Tuesday, September 28, 2010

Cerita Raya...

love and huggies by goodgirlgee at Tuesday, September 28, 2010
Sebelum Syawal habis,eloklah aku habiskan cerita raya.nantikan dah masuk Muharam baru nak hapdet,dah basi berkulat pulak.Raya tahun ni macam tak meriah sangat.biasa-biasa-biasa saja.mungkin sebab tiada sesi photoshoot seperti dolu-dolu.mungkin juga sebab jumlah duit raya yang dah susut.atau mungkin juga sebab jumlah rumah yang dikunjungi semakin sedikit.dulu pergi banyak rumah dapat banyak duit raya maka raya rasa meriah.itu hipothesis bodoh aku.okay dah ah kesimpulannya raya tahun ni bersederhana sahaja dari semua segi termasuklah gambar.jadi mari tengok gambar bersederhana.


tiada gambar keluarga hanya gambar beradik.





the elder.


the younger.


Cik Pah yg selalu bersusah dan bersenang bersama-sama di Shah Alam.





pakai kamera handphone macam nilah.kualiti busuk sikit.

raya kedua.ke rumah bestfriend Umi yang tiap tahun pun memang wajib pergi
sebab open house dia memang best banyak makanan sedap.jakun haha.


maka episod raya berakhir di sini.jumpa lagi raya tahun depan kalau umur panjang!

0 heart said:

 

what my heart want to say Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei