Sunday, December 16, 2012

Super Asia Showcase~

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, December 16, 2012
Pejam celik pejam celik dah Disember rupanya.nak habis tahun dah.December is the best month out all of the months in 2012,for me!kenapa?silalah tunggu next next entry yang bakal menyusul.tapi entry ni pun salah satu sebab kenapa December adalah the best in 2012 walaupun patutnya sedih sebab dah December nak masuk tahun baru dah tahun depan dah 26.okay diam jangan remind umur sendiri.


 YES!because of them!

They come back after a year.even only SJM but i'm happy enough!check-it-out the whole story below.malas aku nak buat karangan SPM,buat point macam dekat U je,ok?kekekeke.

-Sebab hari kejadian adalah hari bekerja memang tak boleh cuti sebab dah cuti seminggu sebelum tu maka gerak dari office sebaik habis waktu bekerja.
-Naik train turun di Hang Tuah,ingat nak naik teksi je pergi KWC tapi tak ada teksi maka gamble ajelah menapak dan ia adalah satu pilihan yang tepat sebab jalan kaki lagi cepat dari naik kereta.jem gila!
-Sampai di KWC orang dah ramai dan fans pun dah ramai yang masuk.sebab dah janji dengan partner-in-crime Anis kenalah tunggu dia.Anis dengan Nisa belum dapat tiket lagi.aku dah cuak sebab dah dekat pukul 8 walaupun konsert konpem-konpem takkan mula tepat pukul 8 tapi tak ada spot baik ah untuk kitorang nanti.
-Bila dorang berdua dah dapat tiket,bergegas naik ke level 15.orang memang dah ramai tapi kitorang berjaya jugak terjah-terjah masuk sampai ke depan.okay tak adalah depan sangat.
-Konsert start dengan BTOB,dorang nyanyi around 7 lagu rasanya.sebab aku tak kenal sangat group ni maka tak adalah nak excited terlebih .cuma tahu lagu Insane,WOW dengan Father je.tapi this group much better than EXO-M.
-EXO-M nyanyi 4 lagu je kot dan aku tak tahu lagu apa kecuali MAMA.members pun cuma kenal Kris,so yang ni lagilah aku tak excited dan interest.
-Bila EXO-M dah habis fans semua dah menjerit-jerit,itu maksudnya tibalah masa SJM.dan adrenalin aku pun turut sama meningkat,bahahahaha.
-SJM nyanyi 6 lagu starting dengan Super Girl.macam biasa dorang memang awesome!berselang-seli talk dengan lagu.dorang main game dan pick fans questions juga.
-Salah satu soalan dari pick fans questions adalah kalau members adalah perempuan,siapa yang dorang nak jadikan teman wanita.soalan macam ni memang dah selalu dorang jawab.
-Starting dengan Ryeowook,dia pilih Sungmin tapi Sungmin pilih Kyuhyun.masa ni aku rasa Kyumin shipper memang dah meroyan habis.Kyuhyun pulak pilih Donghae dan Donghae memang foreverlah pilih Eunhyuk.masa ni Eunhae shipper pulak yang naik gila itu termasuklah aku,hahaha.YES IM A EUNHAE SHIPPER!ingat Eunhyuk akan pilih Donghae balik tapi dia pilih Zhoumi dan Zhoumi pulak pilih Ryeowook.akhirnya hanya Henry yang forever alone.
-Another question dari fans,adakah dorang nak stay lama di Malaysia.Eunhyuk jawab soalan tu kalau ELF sanggup stay dengan dorang,dorang akan stay lama.setiap seorang member akan nyanyi setiap hari untuk ELF sebab ada 7 members maka cukuplah 7 hari.jawapan pak cik neh...tahu aje macam mana nak bungakan hati ELF.
-Game pulak dorang main teka buah-buahan tempatan.mula-mula keluar buah manggis dorang dapatlah jawab.comel gila sebut manggis in Engrish.stok-stok Engrisshhh yang kiut!agagaga.lepas tuh keluar buah cempedak semua dah melalut.Henry cakap blueberry,Donghae lagi lawak cakap banana.Kyuhyun pun nak buat lawak jugak cakap strawberry macam kau tak kenal strawberry tu macamana.then ada few buah-buahan lagi yang dorang memang tak tahu buah apa sampailah last sekali keluar durian,Ryeowook dengan excitednya jawab dia tahu dan dia suka buah durian.auuuuu comelnya Wookie suka buah durian!
-Dorang cakap tentang comeback SJM juga.Donghae dah nyaris nak tunjuk dance step tapi nasib baik dorang yang lain sempat halang.amboih engkau,nak tunjuk dekat ELF Malaysia dulu ke dance step lagu baru SJM?
-Lagu last adalah Perfection.most ELF hafal fan chant untuk lagu ni dan fan chant kuat gila.this is what i love about ELF!dah habis ingatkan ada encore ke apa rupanya memang habis.hahahahaha.
-Bila dah habis,orang dah ramai berpusu-pusu ke lif,kitorang duduk lepak-lepak dulu.then nampak Baki Zainal bersembang dengan ELF kitorang pun nak sibuk sekali.Baki adalah sangat sweeeeettt.dia sangat humble dan friendly macam dah kenal 10 tahun padahal dia tak kenal pun kitorang.take few photos dengan dia dan dia siap nak salam lagi.ohhh kenapa kau hulur tangan kat aku Baki,aku tak nak salam dengan kau,kau ajnabi!ohh dah berdosa aku kat situ.sobs!
-Balik dah pukul 1115 dengan nak que turun dari parking lagi dah ambil masa setengah jam,akhirnya sampai rumah dekat pukul 1 pagi dan esoknya aku kerja.memang ting tong habis.semuanya demi Super Junior!


 Sisters~1st time kakak tengok konsert SJ,she must be impressed with ELF!heh,baru kau tahu betapa kuatnya ELF.

majority of the audience are ELF!the hall so beautiful with sapphire blue!
 








 during the game!





 so speechless to see Donghae as close as this,again!
he's really beautiful.seriously!




 Eunhae!Eunhae moments that night...i cant!shjdddudldoj

 the best part~Henry holding our country flag!oh so proud!


 Anis and her sis,Nisa are my partner-in-crime.
any concert dorang mesti pergi punya.kekekeke.




see?Baki sangat sempoi.seluar pun senteng.hahahahaha!
thanks Baki!

-Siwon tak ada sebab shooting drama King of Drama.nasib baik dia buat video message kalau tak konfirm aku tukar bias!you are lucky Mr Choi!ahaks.


That was the 1st and last time jumpa SJ untuk tahun 2012.they didnt come for SS4,nasib baik ada showcase ni makanya dorang still datanglah untuk tahun ni.so setakat ni since 2010,they never miss a year untuk datang Malaysia.dan tahun depan lagi untuk GDA!ouchh GDA,silalah menabung dari sekarang untuk beli tiket tahun depan.

see you in GDA!anyeongggggggggggggggggggg~

1 heart said:

Unknown on April 20, 2013 at 3:52 PM said...

Assalamualaikum!! I'm an ELF too. Baru je berkecimpung dengan Oppa2 hensem. Sangat jeles awak berpeluang gi konsert Suju. Hae-ssi memang sangat lawa kan!!

Anyway, salam kenal.

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei