Wednesday, December 1, 2010

Kyros Kebab Krew!

love and huggies by goodgirlgee at Wednesday, December 01, 2010
Kyros Kebab Krew.macam comel je nama kan?tapi kerja tak comel langsung.sumpah tak comel.pertama kali dalam hidup yang selama 23 tahun ni kerja perasaan macam homaigod homaigod excited teruja gila.teruja dengan excited tu adalah sama okay!

punya semangat nak kerja,hari pertama pukul 915pagi dah keluar padahal kedai pukul 10 baru buka.5minit je kot dari rumah ke PKNS,nampak bukan keterujaan nak kerja.kau tak tahu apa yang sedang menunggu di Kyros Kebab tuh,muahahaha.

kerja pertama di hari pertama adalah kemas meja lepas tu sapu dan mop lantai.kerja-kerja ni kat rumah pun aku dah biasa buat(biasa tapi tak buat pun) .jadi tak ada masalah.lepas tu potong bawang pun kerja kacang.heh mentanglah hari pertama kan,semua kerja senang je bagi kat aku.sebab tak puas hati,nak jugak belajar buat kebab.dah kata Kyros Kebab mesti ah menu utama adalah kebab jadi buat pemerhatian bila staff buat kebab lepas tu try jugak.woh woh woh jadi tau kebab i buat.sedap lagi.cara-cara nak buatnya adalah...okay tak boleh cakap ni rahsia syarikat,konon!bahahaha.lain-lain kerja basuh pinggan mangkuk kemas-kemas semua dan lepas tu balik.selepas 10 jam kerja baru boleh balik.10 jam okay.macam nak patah pinggang pun bertahan jugak 10 jam tuh.

hari kedua still buat kerja sama tapi dah upgrade sikit,belajar buat air.patut buat air dulu baru buat kebab,perghh advance betul aku.setakat jus-jus tu tak da hal,terror.air lain cucumber boost,cappucino,vanilla oreo dan ada lagi 2 3 jenis air yang kena blend aku lupa dah nama dia.semua tu try buat dan BERJAYA!!heh,bangga kembang kempis hidung.tapi cerita sedih di hari kedua...

sebab tak pernah kerja lalu jadi manja penat sikit pun dah nak pengsan,so aku pun mengundurkan diri dari bidang dapur-restoran-fast food.bukan penat sikit okay,penat sangat.berdiri 10 jam adalah sumpah-penat-nak-mati macam nak patah pinggang aku tahu!berdiri setengah jam di padang kawad pun aku dah rebah ini pulak 10jam.okay ini alasan tak berapa kemas aku tapi ada sebab lain jugak aku blah dari kerja ni tapi itu tak bolehlah didedahkan.top secret,:B

2hari je kerja?muahahaha.okay memang ah nampak lawak tapi perlu berada di tempat dan situasi aku baru kau akan faham dan takkan tanya pada aku "kau kerja 2 hari je?kenapa kau quit weh?""aku tak paham kenapa kau quit,baru 2hari kot" dan soalan seumpamanya.walaupun 2hari je,tapi banyaklah jugak yg aku belajar.aku tahu dah macam mana nak buat kebab nak buat air yang pelik-pelik macam kat atas nak buat western food yang macam kat hotel tuh dengan cara simple.hah,korang tahu?tahu?heh,ni nak start kerek dan riak neh.hahahahha.

ingatkan kerja 2hari je macam tak berbaloi pada pandangan mata awam tapi macam satu kejayaan besar dah bagi aku takkan dapat imbuhan,sekadar nak cakap dapat pengalaman tu bolehlah tapi sekali woh woh woh Aunty Boss(staff KK panggil dia macam tu)bagi gaji!GAJI weh GAJI!pertama kali kerja pertama kalilah jugak dapat gaji.macam nak melompat aku kat situ dapat gaji pertama dalam hidup padahal berapa sen je pun dia bagi.ingat gaji pertama nak bagi kat umi macam dalam iklan shampoo Rejoice 'ini gaji pertamaku' sambil hulur beberapa keping note rm50 tapi aiseh tak lepas ah kena tunggu gaji baeekkk punya kerja dulu baru boleh bagi.hehehe sabau no umi.

walaupun aku dah berhenti tapi anda di alu-alukan ke Kyros Kebab.makanan dia memang best tapi mahal sikit.kebab pun kebabooommm sedaapppp!!


dah nak balik neh.sempat lagi kau!





nah amik tengok,lazat-lazat tau.dah kira baik tolong promosi neh.
*air dr kiri smpai no 5 tu aku dah tahu buat.vanilla oreo pun*


SILALAH BERTANDANG YA.
TINGKAT 1 SEBELAH ESKELATOR KOMPLEKS PKNS.

lepas ni blh suruh Kyu bukak Kyuhyun Kebab plak nanti blh noona kerja dgn Kyu kerja kira duit je.muahaha.berangan lagi~

0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei