3rd day~3 December 2012
Wahhh cepatnya masa berlalu,dah hari ke3.Okay hari ke3 decide nak pergi Lotte World.Lotte World di Jamsil,agak jauh so kenalah gerak awal.sampai je terus pergi beratur beli tiket dan apa lagi,mari bergembira!
Oh,kalau ada yang tak tahu,Lotte World bukan hanya tempat beli-belah yang 'dutanya' Super Junior tapi juga ada theme park yang awesome habis!ada Indoor dan Outdoor games macam Sunway Lagoon.kagum dan jakun kejap sebaik melangkah ke dalam sebab ia sangat cantik dan luas!kitorang decide nak main Outdoor games dulu kemudia baru masuk dalam balik.pergi kat luar lagilah sejuk gila dan cuaca pun macam nak hujan.games pulak damn majoriti yang aku tak boleh nak main sebab ianya melibatkan putaran-yang-rasa-macam-nak-tercabut-jantung-dan-muntah-hijau.jadi aku tak main langsung.hahahaha.kecuali aku dengan Kak Yuni,the rest main 2 games je kot yang sempat sebab lepas tu dah hujan,kena masuk dalam.ada 2 games yang sama macam di Genting Highlands yang 2-2nya aku dah rasa di Genting dan ia umpama bunuh diri,jadi memang haramlah aku nak main lagi walaupun di Lotte World.ohh tidakk!ianya adalah Space Shot,Genting version kat LW panggil apa entah lupa dah dan jugak games yang macam kita duduk atas buai kemudian ia pusing 360darjah tuh,wohhhh pening gila okay!sudahlah dengan suhu yang sejuk gila lagi kau dipusing kena angin winter,okay enough ia sama dengan bunuh diri cuma kau tak mati.
Lotte World~Outdoor!
Welcome to Lotte World people!impressed.
game ni tak pernah nampak.Wave apa benda entah nama dia.memang dia pusing macam ombak.scaryyyyy!Nadia-Farah-Hanis-Bilah je yang naik.phewww.
Dah hujan terpaksalah masuk dalam,nasib baik jugak hujan maka aku tak perlu sejuk beku di luar tunggu budak-budak berani mati main semua games yang scary itu.rupanya di dalam pun mostly games yang pening-scary jugak.aduyaiii dah kenapa?kasihan mak bayar mahal-mahal apa je games yang boleh main.tapi kitorang tawaf jugaklah satu bangunan Lotte World tuh.tengok persembahan musical yang sangat comel-masuk tengok movie 3D yang scary gila-naik belon panas yang scary jugak,mak kan gayat-naik kuda yang berpusing tuh*tak tahu nama game ni*,aku rasa yang ni je aku boleh naik-naik cawan berpusing,yang ni aku ta main.
kanak-kanak sangat main benda-alah ni tapi ini je yang aku konfiden.hahahahaha!
looking for fun games tapi kenapa semuanya scary?shrek!
Solat kat dalam Rapunzel's Tower ni,itupun few people tengok pelik.sadis sangat nak solat tapi kewajipan haruslah diutamakan.
Belon panas juga adalah scary.masa nak naik kemain excited,tapi bila belon dah naik atas aku dah start cuak,nasib tak menangis nak turun balik je.aku duduk je kat dalam belon tuh,tak tengok pun kat luar apatah lagi kat bawah.semua gambar di atas taken by Hanis,bukan aku.
Ada skating ring macam di Sunway Pyramid tapi tengok dorang semua terror skating bukan macam rakyat Malaysia yang majoritinya berpaut di palang kat tepi,eksyen je lebih hahahahahaha.kat Malaysia pun aku tak pernah main apatah lagi di sini.owhh skating is not my thing.ahaks!:p
Dah habis main di Lotte World,gerak ke Myeongdong sebab nak pergi SPAO dan shopping.sebab aku dah pergi SPAO tahun lepas,maka tak adalah excited sangat nak pergi kali ni.tahu dah macam mana decoration dia.SM punya kedai,konpem-konpemlah mahal itemnya,so masuk tengok-tengok jelah.then jalan-jalan di sekitar dan next destination adalah Hello Kitty Cafe!
Nak cari HKC ni pun satu hal,walaupun dah bawak map siap-siap tapi sebab map pun confusing,maka lost kejap.dan macam biasa kalau lost kenalah bertanya,dan macam biasa lagi kalau nak bertanya mestilah Nadia dan macam biasa-biasa lagi mak cik ni mesti pergi tegur lelaki handsome yang stok-stok pandai cakap omputis sepatah-dua kata rupanya memang pandai cakap omputis.ha ambik kau,dahla handsome pandai cakap omputis pulak.haishh rugi tak grab buat boyfriend.
Atas kebersungguhan dan tak nak give up kitorang,tanya orang beberapa kali dan study map dengan gigihnya akhirnya jumpa jugak HKC,yeayyyyyy!
Seperti yang digembar-gemburkan,HKC memang sangat cantik,pinky sangat!even toilet dia pun.hikhik.sementara tunggu order siap,kitorang posing dulu.tengah excited bergambar tulah,diluar salji turun dengan lebatnya.untuk pertama kali dalam hidup aku tengok salji turun,the real salji yang memang turun dari langit,bukan salji buatan macam di Mines or I-City.bertambah-tambahlah excitednya macam nak meroyan dah aku kat situ.salji turun weh salji turun!bila balik dapat tahu yang malam tu adalah 1st snow untuk winter tahun ni.ohh sangat lucky.experience the 1st snow for the 1st time!
Makanan dan minuman di HKC ni,seperti yang di gembar-gemburkan jugak memang sangat comel dan tak sampai hati nak makan kalau tengok presentationnya tapi bila kau dah rasa,biasa je sebenarnya.tak adalah sedap sangat pun.kitorang semua beli waffle.waffle aku boleh tahanlah sedapnya tapi hot choco HKC memang tak boleh lawan hot choco DD.
mine and Hanis's.Choco Banana Waffle kot kalau tak silap,quite delicious.nyum!
my receipt.total in RM,RM26++ for waffle dan hot choco sahaja.
dah macam anak Dato' dah makan.
tak sedap pun habis jugak sebab lapar dan mahal,kenalah makan.
Dah kenyang melantak,marilah pulang.balik sebelum pukul 10 dan macam biasa sebab masih awal sampai di area guesthouse,singgah beli hot choco di DD dan makan odeng.hahahaha,addicted!dan malam itu juga salji turun dengan lebatnya.berakhir hari ke3.hari ke4 pergi mana?tunggguuuuuuuuuuuuuu!!(:
*anyone nak pergi HKC,naik subway turun di Honggik University.line dan exit lupa.hahahaha.
*anyone nak pergi Myeongdong,kalau dari Hyewa,naik subway line 4 turun di station Myeongdong,exit 5.dari Hyewa hanya 3 station ke Myeongdong.
*tiket masuk Lotte World kalau tak silap 44000 won tapi untuk foreigner tourist dapat discount 20% rasanya jadi 28ooo won.dan dia ada pakej-pakej dia,aku dah lupa.
0 heart said:
Post a Comment