Friday, March 11, 2011

life.love.laugh.#7

love and huggies by goodgirlgee at Friday, March 11, 2011 0 heart said
Macam tengah hiatus padahal setiap hari pun bukak aje belog lepas tu tulis 2 3 patah delete dan keluar.TAK, sekarang tengah buat karangan tingkatan lima 'PENGALAMAN SAYA MENJADI TEACHER'.baru sebulan jadi teacher macam semua benda buat kat sekolah pun aku nak tulis dan nak ingat lagi apa aku dah buat kat sekolah maka sampai sekarang tak siap-siap.budget tulis novel ke hape.itu belum lagi drama pergi negara Super Junior.APA?aku pergi negara SJ?eh kau tahu ke negara dorang kat mana?okay itu nanti.macam aku cakap hari tuh bila dah banyak sangat benda nak dicakap akhirnya diam.PADAN MUKA KAU BELOG!bye.

Thursday, March 3, 2011

Saya Seorang Teacher...

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, March 03, 2011 0 heart said
Percaya tak kalau aku cakap aku jadi cikgu?percaya tak percaya tak?APA?TAK PERCAYA?!tak percaya sudah.suka hati.tapi betul aku jadi cikgu tahu.okay lebih tepat lagi teacher.auuuu gedik nak show off gak.aku sendiri pun tak percaya macam mana aku boleh terjebak,eceh terjebak macam dah buat jenayah.

maksud aku jadi cikgu ni bukanlah bidang aku.dari dulu memang aku tak suka jadi cikgu.aku selalu cakap aku tak mungkin jadi cikgu.aku selalu cakap kalau aku jadi cikgu hanya ada 2kemungkinan;samada aku atau students yang akan menangis.tengok,akhirnya aku jadi cikgu jugak!okaylah CIKGU GANTI je tapi tetap ah cikgu kan?tetap ah pergi sekolah pakai baju kurung berkelakuan elok-elok kena mengajar anak orang sampai paham kan?sebulan je pun tapi macam banyak jugaklah bagi affect dalam hidup aku.konon!kesanggupan aku menjadi cikgu adalah semata-mata demi mengumpul dana ke Korea.dah pecah rahsia padahal tak cakap lagi hal pergi Korea.ingat aku nak ke jadi cikgu kalau tak kerana terpaksa kumpul duit nak pergi Korea.walaupun berapa sen je dapat sebulan tuh nak bayar tambang AirAsia pun tak lepas tapi memikirkan okay takat lepas nak beli souvenir untuk kawan-kawan dan bolehlah tambah sebagai working experience utk masuk dlm resume maka aku belasah je.kalau tak kerana Korea,tak adanya aku nak jadi cikgu,tahu!

mengajar pulak dekat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG,hah kau kenal ke?takkan?dapat pulak kelas hujung-hujung.2G.2D.4F.memang ah tak rasa nak menangis tapi macam,weh kelas hujung ni dowh apa aku nak ajar budak-budak neh.BM pun tak reti sepatah haram apalagi BI.eh aku tak cakap ke aku ajar subjek English?kekekke kan dah cakap tadi aku Teacher,makanya ajar BI,haish lembap!kalau sampai basic what where how is are pun diorang tak tahu,macam mana aku nak mengajar?sudahnya 4F memang aku tak masuk langsung so aku mmg tak kenal ah bebudak 4F,mintak maaf la budak-budak.2D dgn 2G aku masuk jugak tapi banyaknya suruh buat kerja sendiri instead of mengajar sebab aku tak tahu macam mana nak ajar diorang.explain dan bagi homework pun sumpah diorang tak faham dan tak buat.aku dah ah teacher yang baik,tak adanya aku nak jerit-jerit mengamuk suruh diorang buat kerja.sebab tu diorang pijak kepala,muahahahaha.

tapi aku rasa walaupun 2G kelas paling hujung tapi perangai bebudaknya lagi bagus dr kelas 2D.diorang tak adalah bising gila-gila walaupun aku tercongok duduk kat depan macam patung ke apa,tak main kat luar kelas bila aku dah pesan jgn main kat luar bila aku tak masuk kelas.diorang bising pun dalam kelas dan kat tempat sendiri.macam tak adalah bising sangat kot.attitude macam okaylah except for one girl yang nauzubillah memang aku rasa nak lempang je just diorang ni bo..okay xboleh cakap macam tuh,just diorang neh xpandai dan lembap.sudahlah begitu malas pulak.pergi sekolah macam suka-suka sekadar ikut cakap mak-bapak je kot di samping menghabiskan duit diorang tampung perbelanjaan.jadi dengan students yg macam ni cikgu pun tak kuasa okay nak mengajar.masuk kelas pun sebab tanggungjawab nantikan makan gaji buta pulak.

selain 3 kelas tuh aku kena jugak mengajar 2A dan 1K2.haissh nasib baik kelas form 1 dgn 2 je,kalau kena ajar form 3,form 5?tambah kalau kelas pandai,tak ke haru aku?eh kelas pandai lagi senang nak ajar.okay 2A mula-mula masuk okay,lepas tu lagi teruk dari 2G rupanya.yang ado!mak hengat kelas depan-depan ni baguslah,HARAM!bila aku ajar dan tanya paham ke tak dorang cakap paham.bila dah paham aku bg ah exercises.dah bg exercises salah pulak semua.tak macam nak sekeh ke,dah masa aku ajar cakap paham.okay itu tak apa lagi.yang buat aku hangin sumpah lepas tu tak masuk dah 2A bila aku bg homework dorang tak buat.tak,aku bg exercises dlm kelas,tp xsiap on time,okay tak apa aku suruh buat kat rumah hantar next day.next daynya bila aku msuk blik guru tak ada pun exercise semalam yg aku suruh hantar tuh.BENGANG.bila masuk kelas boleh dorang cakap TAK SIAP LAGI.aku rasa nak sepak je sorang-sorang.2 3 kali jugak macam tuh,sudahnya aku malas dh nak masuk kelas tuh so aku memang tak masuk ah.macam 3 ke 4 kali je aku masuk 2A sepanjang sebulan tuh.

tapi walaupun 3 kelas form 2 tuh buat aku rasa macam nak sakit jantung dan sakit hati tentunya tapi ada satu kelas form 1 yang jadi penyejuk.woh aku suka masuk kelas ni.1K2!students dah ah comel-comel perangai pun comel je pastu lagi pandai dari students form 2.okay mungkin tak perlu compare sbb ni kelas ke2 terbaik kot.aku memang tunggu ah nak masuk kelas 1K2 sbb students best owh!selalu aku nak tergelak kalau masuk kelas ni.dorang ni bagus.kalau tak paham terus tanya.suruh hantar exercises pun dorang hantar.mungkin baru form 1 tak besar kepala lagi.girls kelas ni tak banyak cakap sangat dan ikut je cakap tapi boysnya Ya Allah sumpah tak terlayan.semua benda nak tanya.semua benda nak bagitahu aku.tapi dorang semua sangat suwitttttttttttttt!!

okay sudah cakap pasal students sekarang meh nak gosip pasal bilik guru pulak.korang yg tak pernah jadi cikgu msti tak tahu macam mana keadaan sebenar dlm bilik guru.ya,bila masuk bilik guru selalu nampak cikgu-cikgu bizi menanda buku latihan atau buat kerja sendiri je tapi sebenarnya dorang ni kuat je bergosip.macam semua cerita keluarlah dari hal semasa-gosip artis-drama sebabak students sampailah hal rumah tangga.ha,semua blh dgr kat bilik guru.itu belum lagi urus niaga kain pinggan mangkuk tudung cadar kasut beras biskut raya semua dah macam pasar tahu.tak payah dah cikgu-cikgu sekolah pergi pasar,semua barang boleh dapat di bilik guru.muahahaha.aku terlibat ke?kekekekke mestilah TAK.aku tukang dengar dan tengok je.boleh tak sekali sorang cikgu neh suruh aku beli batik rm300!GILA nak mati ke hape aku nak beli batik rm300.dan selama sebulan tuh 3kali kot aku pindah meja.dari meja cikgu bersalin lepas tu dah balik-meja cikgu yg selalu duduk lab je sekali dia naik pulak bilik guru-memang meja kosong tak ada cikgu.meja last tuh memang aku duduk sampai last day.


meja terakhir aku duduk.tak best sangat.


meja first hujung sekali menghadap bilik belah kiri.meja second kat tengah
belah kanan.


apa yang aku dapat sepanjang sebulan jadi teacher?

-PENGALAMAN.bukan semua orang dapat jadi cikgu.walaupun sebulan je tapi sangat seronok.mungkin sebab aku guru ganti je jadi aku tak rasa burden sangat.tapi aku rasa be a teacher is really not my destiny.bukan jalan aku.aku rasa jadi cikgu ni kena ada passion-talent-patience dan aku tak ada semua tuh.aku tak minat jadi cikgu.aku tak reti mengajar orang dan aku bukanlah seorang yang penyabar.

-BE A TEACHER.walaupun aku tak ada semua sifat kat atas neh tapi aku berusaha jugak ajar students sampai paham.aku bukan pergi jadi cikgu untuk tittle cikgu pengalaman dan duit semata.sebab ia dah jd tanggungjawab maka aku usaha jugak.sikit.hehehehe.

-KAWAN BARU.okay ini best!dapat kenal Yana dgn Jue.dorang sangat baik dan best.kitorang dah macam 3stooges pulak sebab kemana-mana pun selalu bertiga.pastu rasa macam comel sebab aku TEACHER ajar BI,Yana CIKGU ajar BM dan Jue USTAZAH ajar PAI.macam lengkap gitu.bahahahaha.

ni masa acara Merentas Desa.cikgu muda jaga checkpoint.auuuuu!

also dapat kenal teacher baru yg baru kena posting.kan masa aku jadi teacher ni bulan 2,budak-budak pendidikan baru kena posting.teacher Zaira dpt kat sekolah ni.kasihan beliau kena berdepan dgn students yang astagfirullahalazim.muahahaha.


pinjam piala rumah Bahaman yg menang keseluruhan Merentas Desa.
eh aku rumah Bahaman tau!


macam seorang teacher tak haku?TAK PUN.kan kan kan?
dah ah pakai beg silang macam tuh mmg tak malu ah dgn students.muahaha.

dan the last thing yang tak kan dapat kat mana-mana...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cikgu Nurul Nazirah

Nurul Nazirah



auuuuuuuuuuu kau ada nama kau terpampang kat buku latihan students?okay aku ada.hahahahha.rasa nak menangis masa mula-mula tengok.ianya lebih dari satu pengalaman.something that couldnt describe with words.


semestinya harus berterima kasih pada Umi yang beri peluang ni pada aku.really thanks her but sorry mom i dont wanna be a teacher again so stop asking me about being a teacher again.enough with that great experience.

bye!

March now!

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, March 03, 2011 0 heart said
Its already March!woahhh really time flies soooooo fast when we didnt count it.kekekke.i had a really blast February.Febs that i wait so long.will update abou what happend in Febs soon,just waiting for the photos.and now March?homaigod homaigod i wait for another big dream to happend in March.so excited!



aku pun xpaham macam semua hapdet pun nak letak gambar diorang kenapa ntah!

bye!

Monday, February 28, 2011

thank you...

love and huggies by goodgirlgee at Monday, February 28, 2011 1 heart said
I might not be able to say this straight away to them.but I really thank these two people for helping me realize my dream this soon.


my cousin.because he studies in Korea University we are able to attend his graduation day.



my sister.because of her wise management,all the plan going smoothly.

really I never thought my dream become reality this soon.all this time I just keep saying and praying but now...haish!really thank to both of them and also



main sponsor.my parents.


cheongmal kamsahamnida!




Friday, February 18, 2011

i'm off!

love and huggies by goodgirlgee at Friday, February 18, 2011 1 heart said
Bila terlalu banyak perkara yang ingin dicakapkan kita selalunya akan ends up dengan berdiam diri.ya sama jugak dgn menulis belog.bila terlalu banyak cerita dan drama sebabak nak ditulis akhirnya ends up tak tulis apa-apa.biar je belog bersawang berhari-hari.okay kalau berhari-hari tak apa lag,kalau dah sampai berminggu?berbulan?bertahun?okay tutup jelah belog kau.x payah tulis belog lagi dah.

sebenarnya nak cakap akan tinggal lagi belog bersawang ke berdebu ke ber apa ke suka hati kau selama seminggu.untuk tak jadikannya nampak lama sangat iaitu 2minggu sebab seminggu lepas dah buat bodo je kat belog ni maka datang la tulis sepatah dua kata.itu jelah.bye.

eh belum bye lagi.sementara aku tak ada ni,siapa yang menyinggah ke sini*macamlah adakan?ada ke?ada ke?*boleh nikmati hidangan di bawah puas-puas sebelum blah.kira aku tinggalkan souvenier lah,muahahaha.

when i come back i'll update with more and more and more stories.promise!



hey,kau tengok apa?kitorang jaga belog ni tau!


bye!

Thursday, February 10, 2011

dream high~impian setiap orang adalah berbeza!

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, February 10, 2011 0 heart said



everybody deserves to dream and nobody has right to ruin other people dream.

dream as high as you could because even you cant realize that dream,
it could help to achieve your simple dream!

dont bash others dream even its unrealistic because you never know
the future.they might change it to realistic!

and i'm stuck in this song now!
the dreams that i keep in my heart all this time
i pray really really hard they will come true!


should i start counting the countdown?kekekeke.

Prince Siwon birthday!

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, February 10, 2011 0 heart said
dan seorang lagi hari ni.okay okay the last one!betul the last one.its Siwon!yah Siwon the-almost-perfect-prince.this chocolate abs boy turning 24 today!sebaya ah kita Wonnie,auuuu!


mari nikmati gambar dulu,banyak gila owh gambar pak cik neh!





he's such a lucky guy
-anak orang kaya.bapak CEO syarikat.
-sangat religious(kalau islam neh mmg aku buat laki dah)
-attitude mmg terbaik;down-to-earth,bersopan-santun
hormat orang dan perangai2 lain yg mmg mnjdi pilihan
mak mentua.
-handsome.bijak.boleh cakap Inggeris dgn baik.
tapi,
bak kata Heenim,tuhan itu adiltahu plak ko tuhan itu adil

walaupun Siwon ada semua kelebihan di atas
tapi dia pekak sikit,bak kata orang pekak badak
bahahahaha!









taking pictures with every single member!
xjumpa plak gambar dia dengan Yesung dan Shindong.



dan suka menyibuk dengan Eunhae.xpuas hati
apa ntah pak cik neh,buat kapel Eunsihae lak,amboih kau!



siapa cakap Siwon tak handsome boleh g chek mata kat optometrist!


last photo,special punya on his birthday.aku hidangkan hot chocolate utk korang!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

auuummmmmmmmmmmmm!!!


x nak wish lg,will wish on 7 April nanti.
sebab?
will reveal on that date.kekekekekke!




Wednesday, February 9, 2011

Han's birthday!

love and huggies by goodgirlgee at Wednesday, February 09, 2011 0 heart said
another abang kesayangan celebrate birthday hari ni!oh sungguh ramai kesayangan sambut birthday on Februari.nasib korang nun jauh di Seoul,kalau duduk Malaysia ni kan kena beli hadiah pulak,muahaha.kedekut.so,here we go!

SAENGILCHUKAHAE HANKYUNG!

He's the only member from China.
real name Hangeng,Korean name Hankyung.

now he's doing solo activities in China
and not joining SJ in their activities
(i want to believe like that.let me be)

someday he will be back
and joining SJ activities as 13!
someday...




carilah sendiri yang mana beliau.

i wish you'll be happy no matter where you are
be happy and healthy
stay strong no matter what happen
and...
please dont forget us and come back to us
whenever you ready,cos we wait for you!

HAPPY 26 OPPA!



Thursday, February 3, 2011

magnae's birthday!

love and huggies by goodgirlgee at Thursday, February 03, 2011 2 heart said
Today is our gorgeous evil magnae birthday!
he's turning 23
Cho Kyuhyun my sweet little brother

HAPPY BIRTHDAY!







he's such a dorky boy yang selalu buli abang-abang
tapi abang-abang tak akan marah dia
sebab dia paling muda dan disayangi!
oh sangat nakal kau Kyu!









sebab dia pernah terlibat dalam accident dan hampir kehilangan nyawa
maka dia sangat disayangi oleh hyungs*
he's the lead vocal so kehadiran dia adalah penting,hahaha!


Kyu-ah,noona* pray for your long live
stop bullying your hyungs you nughty boy!
be happy,stay healthy and be strong!


SAENGHILCHUKAHAE KYUHYUN!



kamus Korea~*hyung-abang.
*noona-kakak.


Tuesday, February 1, 2011

Februari yang dinanti!

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, February 01, 2011 0 heart said
Its finally February bebeh!its really a long wait,dari tahun lepas lagi tahu tunggu Februari 2011 neh.kenapa yang aku beriya sangat tunggu Februari dr tahun lepas ni?oh mestilah bukan sebab nak sambut Valentine Day,bukan bukan okay!xbaik sambut benda tuh.its because one of of my biggest dream will happend this month and its less than 3weeks!owh owh super excited.also another dream of my life will come true this month!okay its actually next month,but i have to grab the ticket this month,so if i'm able to get the ticket,then hell yeah you know what it means!ha tengok teruja punya pasal dah jadi Manglish dah.ah belasah je melayu+english pun.nak tahu apakah impian-impian yang akan menjadi kenyataan tuh?tungggguuuuuuuuuuuuuuu......*poyo lebih kau hengat kau artis?muahaha*harap semua perkara baik sahaja berlaku di bulan Februari ni,i love you,Febs!
 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei