gemok.padahal nak paper bag tu je pun.


 lagi gambar gembira.thanks to mereka bertiga sanggup layan i.hihi.






 cop menunjukkan kau dah register di booth ChurpChurp tadi.dorang semua dapat star aku je cop biru.okaymaksuka.








 sebelum hujan renyai-renyai dan masuk solat dalam mall.posing dulu.


Sue dan Mawar.
bini-bini orang yg harus pulang sebelum maghrib.macam outing masa duduk asrama.comel laki uolls buat rule:D


 Sue.Amal.gemok.



 posing lagi dan lagi,heh.



okay dah habis gambar opening mereka berempat sekarang mari tengok gambar meroyan pulak.juga mereka berempat dengan kelebihan diberikan kepada tuan belog.agagagaga...


 Donghae!
nampak tak standee Siwon kat dalam?dengan tak malunya aku pergi mintak dorang keluarkan standee Siwon jugak.oh ada aku kisah nak jugak gambar dgn Siwon.

 SiHae.baru standee.*fengsan*


 nakkkkkkk jugakkk!
sebab dorang sokong penglibatan aku dalam dunia meroyan jadi aku bagi can,hahaha.


 ^_____________^
balik tunjuk kat laki uolls ni laki Ajie.handsomekan laki dia,bang?PANG!

 with Donghae.ahaks!


these two.who should i choose?:p


tadaaaaaaaaaaaa!tinggi sangat aih ko pakcik.


 rasa nak angkat bawak balik rumah.sobs pokcik!


 errrr..flying kiss bagai ditempat awam.haippp!


 kotak ayam tak sanggup nak buang lepas makan.basuh dan simpan.boleh?


inilah ayamnya.ada 3 jenis tapi aku amik yang spicy.memang pedas dan sedap!
5 ketul-RM10.kecil je tapi aku rasa worth it la,padan dengan brand dan ambassadornya.

spagetti carbonara by Mawar.delicious!



Sekian weekend saya yang cukup bermakna.yucks!sebab Kyochon ni memang sedap jadi ia mungkin mendapat tempat di hatiku.grand opening adalah bulan depan di OU.dengar-dengar the boys akan attend tapi tak tahulah.jadi tungguuuuuuuuuu!harap Kyochon buka di SCM juga jadi boleh aku pergi lepak situ selalu dengan Mawar.hohohoho.

bai.

Thursday, October 17, 2013

life.love.laugh#22

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, October 17, 2013 0 heart said
Officially unemployed.ohhh apakah?jangan risau mak bukan kena buang kerja ye nok,cuma resign dan dah dapat kerja baru pun tapi start minggu depan so minggu ni kira unemployedlah.kkkkkk.akhirnya selepas 2 tahun setengah berjaya jugak aku keluar dari dunia Insurans.ingatkan aku akan menderita dalam industri ni sampai pencen.keluar industri insurans masuk pulak dunia construction.dunia baru ni tak tahu lagi macam mana tapi try jelah dulu.kita tak tahu selagi tak try.masa masuk Etiqa dulu pun aku tak tahu apa-apa pasal insurans tapi redah je jugak.sekarang pun macam tak tahu apa-apa jugak tapi mari kita cuba.moga ianya lebih baik dari insurans kurang sikit stress dan dipermudahkan Allah.dan sekarang dah ada Mawar so mungkin rasa lebih baik kot,dekat kerja lama i tak ada kawan okay pergi lunch sorang-sorang nampak sangat pathetic.

Dengan jalan baru yang aku pilih ni moga Allah tunjuk yang terbaik dan bertahan lama sikit.fighting Ajie!uolls doakan iolls jugak okay.thanks,bye.

Sunday, October 13, 2013

September synopsis^^

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, October 13, 2013 0 heart said
October finally!waaaaahhhhhhh its really a long time,hi people!gitewww macam retis sangat.baru teringat ada belog.bahahaha okay tak,mari mula synopsis untuk September.September tak banyak sangat events,seingat akulah.lets see what happen!^^

Last 2 weeks pergi Inspiring Korea Festival di Pavillion dengan Nadia dan Amal.nampak pada promo macam sangat gah dan meriah dengan pelbagai booth di buka tapi bila pergi ceh tak seperti yang di expect.adalah few agencies travel punya booth.and masa kitorang sampai baru nak start competition Kpop Dance.alang-alang dah sampai so kitorang pun stay jelah tengok.seronoklah jugak.aku memanglah suka benda-benda macam ni,agagaga dan budak 2 ketul tu pun layan je so kitorang tengok sampai habis.lepas habis event patah balik pergi KLCC untuk sembahyang zohor.then lepak-lepak kejap lepas tu balik.macam tak berbaloi sangat je dah la first time masuk Pavillion.tapi memang tak boleh nak berlama-lama sangat sebab family datang KL so tak boleh balik malam.hehehehe.tapi yang tak tahan boleh posing dengan tak malunya depan kedai Moo Cow aiskrim tuh.selca pulak tuh.bahahahahaha.








 aku seorang je yang layan Kpop tahap tak sedar diri.2 orang ni layankan aje aku.thanks girls!

 Amal+Nadia

 Nadia+gemox

 gemox+kurusAmal

Walaupun dah 4 bulan tinggalkan Etiqa tapi kitorang punya bond still strong.benda wajib yang harus dibuat adalah monthly meeting dengan anak-anak banyak bunyi 3 orang tuh.ia memang wajib,since Jun kitorang memang tak pernah miss jumpa.so bulan ni macam masa buka puasa jugak plan nak jumpa di Murni tapi sekali Murni tutup.so kitorang dah terkial-kial tak tahu nak pergi lepak dekat mana.sebab dah dekat dengan Sunway Pyramid pergi jelah sana.masuk SP pun tak tahu nak makan dekat mana.owh kitorang janji for lunch date sebab tu cari tempat makan.last-last sekali masuk Fullhouse.kecuali Yan,kitorang bertiga memang first time masuk situ so agak obvious kitorang punya jakun,bahahaha.






order Clam Noodle apa benda entah nama dia tapi sekali datang megi siap dalam periuk lagi servenya,ha amik kau.heh hampeh tak sedap!telan jelah jugak dah makanan mahal.


Dan one of the best thing happen di hujung bulan September adalah announcement Super Show 5 di Malaysia.bagi fans biasa mungkin ianya nothing tapi bagi ELF ia event yang sangat penting.sangat.2 tahun okay kitorang tunggu SS ni lepas tu bila dah masuk dalam list tak confirm pulak lepas tu bila dah betul-betul confirm kena postpone tak tahu organizer segala bagai pulak,memang hidup dalam ke-nervous-san ELF Malaysia.gitewww campur BI-BM pun comel.sampailah finally organizer tampil buat announcement memang confirm ada dan 2 hari lepas tu terus launch tiket.gila tercungap-cungap ELF belum habis terkejut concert memang confirm terus kena korek tabung dan berkejar pergi beli tiket 2 hari kemudian.tapi ELF,nothing they cant do for SJ.^________^tiket aku?of course dah setel tanpa perlu pergi que panjang di Paradigm,hehehehe....tunggu hari concert je sekarang,counting days.

Itu je kot apa yang berlaku sepanjang September,tak ingat sangat biasalah dah tua.heeeee.ada few aktiviti lagi kot tapi aku lupa.okaylah will come back for October synopsis.hahahaha buat sinopsis terus sekarang jimat 1 entry je sebulan.jumpa lagi few weeks later,beboi.

 




Sunday, October 6, 2013

August events^^

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, October 06, 2013 0 heart said
Macam dah lama..bukan macam lagi dah tapi memang dah lama tak hapdet belog.bulan Ogos dengan Sep memang tinggal terus,bahaha.kasihan kau belog,gemok busy sangat tak ada masa nak meroyan kat sini.kkk.tapi hari ni terajin pulok.okay hari ni nak buat sinopsis apa yang berlaku bulan 8 jelah,bulan 9 punya nanti next entry,mungkin lepas-lepas ni kalau rajin atau 11 nanti.
 
Banyak jugak event masa bulan 8 tapi i hapdet yang mana ingat jelah.first of all bulan 8 hari tu adalah hari raya,memang jarang aku nak hapdet hari raya di belog sebab semua
orang pun sibuk makan tak ada orang nak ambil gambar.adalah few.raya tahun ni tiba-tiba dapat arahan dari pihak atasan kena buat spagetti carbonara untuk menu 1st day raya,amboih kemain mengarah mam besar.sebab itu je kebolehan aku dalam memasak maka tak ada hal,kita buat.dan tak sangka ianya habis,bahahahaha.tahun ni tema baju raya adalah colour merah bata tapi mata aku nampak macam coklat.dan hanya baju kurung biasa
tak ada nak retis sangat macam dulu-dulu.masa muda-muda dulu baju raya lagiiii bergaya sakan,baju kebayalah kebarunglah manik sana sini alas bagai sekarang simple-simple je mak dah tua tak payah nak bergaya sangat.hahahaha.






 spot my menu?^^




the whole family belah umi
 
red(left)~our family
red(right)~Pak Uda's family
blue~Cik Pah's family
purple~Su's family
 
*Cik cakapnak ambil gambar big family tahun ni takut tahun depan dah xdapat.andwaee!

Seminggu lepas raya ada konsert CN Blue-Blue Moon 2013 World Tour.mulanya macam 50-50 nak pergi sebab memang dah sengkek habis tapi aku pun tak tahu sebab apa keinginan nak pergi tu tiba-tiba jadi kuat so gigih jugak pergi menempel di stadium dengan Anis walaupun masa tu tak ada tiket.gila tak?memang gamble habis macam pergi konsert 2PM dulu,tunggu beli tiket di stadium.kitorang sampai stadium around pukul 5 lebih kot,then lepak-lepak dulu sambil tengok-tengok kalau ada orang yang jual tiket dengan harga paling murah tapi sampai kesudah tak ada.dekat-dekat konsert dah nak start kitorang masih tak ada tiket,aku dah mula give up dan kecewa dan panik jugakla sebab aku nak jugak tengok Jonghyun dan Yonghwa.tapi lepas tu taddaaaaaa!berjaya mendapatkan tiket dengan harga paling awesome dengan kepandaian Anis dan Nisa dalam price negotiation,hahahaha.
mula-mula pakcik tu nak bagi RM400++ untuk 3 tiket tapi kitorang berjaya bargain sampai dia tolak jadi RM340 untuk 3tiket,so deal!dengan tak tunggu lama kitorang terus masuk dan pergi sembahyang magrib dulu sebelum masuk enjoy CN Blue.as expected seat kitorang belakang VIP rasanyalah yang free seating tu tapi sebab seat semua dah penuh so kitorang pergi berdiri di bahagian depan,lagi dekat dari yang seat punya.first time eh bukan second time tengok CN Blue secara live.first time masa GDA.sebab aku tak tahu sangat lagu dorang cuma tahu few lagu  je so agak mengantuk tapi over all memang aku enjoy.daannnnn daripada Yonghwa bias bertukar kepada Jonghyun.hahahahahaha bukan senang nak tukar bias okay,Jonghyun malam tu memang sgeddkkudqmddioqkddw paham tak?bagus!
 



 Jungshin.

 Jonghyun-new bias.bahahaha

 Yonghwa-x-bias.bahahaha

 Minhyuk

















 banyak snap gambar pak cik ni sebab duduk side dia.






 fanproject.quite success i guess.good job Boice!






 end of concert~Jonghyun snap gambar members then dia pun masuk sekali bg kamera pada staff.itu handphone beliau,comel je case.


 as always my partner-in-crime kalau pergi tengok concert.girls that i can trust to get the best ticket!(:



Ogos juga merupakan bulan makan sampai pengsan memang tiap-tiap minggu ada open house sebab dalam bulan syawal lagi maka aku memang tak beragak dah makan.semua aku bantai.start dari rumah Yan sehari selepas konsert CN Blue bawak ke rumah Niza,Sue dan exec-exec BI minggu depannya,memang raya sakan!dan ia berterusan sampai habis syawal.open house wajib adalah open house Naimians,hihihi ini memang event wajib setiap tahun.tahun ni buat di rumah Dewi dengan gabungan 3 mommies-Dewi,Sya
dan Buchik dorang buat masakan heavy manakala yang lain-lain bawak potluck.memang seronok berkumpul dengan dorang,semua cerita dan gossip kitorang buka-layan anak-anak yang makin  membesar-the hubbies juga makin close.next eventtt please,Naimians!













 Yan's~makan laksa kek coklat basah dengan nasi impit.delicious!







Niza's~makan bihun goreng ayam masak merah dengan apa lagi entah lupa.
 
tak sempat snap gambar rumah Sue sebab rush nak pergi rumah Niza.rumah Sue makan nasi minyak dengan apa entah satu lagi heavy menu.super delicious jugak!
 

the bachelors.dah tinggal sikit.huwaaaaaa!






 our big family.more babiesssss coming!eh?haha.




sporting daddies and their boys!thanks guys sebab layankan je bini korang dengan kawan-kawan sengal dorang.hehehehe...

 Nadia and my boy Adam.hikhik.marah Sya nanti mengaku anak dia anak aku.

 the mommies.

siap tapau bagai bawak balik.macam ni ke pergi open house?Naimians Style.ahaks!



Eh ada satu lagi!bulan 8 ni memang sangat sangat sangat ditunggu oleh ELF sebab selepas 2 tahun kitorang menunggu, 2 tahun hokay akhirnya yeaaayyyyy Kim Heechul kembali ke
pangkuan kitorang,wahh gitu tak payah nak drama sangat.macam cepat je 2 tahun kan?tak sabar tengok dia kembali perform dengan SJ members.Heechul seems lebih mature dan calm dan warm dari dulu dan nampak lebih gorgeous dengan rambut pendek,thats
a good thing!^^






ini je gambar dia yang aku ada lepas dia balik army.with Kangin.gorgeous owh rambut you.keep that hair,idiot!
 
Okay dah habis!itu sahaja apa yang aku ingat berlaku di bulan 8.rasanya bulan 9 tak banyak sangat events.nanti i hapdet okay.later,x apa tak payah rush sangat bukan ramai sangat pun nak baca belog ni,kan?hahahahaha.anyeong!





 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei