Sunday, May 20, 2012

life.love.laugh.19#

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, May 20, 2012
Cuma terfikir.seharusnya aku bersyukur.sangat bersyukur.berbanding orang lain,aku mempunyai keluarga yang hampir sempurna walaupun kadang-kadang rasa awkward sesama sendiri.aku masih ada abah dan umi.siblings yang ramai.ada didikan agama pendidikan dan kasih sayang.ada saudara-mara yang tetap di sisi walau dikala susah.ada hampir semuanya walau dalam keadaan sederhana.

mungkin aku takkan terbuka mata dengan segala nikmat yang aku dapat kalau tidak melihat kepada kehidupan beberapa orang kawan.kelurga yang berpecah-belah,bergaduh sesama sendiri,bercerai-berai,dikenakan orang,masalah kewangan dan macam-macam lagi.mereka lebih susah dari aku.tapi mereka tetap meneruskan hidup dan tersenyum.tidak merungut dengan hidup yang telah ditakdirkan.

jadi aku yang punya lebih banyak kelebihan dari mereka seharusnya bersyukur lebih daripada mereka.seharusnya aku berhenti merungut dan mengeluh kerana ada orang yang lebih susah dan menderita daripada aku.

Terima kasih Ya Allah.

0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei