Second day!excited nak start menjelajah Seoul tapi bangun lambat jugak,hahahaha.tidur mati okay dibawah selimut yang tebal lagi warm.around pukul 10 jugaklah baru gerak.First destination adalah Gyeongbokgung Palace.ohh dah pergi tahun lepas kenapa kena pergi lagi?palace dahla bosan.tapi sebab bawa 1st timer jadi pergilah jugak.its really feel like dejavu for me.masa jalan dalam terowong ke Gyeongbokgung Palace tuh ternampak macam satu society group ke committee ke hape entah,dia offer free guide untuk foreigners tourist di Gyeongbokgung Palace.kira macam dorang akan guide kita dan explain semua pasal palace-palace kat situ,dah kalau kau masuk je kat dalam dah sah-sah kau jalan sahaja tak tahu apa-apa pasal palace-palace yang ada kat dalam,macam yang aku pergi tahun lepas.hahahaha.sebabkan ianya free dan guidance pun in English so kitorang accept jelah.Tukang guidance adalah 2 orang budak macam kalau kat Malaysia ni yang baru lepas UPSR,seorang perempuan,Minji dan seorang lelaki,Peter.their English is quite good!tahu jelah Korean mana boleh speaking sangat,kalau yang dapat speaking tu memang dah hebat habis ah.
2nd day!a must picture.kekekeke
mari mulakan perjalanan dengan berjalan..
One thing yang aku respect sangat dengan Korean,dalam subway dorang either sibuk dengan handphone samada tengok drama atau main games,baca buku ataupun tidur je.tak ada macam rakyat Malaysia yang kalau masuk train habis semua penumpang dalam train tu dia nak gossip.dan juga ada seating yang memang dikhaskan untuk orang tua dan kanak-kanak macam dekat Malaysia jugak,walau betapa sardin sekalipun subway masa tu,orang muda tak akan duduk di seat khas tu walaupun masa tu tak ada orang tua.kalau kat Malaysia?siap berebut lagi dengan orang tua nak duduk kat seat tuh padahal dah sah-sah tu seat untuk orang tua.nampak tak perbezaan budaya dorang dengan kita?ha,okay itu je yang baik,yang buruk bersepah jugak budaya dorang ni.agagagaga.
Okay sambung pergi Gyeongbokgung Palace(GP)...
On the way ke GP kena lalu pintu ni.ini adalah pintu muda selamanya dimana kalau lalu melalui pintu ni kau takkan jadi tua,memanglah takkan jadi tua kalau lepas lalu pintu ni kau mati kena langgar dengan bas.mungkin itu maksudnya,hahahaha.aku dah lalu 2 kali kenapa wrinkle semakin banyak?PANG!jadi jangan percaya,lalu je tak apa.
Pullomun namanya.(:
call Siwon tapi dia tak angkat.damn pokcik tuh busy sangat!
entrance Gyeongbokgung Palace.
thanks to Peter the translator,payah nak dapat gambar kitorang full berenam.
gigih si Farah dengar explanation Peter pasal palace kat belakang tuh.
Sebabkan aku pernah pergi GP ni dan tempat bersejarah macam ni bukan favourite aku jadi aku agak kebosanan.hamboihh kau!tapi agak interested sebab Minji explain satu persatu tentang semua benda dalam kawasan palace tuh.palace ni untuk apa palace tu untuk apa.even ukiran-ukiran di dinding dan siling pun ada makna.tahun lepas pergi tengok je tak tahu apa-apa,sekarang dah tahu function-function palace kat situ.
Kitorang jalan dalam 2 group.short-explanation group oleh Minji-aku,Nadia dengan Kak Yuni dan long-explanation group oleh Peter-Farah,Hanis dengan Bilah.memang panjang lebar si Peter tu bagi explanation dekat dorang.sebijik-sebijik diterangkannya,budak bertiga itu angguk jelah.hahahaha.Minji explain ringkas-ringkas je,kitorang yang sibuk tanya itu dan ini.makanya kitorang yang sampai ke penamat dulu,kekekeke.
photos taken by Minji!:D
rehat kejap kesejukan.
Penamatnya adalah di tasik ni.dekat 10minit jugaklah tunggu group Peter,kitorang dah nak siap isi form baru dorang sampai.eh tahun lepas tasik ni beku dowh!
damn cold!
with Minji.a cute and adorable kid!(:
leader dorang.boleh cakap omputis okay tapi cubaan mengorat gagal!hahahahaha.
Keluarga Diraja.mintak lempang namanya ni.
little princess.ahaks!
Keluar je dari entrance ke gate besar kebetulan dorang tengah buat ritual untuk pertukaran shif pengawal istana.ala-ala zaman dululah.maka layanlah kejap.
This
is
Seoul,people!
gembira sebab jumpa tempat yang dalam drama City Hunter tapi tak ada pancuran air.
beautiful place!(:
Dah habis pusing GP,gerak ke Itaewon untuk solat dan makan.sementara tunggu aku pergi toilet yang lain berdrama.ceh!
bajet hot macam Kim Tae Hee.kekekekeke.
Byung Hyun oppa!terus meroyan kat situ.ouchh!mintak kaki..
*kat sini juga penggambaran Iris dilakukan.sama tempat dalam drama City Hunter.
kanak-kanak cuti ABC sempat bergambar dengan Korean students yang datang buat research kot di Masjid ni.Masjid Itaewon satu-satunya masjid di Seoul jadi ianya sangat famous dan ianya terletak di atas bukit,so memang kena mendakilah.tak apa,dapat pahala kalau nak pergi solat.
Subhanallah.(:
Selesai solat,bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Namsan Village Park di Myeongdong.konon nak pergi try pakaian traditional Korea,hanbok tapi bila sampai dah tutup.awal gila tutup padahal baru pukul 6 lebih kot.so lepak-lepak jelah kat situ kejap sebelum gerak ke Apgujong sebab adalah ELF 2 orang ni sibuk nak cari Kona Beans cafe dan SMTown,so yang lain pun terpaksalah ikut jugak.
wahh dari sini nampak Seoul Tower!
Seoul Tower on 4th day.
jakun habis sebab bila bercakap keluar wap.sibuk nak tengok wap.
orang yang ambik gambar je tak jakun sebab dia dah rasa tahun lepas.PANG!mintak kaki lagi.
the cold that i cant even stand.meleleh air hidung hokeyh!
tak dapat masuk,signboard pun okay.dah wajib kahwin neh.hahaha.
Maafkan kami.tapi kerana terlupa nak bawa map siap-siap,kitorang sesat.bukanlah sesat jugak,jalannya betul dah tapi tak jumpa that cafe sebab tak tahu exact locationnya kat mana.dah beberapa orang bertanya,most of them tak tahu Kona Beans kat mana,so dorang mostly tunjuk arah ke SMTown je.sikit punya lama jalan akhirnya nampak jugak bangunan SMTown,diseberang jalan.tak dapat jumpa artis,dapat tengok bangunan pun okaylah.sadis betul!tapi that 2 ELF tak puas hati sebab tak jumpa Kona Beans so dorang berdua,akulah tuh dengan Bilah pergi jugak usha-usha di kawasan sekitar sebab Kona Beans memang dekat je dengan SMTown manakala yang lain tunggu dekat exit subway jaga nak balik dah,hahaha.dan akhirnya pencarian gagal padan muka siapa suruh tak bawak map siap-siap.maka pulang dengan hampa,sudahlah penat seharian kaki pun sakit gila nak kena cari jalan balik lagi sebab tak larat dah nak jalan ke tempat exit subway kitorang keluar tadi so kitorang ambik je exit berdekatan.
tak adalah hebak sangat pun SMTown ni,tak padan dengan juta-juta keuntungan yang dorang dapat dari hasil susah-payah artis dorang.
Gigih cari Kona Beans dan SMTown sampai tanya polis bagai.wahhhhh polis dorang dah la muda handsome pulak tuh.meroyan kejap kitorang tapi kat belakanglah.gila nak meroyan depan dorang.that night was a bit lucky aku rasa sebab most of people yang kitorang tanya,okay sebenarnya Nadia yang tanya sebab dia boleh speak Korean more than me adalah lelaki dan handsome dan paling penting boleh speak English.okay meroyan lagi.dan polis dorang sangat membantu.walaupun dorang tak tahu SMTown tu kat mana tapi terus keluarkan Iphone dan cari map.aaauuuuu sweet sangat!nasib tak guide sampai depan bangunan je.hakhakhak.menyesal pulak tak minta no telefon.agagagaga.
heading towards SMTown lepas tanya two gorgeous Koreans!
sayangnya tak ambik gambar.grrrr!
Disebabkan gagal maka terus bergerak pulang.sampai area guesthouse around pukul 10 lebih sempat lagi singgah Dunkin Donut beli hot chocolate dan makan odeng dan teobboki tepi jalan,ala-ala Kdrama giteww.the jakuns tak percaya kat aku yang odeng dan teobboki tu boleh makan padahal aku dah makan tahun lepas,sekali bila dah makan ha ambik kau tiap-tiap malam nak bantai.
kalau nak pergi SMTown sebaiknya keluar ikut exit 3,lebih dekat.
kasihan depa kepenatan,thanks babes!:D
baca map,mencari jalan pulang.
DD
makan odeng dan teobboki demi menutup kekecewaan tak jumpa Kona Beans.sobssobs.
Then balik guesthouse,mandi solat dan prepare untuk hari ke 3,kemudian zzzzzz...next day ke Lotte World,Myeongdong dan Hello Kitty Cafe!also first time experience the snowy day.i mean the real snow!till then,anyeongggggggggggg.....^__________*
*Kona Beans adalah cafe kepunyaan TeukMinKyu.
0 heart said:
Post a Comment