Friday, December 23, 2011

kerana seminit dua...

love and huggies by goodgirlgee at Friday, December 23, 2011
Tahukah anda?*macam tips kesihatan di kotak Koko Crunch*kerana seminit dua mampu mengubah hidup anda?*macam iklan berhenti merokok*.ia adalah seperti kerana seminit dua anda tidak memerhatikan anak kecil anda di shopping complex anak anda mungkin akan diculik dan anda akan kehilangan dia buat selamanya,kalau dia kena bunuhlah atau kerana seminit dua anda terlambat dalam sesuatu perkara anda mungkin tidak akan mendapat peluang kedua lagi.contohnya macam anda terlamabt seminit dua untuk mengejar kekasih yang akan berlepas ke luar negara kerana mencari parking kereta lalu sang kekasih terus masuk ke balai berlepas maka anda mungkin sudah tidak mempunyai peluang lagi untuk berjumpa dia,kalau kapal terbangnya terhempas dan dia terbunuh.sadis betul contoh okay tukar contohnya anda terlambat seminit dua menghadiri temuduga lalu penemuduga blah macam tu je sebab tak suka nak menunggu walaupun hanya seminit maka selamat jalan peluang nak kerja dekat company best!faham tak maksud aku?walaupun hanya seminit dua,effect dia boleh mengubah seluruh hidup kau.

Contoh lain adalah kerana seminit dua terlambat keluar dari ofis petang tadi sedangkan aku rushing nak balik tengok Music Bank Christmas Special sebab ada Super Junior menyebabkan aku terlepas bas walaupun dah bajet baik punya tapi kerana seminit dua itu.....terkebil-kebil tengok bas blah,damn aku nak balik pukul 5 tapi kerana terlepas bas kena tunggu next bas pukul 5.20 baru sampai dalam bas dah macam cacing kepanasan takut tak sempat sampai rumah sebelum SJ perform tapi alhamdulillah sempaaaaaaaaaaaaatttttt!!kekekeke okay contoh ni tak mengubah hidup aku pun.

Kesimpulannya walaupun seminit dua itu nampak seperti tidak bermakna apa-apa tapi yes dalam masa seminit dua itulah kita boleh kalah bola,kehilangan orang tersayang,tak dapat kerja dan aku kena tinggal dengan bas.besar kesannya bukan?okay bye.

0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei