1st day~1 December 2012.
Flight kitorang pukul 1250 am tapi gerak awal ke airport.lepas maghrib dah gerak dan gather di LCCT around pukul 945pm.aku dengan Bilah pergi dengan Nickhun.Nadia,umi dia yang hantar,Farah and geng pulak adik dia yang hantar,so kitorang just jumpa di airport.sebab dah check in awal,so kitorang tak adalah rush sangat,sempat lagi bantai makan KFC.masuk ke departure hall pukul 11 lebih dan lepak je kat dalam tuh sampai masa berlepas.walaupun excited tapi sebab dah midnight dan semua orang pun dah penat,masuk je flight semua terus tidur tak sedar diri dengan harapan bukak mata esoknya dah sampai Seoul.
bersungguh teh tidur!:p
Aku duduk dengan Nadia,Farah duduk dengan Bilah di bahagian belakang manakala adik Farah,Hanis duduk dengan Kak Yuni kat depan sebab dorang punya tiket tak sama dengan kitorang berempat.
Selepas 6jam lebih penerbangan,akhirnya sampai Seoul!yeaaayyyy!sampai around pukul 8lebih,dengan muka busuk tak mandi tapi excited terlebih sebab dah sampai Seoul,keluar ambil luggage dan bersedia untuk rock the Seoul!gitewwww...keluar je dari arrival hall dah nampak nama Nadia Ilina Rusli terpampang di kertas besar,okay lawak sangat betul-betul rasa macam dalam drama yang bila engkau sampai dekat airport lepas tu driver yang kena ambik engkau gunakan kertas sebagai signboard sebab dia tak kenal engkau.dah nampak signboard tu,Nadia pun pergilah perkenalkan diri dia pada ahjushhi tu.kemain gembira lagi ahjusshi tuh.dah setel semua,he drives us off to our guesthouse,Inside Backpackers
Encik Penyu I pun dah sampai Korea,ko pernah?hiks!
ahjusshi taking our pix!safely arrived~
muka busuk budak-budak tak mandi!kekekeke
Sampai di guesthouse dah pukul 10lebih,aku tak tahulah ahjusshi tu bawak kitorang pusing-pusing Seoul dulu ke apa tapi sampai tertidur kitorang kat belakang sikit punya lama nak sampai.sudahlah tambang pun mahal,80000won.dah setel dengan guesthouse semua,kitorang relax-relax kejap sebelum perjalanan pertama bermula.mandi-lunch-solat dulu sebelum gerak ke Naksan Park dan Nandaemun Market,lokasi hari pertama.
Gigih cari Naksan Park sebab tak tahu exact place kat mana.cuba tanya few people tapi sebab language barrier,dorang pun tak tahu nak explain macamana kitorang pun tak faham yang cuba diexplainkan,maka sesat.bahahahaha.jumpa Seoul National University Hospital dulu tapi tak tahu nak melawat siapa pulok.bila jumpa Korean yang boleh cakap omputih dalam area hospital ni barulah tahu kat mana Naksan Park tuh.
benci kena panjat tangga,penat hokeyh!
inilah yang kitorang cari!tangga bunga-bunga dan dinding ada lukisan macam dalam drama Rooftop Prince dan 2D1N.
gigih hokay nak pergi tempat yang macam dalam drama.Kdrama sangat dorang neh!
we both had been there twice!so we know few places there,konon!
Nadia and Farah,my mates.hope we could go again with more 2US members!
meet this two guys singing freely there.nice voice!and theyre cute too!hiks.
Pusing-pusing Naksan Park sampai dah petang lepas tu terus ke Nandaemun Market.shoppingggggggggggg!!hari 1st dah shopping,amboih korang!
Pusing satu market tu jumpa balik kedai ahjusshi yang aku pergi tahun lepas.that ahjusshi boleh cakap melayu,memang excited sebab dia faham bahasa kita jadi senang nak berurus niaga.ahjusshi tu jual souvenier so kitorang banyak beli kat situ je.sebelah kedai ahjusshi tu kedai jual coklat-gulagula-jus dan ubat-ubatan macam tulah.ahjusshi kedai tu pun boleh cakap melayu sikit-sikit dan omputih jugak.masa aku tengah sibuk tengok souvenier di kedai ahjusshi ni sekali kawan-kawan dah lesap,mengagau kejap aku cari dorang.sekali dorang dah kena tarik masuk kedai ahjushhi yang jual gula-gula ni siap bagi minum jus panas bagai.nak menangis mak cari dorang tau!
Lama jugak dalam kedai ahjusshi ni sebab sibuk tawar-menawar,makan-makan dan sebenarnya nak avoid kesejukan diluar.kat dalam kedai adalah warm.
Ahjusshi sangat baik,akhirnya kitorang semua beli something dari kedai dia,pandai ko eh ahjusshi!then dia tolong snapkan gambar untuk kitorang.dia siap nak salam dan peluk lagi kitorang,OMG terlebih mesra alam pulok.gambar kat atas taken by my hp,masa aku bagi hp untuk dia snap,tiba-tiba dia lari dengan hp aku,terkanjat dowh aku terus kejar dia macam kejar perompak.lepas tu dia gelakkan aku.ko boleh bergurau macam tu dengan aku?sengal,hp tu nyawa aku okay!
Gerak balik ke guesthouse dah pukul 9lebih,masa tu market dah nak tutup.sempatlah kitorang borong few souveniers untuk orang Malaysia.balik dah penat,mandi-solat-dinner makan megi lepas tu plan untuk hari ke dua dan tidur.sakit seluruh badan tapi tidur mati jugak sebab selimut dia sangat tebal dan warm!
Second day pergi ke few places!till next entry...kekekeke!(:
*kitorang stay di Inside Backpackers,Sungkyunkwan.5minit berjalan ke Hyewa subway station.
0 heart said:
Post a Comment