Sunday, October 13, 2013

September synopsis^^

love and huggies by goodgirlgee at Sunday, October 13, 2013
October finally!waaaaahhhhhhh its really a long time,hi people!gitewww macam retis sangat.baru teringat ada belog.bahahaha okay tak,mari mula synopsis untuk September.September tak banyak sangat events,seingat akulah.lets see what happen!^^

Last 2 weeks pergi Inspiring Korea Festival di Pavillion dengan Nadia dan Amal.nampak pada promo macam sangat gah dan meriah dengan pelbagai booth di buka tapi bila pergi ceh tak seperti yang di expect.adalah few agencies travel punya booth.and masa kitorang sampai baru nak start competition Kpop Dance.alang-alang dah sampai so kitorang pun stay jelah tengok.seronoklah jugak.aku memanglah suka benda-benda macam ni,agagaga dan budak 2 ketul tu pun layan je so kitorang tengok sampai habis.lepas habis event patah balik pergi KLCC untuk sembahyang zohor.then lepak-lepak kejap lepas tu balik.macam tak berbaloi sangat je dah la first time masuk Pavillion.tapi memang tak boleh nak berlama-lama sangat sebab family datang KL so tak boleh balik malam.hehehehe.tapi yang tak tahan boleh posing dengan tak malunya depan kedai Moo Cow aiskrim tuh.selca pulak tuh.bahahahahaha.








 aku seorang je yang layan Kpop tahap tak sedar diri.2 orang ni layankan aje aku.thanks girls!

 Amal+Nadia

 Nadia+gemox

 gemox+kurusAmal

Walaupun dah 4 bulan tinggalkan Etiqa tapi kitorang punya bond still strong.benda wajib yang harus dibuat adalah monthly meeting dengan anak-anak banyak bunyi 3 orang tuh.ia memang wajib,since Jun kitorang memang tak pernah miss jumpa.so bulan ni macam masa buka puasa jugak plan nak jumpa di Murni tapi sekali Murni tutup.so kitorang dah terkial-kial tak tahu nak pergi lepak dekat mana.sebab dah dekat dengan Sunway Pyramid pergi jelah sana.masuk SP pun tak tahu nak makan dekat mana.owh kitorang janji for lunch date sebab tu cari tempat makan.last-last sekali masuk Fullhouse.kecuali Yan,kitorang bertiga memang first time masuk situ so agak obvious kitorang punya jakun,bahahaha.






order Clam Noodle apa benda entah nama dia tapi sekali datang megi siap dalam periuk lagi servenya,ha amik kau.heh hampeh tak sedap!telan jelah jugak dah makanan mahal.


Dan one of the best thing happen di hujung bulan September adalah announcement Super Show 5 di Malaysia.bagi fans biasa mungkin ianya nothing tapi bagi ELF ia event yang sangat penting.sangat.2 tahun okay kitorang tunggu SS ni lepas tu bila dah masuk dalam list tak confirm pulak lepas tu bila dah betul-betul confirm kena postpone tak tahu organizer segala bagai pulak,memang hidup dalam ke-nervous-san ELF Malaysia.gitewww campur BI-BM pun comel.sampailah finally organizer tampil buat announcement memang confirm ada dan 2 hari lepas tu terus launch tiket.gila tercungap-cungap ELF belum habis terkejut concert memang confirm terus kena korek tabung dan berkejar pergi beli tiket 2 hari kemudian.tapi ELF,nothing they cant do for SJ.^________^tiket aku?of course dah setel tanpa perlu pergi que panjang di Paradigm,hehehehe....tunggu hari concert je sekarang,counting days.

Itu je kot apa yang berlaku sepanjang September,tak ingat sangat biasalah dah tua.heeeee.ada few aktiviti lagi kot tapi aku lupa.okaylah will come back for October synopsis.hahahaha buat sinopsis terus sekarang jimat 1 entry je sebulan.jumpa lagi few weeks later,beboi.

 




0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei